Sebelum bersenam, pastikan anda ketahui kebaikan setiap senaman yang anda ingin lakukan kerana lain aktiviti, lain manfaat yang anda akan dapat.

Jadi, untuk mengetahui kebaikan setiap senaman antara Latihan Kardio, Weight Training, dan Yoga mana lebih efektif, ikuti perkongsian Arif Sukri ini.

Latihan Kardio, Weight Training, dan Yoga mana lebih efektif?

Sebelum kita pergi antara latihan-latihan ini mana lebih efektif, baik kita semak satu-satu dahulu. Apa fungsi dan kebaikan jenis senaman ini.

Artikel berkaitan: Amalkan Senaman Deep Breathing Ini, Hanya Perlukan 20 Minit Setiap Hari Sahaja!

Artikel berkaitan: 3 Minit Senaman Untuk Beginner, Anda Akan Berpeluh Habis!

1. Kebaikan Yoga

Latihan Kardio, Weight Training, Atau Yoga, Mana Lebih Bagus? Ini Kebaikan Setiap Senaman!

Yoga antara latihan terbaik untuk memperbaiki postur badan dan fleksibiliti. Dan yang utama ia menguatkan sendi-sendi utama pada badan. Yoga tidak terlalu efektif untuk mengurangi lemak. Ini kerana ia terfokus lebih kepada fleksibiliti badan dan baiki postur tubuh kalian.

IKLAN

2. Kebaikan Kardio

Latihan Kardio, Weight Training, Atau Yoga, Mana Lebih Bagus? Ini Kebaikan Setiap Senaman!

Kardio antara senaman yang popular di kalangan mereka yang nak kurus. Contohnya berjoging, berbasikal, berenang dan seumpamanya. Fungsi latihan ini adalah membakar lemak ketika bersenam. Namun ia belum tentu akan masih bakar lemak, selepas habis bersenam.

Jika mahu dibanding dengan weight training, kardio jatuh pada no.2 dari sudut pembakaran lemak yang banyak. Selain ia tidak ada fokus yang banyak dalam pembinaan otot.

Namun fokus latihan cardio ni seperti namanya sendiri. Memberi keutamaan kepada sistem kardiovaskular kalian. Jantunglah terutamanya. Nak stamina padu, buatlah kardio.

IKLAN

3. Kebaikan Weight Training

Latihan Kardio, Weight Training, Atau Yoga, Mana Lebih Bagus? Ini Kebaikan Setiap Senaman!

Untuk meningkatkan otot di dalam badan weight training adalah solusi utama. Weight training boleh jadi kalian main angkat berat guna tubuh badan sendiri, atau pun alatan di gym. Guna badan sendiri boleh jadi seperti pergerakan Squat, Push Up, Pull Up dan lainnya. Kalau guna alat boleh buat Deadlift, Row, Barbell Squar dan banyak lagi alat di gym.

Fungsi latihan ini ia membentuk tubuh badan kalian (shaping) selain meningkatkan metabolisme badan.

IKLAN

Weight training harus jadi pilihan yang utama jika kalian nak bakar lemak kaw-kaw punya berbanding kardio. Di samping nak badan cantik dan tak nak kurus tapi gelebeh sana sini.

Namun nasihat saya belajarlah teknik yang betul sebelum lakukan. Jangan mulakan weight training dengan buat semborono sahaja. Kelak cedera boleh berlaku.

Sumber: Arif Sukri

Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=bKXzwwZEPmE&t=1s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI