Family photo created by drobotdean - www.freepik.com

Setiap pasangan terutamanya anda sebagai seorang lelaki pastinya menginginkan zuriat atau cahaya mata. Kemunculan si kecil dalam hidup boleh mengubah seorang lelaki menjadi lebih baik.

Namun satu perkara kita sedar ialah tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah bukanlah satu perkara yang ringan. Walaupun begitu, jangan pula jadikan alasan itu dengan menganggap menjadi seorang ayah adalah satu beban yang menyusahkan.

Anak itu anugerah. Dan anak itu adalah tangguungjawab serta amanah untuk anda jaga sebaiknya. Lumrah seorang anak semasa kecil pastinya datang dengan telatah nakalnya.

Mungkin kadang-kadang sampai membuatkan anda berasa cepat naik angin. Apatah lagi bila dalam keadaan penat atau keletihan harus berdepan karenah mereka.

Ingat ya. Jangan cepat naik angin dan juga cepat naik tangan bila anak anda yang masih kecil itu tidak dengar cakap. Itulah yang ditegaskan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi perkongsian yang cukup ilmiah di Twitter kendaliannya.

IKLAN

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:

#1

Kerap cium dahi dan peluk si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu. Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).

IKLAN

#2

Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan anak supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama & ada eye contact yang bagus.

Man photo created by freepik – www.freepik.com

#3

Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.

#4

Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu. Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.

IKLAN
Family photo created by wirestock – www.freepik.com

#5

Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum. Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.

#6

Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.

#7

Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.

Terima kasih Dr Ahmad Luqman di atas perkongsian awam yang cukup bermanfaat ini. Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Untuk perkongsian lebih banyak anda boleh ikuti Telegram beliau di sini.