Buat masa sekarang lebih ramai memilih untuk lebih berhai-hati dan tidak pergi ke kedai gunting rambut dengan kerap. MASKULIN berpendapat kita harus membantu sektor industri ini dengan terus mengunjunginya. Namun biarlah tidak terlalu kerap dan menuruti SOP yang ditetapkan. Bagi anda yang berjambang, trik trim jambang dan janggut ini boleh anda lakukan di rumah.
Kalau ikut langkah dengan betul, anda boleh dapatkan hasil seperti mengunjungi kedai gunting rambut. ‘Membela’ jambang bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan perhatian yang cukup dengan penjagaan seperti melakukan trimming dan mencuci dengan baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi trik bagaimana untuk trim jambang dan janggut seperti dilakukan oleh kebanyakan tukang gunting atau barber profesional.
PASTIKAN IA SENTIASA BERSIH
Jangan biarkan jambang anda sentiasa berada dalam keadaan kering. Ia boleh memberikan penampilan yang serabai dan tidak terurus. Oleh itu pastikan jambang sentiasa bersih dan dicuci menggunakan syampu.
Dan syampu yang digunakan bukanlah syampu rambut biasa tetapi syampu khas untuk jambang dan janggut. Ini kerana kulit wajah anda sangat berbeza dengan kulit kepala. Kondisi yang terjaga seperti ini akan memudahkan anda melakukan trimming dengan baik.
BERUS PERMUKAAN
Selepas melakukan cucian, keringkan dahulu dengan menggunakan tuala. Kemudian ambil berus untuk menggosoknya ke arah melawan arah supaya ia lebih lurus dan tegak. Kedudukan jambang seperti ini akan memudahkan anda melakukan trimming serta menunjukkan perbezaan panjangnya.
MELAKUKAN TRIM
Untuk mendapatkan trim yang berkesan gunakan mesin trimmer janggut yang sepsifik. Usah guna mesin rambut biasa kerana ‘matanya’ lebih kasar dan berbeza. Anda boleh dapatkan mesin trimmer janggut di pasaran pada harga yang berpatutan.
Triknya, gunakan clipper yang lebih besar terlebih dahulu bagi mendapatkan kepanjangan yang anda mahukan. Jika anda mahu potongan lebih pendek dan ringkas, anda boleh gunakan sahaja clippers saiz universal.
BAHAGIAN MISAI
Lakukan trimming di bahagian misan dengan menggunakan mesin trimmer janggut. Pastikan anda menggunakan clippers bersaiz sama bagi memastikan kepanjangannya konsisten.
Namun berhati-hati bila melakukannya di sekitar bahagian hidung agar tidak mesin tidak terlekat di situ. Kemudian lakukan trim dengan lebih lengkap dengan menggunakan gunting kecil khas untuk misai. Ia trik yang simple tapi memerlukan kesabaran.
NECKLINE
Ini merupakan bahagian yang mungkin paling sukar. Mendapatkan trimming yang baik dengan garisan leher atau neckline yang baik agar sedikit mencabar. Jika trim jambang terlalu rapat dengan tulang rahang ia akan membuatkan anda kelihatan memiliki double chin.
Cara terbaik melakukan trimming di bahagian ini ialah untuk membuang segalanya yang berada di bawah halkum. Kemudian lakukan trimming dalam bentuk ‘U’ bermula dari bawah hingga ke atas.
SAPUKAN MINYAK
Sama seperti rambut, jambang dan janggut anda juga memerlukan ‘kasih sayang’ yang sempurna. Oleh itu jangan lupa untuk menyapu minyak janggut agar ia sentiasa lembab dan sihat. Tamatkan proses ini dengan menggunakan minyak janggut berkualiti. Ratakan minyak ke semua bahagian dengan menggunakan sikat.
Semoga tip dan trik grooming kali ini mampu membuatkan anda tampil dengan gaya lebih kacak dan tampan. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang lelaki.
Buat anda yang ingin mendapatkan produk pakaian outdoor pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI