Berlangsung di Sentul Depot seperti edisi tahun lalu, pertandingan kecergasan yang dinantikan ramai, UA Combine 2024 telah berlangsung dengan cukup berjaya.
Seramai kira-kira 350 atlet berkumpul untuk menyertai edisi pada tahun ini. Ia diangkat bukan sekadar pertandingan semata tetapui menjadi manifestasi kepada moto Under Armour, “Protect This House,”.
Ia semangat komuniti atlet yang mendorong batasan kemampuan dan menakrifkan semula maksud sebenar kecergasan.
Kembali untuk tahun ketiga, UA Combine beberikan fokus kepada cabaran fizikal yang mencabar dengan setiap atlet melalui lapan ujian ketahanan: kelincahan, stamina, lompatan menegak, kuasa, daya tahan, kekuatan, kelajuan, dan ketajaman minda.
Setiap ujian dan cabaran direka untuk menguji had fizikal dan mental, mengingatkan setiap peserta tentang kuasa ketabahan dan kerjasama berpasukan.
Semangat Ketabahan dan Ketekunan
Pengarah Komersial Under Armour Malaysia, Samantha Lim, merangkumkan semangat hari tersebut dengan berkata, “UA Combine direka untuk menginspirasi orang ramai supaya melangkaui batas diri.
“Hari ini, kami bukan sahaja menyaksikan paparan ketabahan yang mengagumkan tetapi juga semangat berpasukan yang hebat dalam kalangan komuniti atlet yang rapat ini, yang melambangkan apa yang Under Armour perjuangkan.”
Sepanjang hari, para atlet menyertai pelbagai aktiviti yang benar-benar menguji kemampuan fizikal mereka.
Ads
Dari Beep Test dan 3RM Bench Press kepada Reactive Intelligence Wall dan 40-Yard Dash, setiap aktiviti menawarkan cabaran tersendiri.
Ujian 20M Sled Push, Pull-Up Beep Test, Illinois Test, dan Vertical Jump Test menekankan lagi kepentingan daya tahan, kekuatan, dan fokus mental—kemahiran yang sangat penting bagi setiap atlet berprestasi tinggi.
Atlet dan Pentas Aksi
UA Combine bukan sahaja menjadi platform untuk atlet yang berpengalaman tetapi turut menarik perhatian figura terkenal dalam komuniti kecergasan, masing-masing menambahkan aura unik mereka dalam acara ini.
Antara peserta terkenal adalah penyanyi Ismail Izzani, yang mempamerkan kelajuannya dalam 40-Yard Dash, dan Duta Under Armour serta ultramarathoner, Jeff Lau, yang cemerlang dalam Sled Push.
Ads
Harinder Sekhon, seorang atlet elit, menunjukkan kebolehannya dalam Vertical Jump. Manakala pencipta kandungan kecergasan seperti Anis Suhailah, DJ Aryzeadora Rahim, Anas DZ, Marc Le, dan Anson Yew turut mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran.
Sekali gus turut memberi inspirasi kepada peminat dan pengikut mereka dengan ketekunan dan komitmen mereka.
Setiap cabaran dikendalikan dengan teliti oleh juri pakar dari Celebrity Fitness, memastikan pertandingan ini mengekalkan standard kecergasan dan integriti yang tinggi.
Menghargai Para Pemenang
UA Combine 2024 meraikan usaha luar biasa dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita, memberi penghormatan kepada pemenang yang cemerlang dalam setiap ujian.
Ads
Dalam kategori Wanita, Hui Lian Chiew muncul sebagai pemenang utama dengan 793 mata, diikuti oleh Nor Liyana Kamaruddin (745 mata) dan Jin May Koay (706 mata).
Pemenang kategori wanita
Kategori Lelaki pula menyaksikan Ashton Koh muncul sebagai juara dengan 1881 mata, sementara John Chai (1867 mata) dan Chee Wai Leong (1865 mata) berada di tempat kedua dan ketiga.
Hadiah yang ditawarkan termasuk RM 15,000, RM 7,500, dan RM 3,000 untuk pemenang teratas dalam setiap kategori, menunjukkan komitmen Under Armour dalam menghargai mereka yang mempamerkan ketabahan dan kegigihan.
Tambahan pula, alat urut Hypervolt GO 2 daripada Hyperice diberikan kepada juara sebagai sokongan dalam perjalanan kecergasan mereka yang berterusan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan Under Armour dan meneroka koleksi terkini peralatan kecergasan mereka, layari laman web rasmi mereka atau ikuti mereka di Instagram di @underarmourmy.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ‘plank’ merupakan jenis senaman yang sangat popular terutamanya buat mereka yang ingin membina otot abdomen dan teras badan yang kuat. Bukan sekadar otot abdomen sahaja, malah stamina diri juga dapat ditingkatkan dengan senaman plank. Namun jangan silap guna teknik yang salah kerana itu bukan sahaja boleh buat badan sakit malah mencederakan anda.
Salah satu faktor mengapa plank sangat popular adalah kerana sifatnya yang mudah. Tidak perlu menggunakan peralatan. Tidak perlu menggunakan ruang yang besar. Malah, boleh dikatakan mampu dilakukan di mana sahaja.
Plank juga sebenarnya tidak perlu dilakukan terlalu lama. Bukan tempoh masa yang menentukan keberkesanan senaman. Tetapi bagaimana anda mengukur kemampuan diri serta membina ketahanan dari hari ke hari. Usah terlalu gopoh dan silap percaturan kerana ia hanya membahayakan anda.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis kesalahan yang biasa dilakukan ketika melakukan senaman plank. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan senaman anda lebih efektif!
Elak tahan nafas ketika melakukan senaman plank
Jika anda menahan nafas, anda akan mengehadkan dan menyekat oksigen dari masuk ke dalam badan, sekali gus tidak memberi apa-apa manfaat pada tubuh badan. Oleh itu bernafaslah seperti biasa.
Jangan pandang ke atas atau naikkan kepala
Ia akan memberikan stres pada bahagian leher. Jadi, pandang atau lihat ke bawah agar leher anda tidak tertarik atau dalam keadaan neutral.
Menurunkan punggung juga merupakan satu lagi kesilapan yang sering orang lakukan ketika plank. Walaupun ia lebih mudah, sebenarnya cara ini tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang selari dengan tubuh badan.
Pastikan posisi badan anda tidak terlalu ke hadapan atau ke belakang ketika plank. Pastikan lengan anda berbentuk L (siku selari dengan bahu) untuk menampung badan dan merasakan tekanan ketika anda melakukan lank.
Jangan rehatkan tangan di dahi
Berikan ruang di bahagian tangan tapi jika anda ingin menggenggam tangan, tiada masalah kerana ia akan memudahkan lagi senaman ini. Harus diingatkan juga, jangan jadikan tangan anda sebagai tempat untuk anda merehatkan dahi. Untuk kaki pula, ikut kesesuaian pada gaya plank anda.
Jangan lupa untuk subcribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersenam bukan sahaja boleh jadikan badan sihat dan otot mantap, ia juga boleh menjadikan badan anda lebih bertenaga.
Apabila badan anda bertenaga dan sihat, secara tidak langsung akan memancarkan wajah yang segar dan memberikan mood yang lebih ceria.
Oleh itu, jadikan lapan aktiviti bersenam di rumah ini sebagai salah satu amalan harian wajib yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan mannfaat kecergasan pada tubuh badan.
1. Glute Bridges
2. Push Up
3. Mountain Climber
4. Lateral Run & Pause
5. Jumping Jacks
6. High Knees
7. Side to Side Jump
8. Lateral Speed Lunge
Lakukan aktiviti bersenam di rumah ini secara rutin paling kurang sekali dalam sehari untuk anda mendapatkan kesan yang baik untuk tubuh badan anda.
Selain untuk tubuh badan dan kesihatan dalaman, wajah anda juga akan tampak lebih muda secara semula jadi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.