Foto: MASKULIN

Ramai yang menanam azam Tahun Baharu untuk menyimpan atau menabung dengan lebih baik berbanding tahun lalu. Tidak dinafikan dalam kondisi ekonomi tidak menentu dengan inflasi harga barang semakin melambung tinggi agak sukar untuk ramai di antara kita menabung dengan kerap.

Kita masih lagi di minggu pertama tahun baharu 2023. Jadi tidak terlambat untuk mula menabung. Tapi azam menabung itu perlulah dilakukan dengan penuh disiplin dan perancangan yang baik.

Tip Menabung & Menyimpan Paling Mudah, Paling Kurang Hujung Tahun Boleh Dapat Lebih RM1,300!
Image by wirestock on Freepik

Cakap memang mudah tapi nak buat memang tidak semua orang boleh kekalkan momentum! Usah risau MASKULIN ada beberapa tip dan cara mudah untuk anda kekal menabung secara konsisten. Paling penting cara MASKULIN kongsikan ini tidak terlalu membebankan.

Jadi jika gaji tidak terlalu besar pun anda masih boleh menabung dengan baik. Kalau ikut cara yang betul paling kurang pun anda boleh dapat lebih RM1,300 di penghujung tahun nanti!

Jom ikuti beberapa tip mudah di bawah.

KEMAMPUAN

Pertama sekali perkara paling penting untuk menabung ialah ukur kemampuan sendiri. Usah letak sasaran terlalu tinggi dan lebih realistik dengan pendapatan. Tapi paling peting setiap hari perlu ada ‘cabutan’ dari dalam wallet untuk simpanan.

IKLAN

Sebagai contoh kalau anda mampu menyimpan RM20 sehari bolehlah simpan RM20 sehari. Kalau mampu nak letak RM1 pun tak salah. Asalkan ia tidak membebankan anda tapi perlu konsisten. Nak lebih menarik, ajak kawan-kawan buat sama-sama. Jadi bolehlah ingatkan satu sama lain setiap hari.

BUAT JADUAL ATAU CATATAN

Cara paling mudah untuk menyimpan dengan konsisten setiap hari ialah dengan buat catatan. Cari kalendar atau anda boleh print kalendar. Catatkan setiap hari atau minggu anda lakukan simpanan. Bila anda masukkan duit dalam tabung tandakan pada kalendar.

Pastikan juga kalendar catatan simpanan anda itu mudah dilihat. Contohnya di atas meja pejabat.

IKLAN

JENIS TABUNG KEKAL

Jangan guna tabung yang mudah dibuka melainkan anda ada daya tahan tinggi untuk tidak mengorek dan menggunakan duit di dalamnya. Iyalah, kadangkala keinginan nak guna duit tersebut pasti ada terutamanya bila jumlahnya semakin tinggi. Oleh itu, carilah tabung yang jenis kekal dan tak boleh dibuka dengan mudah.

Tip Menabung & Menyimpan Paling Mudah, Paling Kurang Hujung Tahun Boleh Dapat Lebih RM1,300!
Image by jcomp on Freepik

TIDAK KIRA JENIS DUIT

Sama ada duit kertas atau syiling ia tidak menjadi masalah. Jika anda nak menyimpan syiling 50 sen sahaja pun boleh. Kalau nak jumlah lebih ‘steady’ jangan campur dengan duit syiling lain. Cari balang yang boleh dilihat atau transparent untuk berikan motivasi kepada anda penuhkan balang itu dengan syiling. Anda boleh kitar semula balang biskut raya yang ada di rumah untuk tujuan ini.

JENIS SIMPAN SYILING

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Walaupun jumlahnya tidaklah terlalu banyak namun menyimpan setiap keping syiling yang ada di tangan boleh memberikan jumlah simpanan mencecah RM100 setahun.

IKLAN

Menarik: Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

SIMPAN IKUT MINGGU

Dalam setahun kita ada lebih kurang 52 minggu. Teknik simpanan ini ialah setiap minggu pasti wajib ada simpanan. Mulakan minggu pertama seperti sekarang dengan RM1. Minggu kedua pula dengan RM2, minggu ketiga dengan RM3 hinggalah seterusnya minggu terakhir dengan RM52.

Tahukah anda teknik menabung seperti ini boleh mencatatkan jumlah lebih RM1,300 pada hujung tahun nanti. Jadi apa tunggu lagi. Mulakan dari minggu pertama 2023 ini dengan RM1!

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat menarik untuk anda. Jom kita menabung!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI