Antara komponen kereta yang kita sangka sangat simple tapi bila ia rosak memang boleh buat kita rasa nak hempuk kepala sendiri adalah bateri.
Bayangkan anda nak cepat tapi bila kereta dihidupkan ia tak mahu hidup. Bila dipulas kunci akan keluar bunyi pelik.
Itu maknanya bateri anda telah kong atau rosak! Sebagai pemilik kenderaan anda harus sentiasa menjaga dan servis bateri kereta setiap masa.
Jadi apa fungsi bateri kereta? Dalam bahasa mudah ia membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Selain itu ia juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.
Komponen asas bateri kereta
Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Ads
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
JENIS BATERI
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
Sel keringSel basah
Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:
Periksa Aras Air Bateri
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Ads
Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
Foto: GoMechanic.com
Bersihkan Terminal Bateri
Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.
Cara untuk membersihkan terminal bateri;
Ads
Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.
Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri.
Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.
Sapukan Gris Tahan Panas
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
Pasang Voltmeter
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.
Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.
Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.
Tentu mahal jika anda nak bersihkan ‘peta’ seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan ‘peta’ seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.
Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid dan Jazz facelift yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini.
Melalui hasil risikan penulis, difahamkan model terakhir yang bakal menyusul ke pasaran tempatan ialah Civic Type-R.
Sebelum ini, penulis ada menerima khabar dari pihak pusat jualan Honda yang menyatakan model Civic Type-R akan dibawa masuk.
Namun, berita yang diterima itu tidak dapat disahkan kerana pada awalnya Honda Malaysia hanya merancang membawa masuk empat model.
Setelah berbual panjang dengan sumber dalaman dari Honda Malaysia semalam, model tersebut dikhabarkan akan diperkenalkan selepas model CR-V.
Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih dalam proses perancangan dan perbincangan. Pengedar rasmi jenama Honda di pasaran tempatan itu masih meneliti harga jualan yang ideal bagi model tersebut.
Ini kerana sekiranya model berprestasi itu di bawa masuk, anggaran harga jualan pasti akan melebihi RM300,000.
Maka, pihak Honda Malaysia masih melakukan hitungan. Menurut sumber, pihaknya cuba untuk memastikan harga jualan model tersebut di bawah RM300,000.
Kemungkinan bilangan Civic Type R yang bakal dibawa masuk adalah terhad, iaitu di bawah 100 unit. Untuk makluman, model berkenaan akan diimport dari Sweden.
Sekiranya model tersebut dibawa masuk, Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima jentera tersebut di pasaran Asia Tenggara.
Jentera prestasi milik Honda itu dijana oleh enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 306hp dan tork 400Nm.
Ramai di antara kita yang sering kali mengecas telefon di dalam kereta, terutama ketika dalam perjalanan jauh atau apabila bateri hampir habis.
Namun, tahukah anda bahawa kebiasaan ini sebenarnya boleh memberi kesan negatif? Berikut adalah tiga kesan yang mungkin boleh terjadi jika anda kerap mengecas telefon di dalam kereta:
Mengecas telefon dalam kereta boleh menyebabkan bateri telefon cepat rosak. Pengecasan menggunakan soket kereta selalunya tidak stabil kerana output voltan dan arus boleh berbeza-beza bergantung pada keadaan enjin. Voltan yang tidak stabil ini boleh menjejaskan bateri telefon, menyebabkan ia cepat kehilangan kapasiti atau panas berlebihan. Jika dilakukan secara kerap, bateri telefon akan semakin cepat habis dan perlu diganti lebih awal daripada yang sepatutnya.
Ketika enjin kereta dihidupkan, sistem pengecasan telefon akan mengambil tenaga daripada bateri kereta dan alternator. Jika anda mengecas telefon semasa enjin dimatikan, ia memberi beban tambahan pada bateri kereta. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan bateri kereta cepat lemah dan perlu diganti lebih awal. Selain itu, alternator yang bekerja terlalu kuat untuk menyokong pengecasan telefon juga boleh terjejas dan menyebabkan kos penyelenggaraan tambahan.
Mengecas telefon di dalam kereta, terutama ketika cuaca panas, boleh menyebabkan suhu telefon meningkat. Dalam keadaan cuaca panas atau ketika kereta dijemur, suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat. Jika anda mengecas telefon dalam keadaan suhu yang tinggi, ia akan menyebabkan telefon mudah panas berlebihan (overheating). Overheating ini boleh memberi kesan kepada prestasi telefon, bahkan dalam kes yang melampau, telefon boleh rosak atau terbakar.
Untuk menjaga jangka hayat telefon dan kereta anda, berikut beberapa langkah yang boleh anda ambil:
Mengelakkan kebiasaan mengecas telefon dalam kereta mungkin agak mencabar, tetapi ia penting untuk menjaga jangka hayat peranti dan kenderaan anda. Dengan langkah berjaga-jaga yang betul, anda boleh mengelakkan kesan negatif ini daripada berlaku.