Senaman membentuk otot dada yang bidang merupakan antara senaman yang paling popular bagi lelaki.

Tak dinafikan juga inilah kawasan otot yang sering diimpikan oleh lelaki yang mahu nampak tegap dan lebih sasa.

Jika bersenam di gimnasium anda boleh menggunakan bantuan pelbagai alatan senaman untuk membina otot dada. Tapi bagaimana untuk melakukannya tanpa alat?

MASKULIN ingin kongsikan beberapa jenis senaman yang mampu membentuk otot dada tanpa menggunakan sebarang alat. Ingin tahu caranya, ikuti beberapa tip di bawah!

Pushup Berpusing

Tip Senaman Berimpak Buat Anda Mengidam Otot Abdomen Pejal & Dada Yang Bidang

IKLAN

Selain membantu mengembangkan otot di bahagian dada, senaman ini juga baik untuk anda memperbaiki koordinasi serta keseimbangan badan.

CARA-CARA

  • Ambil posisi push up.
  • Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan.
  • Kembali kepada posisi semula.
  • Ganti dengan tangan kiri.

Chair Dips

Tip Senaman Berimpak Buat Anda Mengidam Otot Abdomen Pejal & Dada Yang Bidang

IKLAN

Senaman chair dips ini sangat efektif buat anda yang ingin membentuk otot bahu dan juga tricep. Ini kerana bila tubuh melakukan gerakan senaman ini, ketiga-tiga otot dengan sendirinya akan dilatih secara saksama. Akhirnya ia juga membantu membentuk postur badan lebih baik.

CARA-CARA

  • Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
  • Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
  • Lenturkan tubuh anda kearah belakang.
  • Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus.
  • Kembali ke posisi awal lagi.

BACA: 7 Senaman 10 Minit Terbaik Boleh Anda Lakukan Setiap Pagi

IKLAN

Pull Up

Tip Senaman Berimpak Buat Anda Mengidam Otot Abdomen Pejal & Dada Yang Bidang

Senaman yang bukan sahaja untuk membina otot dada tetapi dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.

CARA-CARA

  • Genggam palang pull up selebar bahu.
  • Gunakan cara pegangan overhand.
  • Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus.
  • Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang.
  • Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal.
  • Ulangi.

Plyometric Push Up

Tip Senaman Berimpak Buat Anda Mengidam Otot Abdomen Pejal & Dada Yang Bidang

Bagi anda yang mungkin sudah bosan dengan push up biasa, inilah senaman yang boleh dicuba! Selain membantu membentuk otot dada, ia juga melatih melatih otot tricep untuk bergerak dalam pada masa yang sama.

CARA-CARA

  • Ambil posisi push up.
  • Tekan tubuh anda ke bawah.
  • Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI