Pada tahun 2017, filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ telah mencatatkan kutipan luar biasa dengan USD96 juta di seluruh dunia.

Ia juga menjadi filem kelima paling laris sepanjang tahun 2017 dan kini di antara 50 filem terlaris sepanjang zaman.

Formula filem pengembaran sains fiksyen membariskan pelakon-pelakon hebat seperti The Rock, Kevin Hart dan Jack Black ternyata berjaya.

Dan kali ini filem sekuelnya bakal kembali lagi dengan judul ‘Jumanji: The Next Level’.

IKLAN

BACA: Rahsia The Rock Miliki Otot Belakang Yang Padu Dengan 5 Senaman Hebat Ini!

IKLAN

Mereka bertiga bersama Karen Gillan kali ini bakal berdepan dengan pelbagai cabaran serta pengalaman mencuit hati. Berbeza seperti filem sebelumnya yang berlatar belakangkan hutan tropika, mereka kali ini berdepan cabaran di padang pasir yang kering kontang. Selain itu mereka juga tercampak ke kawasan bersalji dan cuaca sejuk.

IKLAN

Kali ini geng mereka turut disertai oleh beberapa karakter baru yang dilakonkan oleh Danny Devito dan Danny Glover.

Trailer terkakhir filem kni telah dikeluarkan semalam dan ia mencuri perhatian warganet terutamanya di laman media sosial. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada bulan Disember nanti.

Apakah misi yang harus mereka hadapai pada kali ini?