Ads

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball

TOYOTA

Apa yang bermula sebagai sebuah kejohanan sukan kini berkembang menjadi platform komuniti yang merentasi Malaysia Timur dan Barat. Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 menutup tirainya selepas menjelajah lima bandar utama, menghimpunkan lebih 1,500 peserta daripada pelbagai peringkat usia dan tahap pengalaman dalam sukan pickleball.

Siri jelajah itu berlangsung di Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Selangor sebelum berakhir di Subang Jaya.

Dianjurkan UMW Toyota Motor dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kejohanan tahun ini membawa jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM175,000, selain membuka ruang lebih luas untuk penyertaan keluarga, pemain muda dan komuniti tempatan.

Dari Kuching Ke Subang Jaya

Jelajah bermula di Kuching sebelum bergerak ke Kota Kinabalu, Johor Bahru dan George Town, seterusnya melabuhkan tirai di Subang Jaya.

Sepanjang lima lokasi, seramai 637 peserta dewasa dan 289 pemain junior mengambil bahagian dalam pertandingan, manakala 177 lagi menyertai sesi klinik kejurulatihan.

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball

Kategori junior dibuka kepada pemain seawal usia tujuh tahun, manakala struktur pasukan dewasa turut merangkumi peserta berusia 50 tahun dan ke atas.

Pendekatan ini menjadikan jelajah tersebut bukan semata-mata medan pertandingan, tetapi juga sebuah ruang yang menggalakkan penyertaan merentas generasi.

‘Solo Entry. Team Glory.’ Bawa Konsep Berbeza

Antara tarikan utama Toyota Malaysia Pickle Tour tahun ini ialah format ‘Solo Entry. Team Glory.’

Ads

Peserta dewasa mendaftar secara individu sebelum digabungkan ke dalam pasukan untuk bertanding. Konsep itu memberi peluang kepada pemain daripada latar belakang berbeza untuk bertemu, bekerjasama dan membina keserasian sepanjang kejohanan.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata perkembangan kejohanan dalam tempoh dua tahun didorong oleh sokongan komuniti pickleball sendiri.

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball
Presiden UMW Toyota Motor , Datuk Ravindran K. (kiri) dan Encik Takashi Obata, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (kanan), bersama para pemenang Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 di Selangor

“Dalam tempoh hanya dua tahun, Toyota Malaysia Pickle Tour telah berkembang menjadi sebuah platform komuniti yang jauh lebih besar, dan perkembangan itu hadir daripada mereka yang terus datang, bermain dan menjadikan jelajah ini milik mereka sendiri.

“Kami amat menghargai para pemain, keluarga serta komuniti pickleball yang menyokong kami dari satu lokasi ke lokasi seterusnya. Tahun ini, jelajah ini berjaya mencapai komuniti di Malaysia Timur dan Barat, sekali gus menjadikannya antara jelajah pickleball paling luas di negara ini dari segi liputan geografi.

“Bagi kami, inilah Mobility for All dalam tindakan, dengan mewujudkan lebih banyak peluang untuk masyarakat bergerak, berhubung dan menikmati sukan ini bersama-sama,” katanya.

Ads

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball

Lima Lokasi, Lima Juara

Saingan sepanjang jelajah turut menyaksikan beberapa pasukan tampil sebagai juara di lokasi masing-masing.

Di Kuching, Team bZ4X muncul juara keseluruhan, manakala Team GR Corolla mengungguli saingan di Kota Kinabalu dan Johor Bahru.

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball
Pemenang bagi Sarawak

Team Urban Cruiser pula meneruskan momentum apabila menjuarai pusingan di Pulau Pinang sebelum sekali lagi mengungguli pentas penutup di Subang Jaya.

Selain pertandingan, penglibatan peserta melalui klinik kejurulatihan turut menunjukkan bahawa jelajah ini memberi perhatian kepada pembangunan sukan di peringkat komuniti, bukan hanya kepada pemain kompetitif.

Ads
Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball
Pemenang di Sabah
Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball
Pemenang di Johor

Pickleball Sebagai Ruang Untuk Berhubung

Toyota melihat penutupan jelajah lima negeri ini bukan sekadar pengakhiran sebuah pertandingan, tetapi sebagai pembentukan komuniti yang semakin besar di sekeliling sukan pickleball.

Dengan membawa kejohanan keluar daripada satu lokasi sahaja, lebih ramai rakyat Malaysia diberi peluang untuk mencuba, bertanding dan berkongsi pengalaman dalam sukan yang semakin mendapat tempat di negara ini.

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta, Lima Bandar Disatukan Melalui Pickleball

Toyota turut menyatakan komitmennya untuk terus meneroka pengalaman yang mampu menyatukan masyarakat menerusi gaya hidup aktif, hubungan komuniti dan konsep mobiliti yang lebih luas.

BACA: Pickleball Sukan Ringan Dengan Manfaat Maksimum Buat Lelaki Moden

Untuk edisi 2026, satu perkara cukup jelas. Toyota Malaysia Pickle Tour bukan sahaja memperlihatkan pertumbuhan pickleball sebagai sukan, tetapi juga bagaimana sebuah gelanggang boleh menjadi titik pertemuan buat masyarakat daripada usia, negeri dan latar belakang yang berbeza.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads