Tip pilih ‘coating’ kereta, sesuaikan ikut bajet. Kereta bukan sekadar kenderaan, tapi juga pelaburan yang perlu dijaga dengan baik. Salah satu cara untuk memastikan kereta sentiasa nampak berkilat, terlindung daripada calar, kotoran, dan cuaca ekstrem adalah dengan menggunakan car coating.
Tip Pilih ‘Coating’ Kereta, Sesuaikan Ikut Bajet
Tapi dengan pelbagai pilihan di pasaran, macam mana nak pilih car coating yang terbaik untuk kereta anda? Jangan risau, jom kita kupas satu per satu supaya anda tak tersalah pilih!
1. Kenali Jenis-Jenis Car Coating
Sebelum buat keputusan, penting untuk tahu jenis-jenis coating yang ada dan kelebihannya:
Wax Coating
Lapisan pelindung paling asas
Berikan kesan kilat sementara
Tahan sekitar 1-3 bulan sahaja
Perlu kerap reapply untuk maintain efeknya
✅ Sesuai untuk: Mereka yang nak kilatan segera tapi tak kisah untuk reapply setiap beberapa bulan
Sealant Coating
Diperbuat daripada bahan sintetik yang lebih tahan lama berbanding wax
Bertahan sekitar 6-12 bulan
Berikan perlindungan lebih baik terhadap kotoran dan cuaca
✅ Sesuai untuk: Pemilik kereta yang mahukan sesuatu lebih tahan lama berbanding wax, tapi tak mahu belanja terlalu banyak
Ceramic Coating
Menggunakan bahan seramik atau silika yang lebih kuat dan tahan lama
Bertahan 1-5 tahun (bergantung pada jenama dan kualiti)
Memberikan kesan hydrophobic (air dan kotoran susah melekat)
Perlindungan tinggi terhadap UV, calar halus, dan bahan kimia
✅ Sesuai untuk: Mereka yang mahukan perlindungan jangka panjang dan kurang mahu mencuci kereta selalu
Graphene Coating
Teknologi terbaru dalam dunia car coating
Lebih kuat dan tahan lama daripada ceramic coating
Kurang kesan water spotting (kesan air mengering yang tinggalkan tompok)
Ketahanan boleh cecah 5-7 tahun
Ads
Sesuai untuk: Pemilik kereta yang mahukan teknologi terkini dengan perlindungan maksimum
2. Tentukan Bajet Anda
Harga car coating bergantung kepada jenis dan ketahanan:
Wax – RM50-RM200
Sealant – RM100-RM400
Ceramic – RM800-RM3000
Graphene – RM1500 ke atas
Kalau anda hanya mahukan kilatan sementara, wax atau sealant dah cukup. Tapi kalau nak pelindungan jangka panjang, ceramic atau graphene coating lebih berbaloi walaupun kos awal lebih tinggi.
Lebih murah sebab anda buat sendiri
Sesuai untuk wax, sealant, atau ceramic coating yang lebih ringan
Risiko jika tak buat dengan betul—coating mungkin tak tahan lama atau tak sekata
Professional Coating
Mahal sikit, tapi hasil lebih kemas dan tahan lama
Proses lebih terperinci termasuk paint correction (buang calar halus sebelum coating)
Sesuai untuk ceramic dan graphene coating yang memerlukan aplikasi betul untuk hasil terbaik
Jika anda inginkan hasil tahan lama dan kemasan terbaik, lebih baik serahkan kepada profesional.
4. Periksa Jenama Dan Review
Tak semua car coating dicipta sama. Jenama memainkan peranan besar dalam menentukan kualiti dan ketahanan coating. Beberapa jenama terkenal termasuk:
Baca review pengguna lain sebelum membeli atau mendapatkan servis coating. Elakkan jenama yang terlalu murah dan tak mempunyai testimoni yang meyakinkan.
5. Pastikan Waranti Dan Servis Selepas Coating
Kalau anda ambil professional ceramic atau graphene coating, pastikan mereka menawarkan waranti. Biasanya, waranti untuk ceramic coating boleh sampai 1-5 tahun, bergantung pada jenama dan penyedia servis.
Tanya juga tentang maintenance – ada coating yang perlu top-up layer setiap 6 bulan supaya kekal berkesan.
Pilih Ikut Keperluan Dan Bajet
Tak semua orang perlukan coating premium, dan tak semua coating sesuai untuk semua jenis pengguna. Tanya diri sendiri:
✔️ Nak kilatan sementara atau perlindungan jangka panjang?
✔️ Bajet berapa?
✔️ Mahu DIY atau upah profesional?
✔️ Jenama mana yang dipercayai?
Jika anda inginkan sesuatu yang berbaloi dan tahan lama, ceramic atau graphene coating adalah pilihan terbaik. Tapi kalau hanya nak maintain kilatan setiap beberapa bulan, wax atau sealant sudah mencukupi.
Jadi, dah tahu nak pilih yang mana? Selamat menjaga kecantikan kereta anda!
Seperti kita memakai kasut yang lawa begitu juga dengan kereta. Pastinya ‘kasut’ untuk kereta juga anda mahu nampak lebih gah dan gempak!
Kebiasaannya buat mereka yang baru sahaja memiliki kereta baru di antara modifikasi paling senang untuk dilakukan ialah menukar sport rim. Apatah lagi jika anda membeli kereta yang dibekalkan dengan rim standard dan kelihatan tidak mengancam di mata anda.
Namun dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen serta aksesori terdapat beberapa perkara perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Ingat ya, menggunakan sport rim sangat penting bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan tetapi juga untuk keselamatan anda.
Jika tersilap pasang padah boleh datang mengundang. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
UKURAN LEBAR RIM
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini merupakan projek yang cukup istimewa dan sangat eksklusif diperkenalkan oleh Nissan. Kereta model GT-R (R35) ini merupakan tribute istimewa kepada jaguh tenis muda Jepun, Naomi Osaka.
Naomi Osaka bersama salah sebuah model GT-R edisi istimewa.
Naomi yang merupakan suara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat kini bergelar sebagai pemain di ranking keempat dunia. Bertindak sebagai duta Nissan, Naomi dilihat menjadi ikon sukan tenis dan juga inspirasi buat rakyat Jepun untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Hanya 50 unit sahaja Nissan GT-R edisi istimewa dihasilkan dan Naomi memainkan peranan sangat besar dalam memilih warna kereta-kereta yang dikeluarkan.
Terdapat tiga warna yang mampu membuatkan ramai terpesona iaitu ungu, putih dan hitam. Ketiga-tiga warna tema ini juga boleh dilihat di bahagian dalam kereta yang mempunyai sentuhan berkualiti tinggi.
Turut diberi gelaran Osaka GT-R ia dilengkapi dengan carbon spoiler dan plat enjin emas. Untuk bahagian enjin dan chasis tidak ada sebarang perubahan dilakukan berbanding model biasa.
Kombinasi enjin 562 kuasa kuda twin-turbo dan ATTESA kereta ini mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kereta memiliki fungsi istimewa yang boleh digunakan pada waktu kecemasan termasuklah dari kategori kereta jenis auto.
Misalnya jika kereta auto anda tiba-tiba baterinya lemah atau ‘kong’, bagaimana hendak recharge akan menjadi seribu satu persoalan.
Kalau kereta manual, bolehlah turunkan hand break dan tolak ke tepi tetapi kereta auto ini bagaimana pula caranya?
Jawapannya adalah pada butang shift lock itu. Butang tersebut membolehkan anda menolak kereta anda walaupun kereta anda adalah kereta auto!
First time baru tahu?
Ini adalah perkongsian yang baik kerana butang shift lock itu memang dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan untuk pemandu.
Kurang faham?
Jika anda meletakkan pada gear P, kereta anda sudah tidak bergerak. Tetapi jika kereta anda ditunda, bagaimana nak alihkan kepada gear N?
Caranya cukup mudah :
1. Matikan enjin ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan
4. Pada masa sama, Tarik tombol gear dari P ke N
5. Setelah gear berada di N, barulah anda lepaskan butang shift lock itu
6. Lepaskan break tangan dan ia sudah boleh ditolak atau ditunda
Sama juga jika anda sejenis suka double parking. Boleh guna teknik ini untuk kurangkan dimaki pemilik kenderaan yang anda block itu.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.