
Bagi yang aktif melakukan aktviti larian, kasut merupakan antara aspek paling penting buat mereka. Dan tahukah anda tidak semua kasut larian adalah sama? Ini kerana rekaan untuk setiap jenis larian mempunyai sedikit perbezaan sama ada untuk keselesaan atau ketahanan.
Itulah yang diserlahkan oleh kasut larian terbaru dari Under Armour iaitu HOVR Phantom 2. Menerusi kasut larian ini Under Armour mengatakan bahawa ia telah memberi fokus kepada 3 segmen utama iaitu cushioning, fit dan feel.
Ketiga-tiga segmen yang merupakan aspek sangat diberikan perhatian terutamanya untuk pelari aktif. Model terbaru dari Under Armour ini dilengkapi material mudah regang dan rekaan sock-fit yang pastinya memberikan ‘dakapan’ yang lebih selesa terhadap kaki.
Malah ia dikatakan sebagai model paling selesa pernah ditampilkan oleh mereka di pasarab. Selain itu aspek yang turut diberi penekanan oleh Under Armour ialah cengkaman, fleksibiliti dan serapan tenaga yang maksimum ketika melakukan larian.
Penggunaan lebih banyak UA HOVR juga bermakna labih banyak tenaga dapat dikembalikan selain meringankan setiap langkah pelari. Phantom 2 semenangnya dihasilkan untuk memberikan pengalaman larian yang selesa dan larian lebih berkualiti.
Bahagian atas kasut yang ditampilkan dengan rekaan sock-like pula membuatkan kaki pelari tidak akan mudah berpeluh. Rekaan kolar atas juga memberikan lebih keselesaan berbanding model terdahulu.
Under Armour turut memperkenalkan aplikasi MapMyRun. Ia merupakan aplikasi larian yang memudahkan penggunanya merekodkan pelbagai jenis data. Selain itu ia turut mempunyai mode Training Plan di mana pengguna dapat melakukan larian mengikut tip serta teknik yang diberikan secara eksklusif.
Jika anda ingin mencari kasut larian Under Armour boleh dapatkan di laman sesawang rasminya, http://www.underarmour.com.my/ atau di sini untuk model lain dengan diskaun hebat.
HR Manager Kongsi 10 Info Penting Nak Tulis Resume Agar Mudah Dipanggil Temu Duga!

Terdapat banyak cara nak tulis resume dengan kaedah yang betul, namun masih ada lagi calon temu duga yang gagal untuk mendapatkan kerja.
Semuanya gara-gara anda memandang remeh dengan format penulisan resume. Sekiranya maklumat yang diperlukan dalam resume tidak lengkap dan relevan, anda tidak akan dipanggil untuk ditemu duga.
Disebabkan itulah, seorang HR Manager bernama Marlia Ramli berkongsi di Facebooknya cara menulis resume dengan betul dan sesuai untuk anda menghantar permohonan kerja.
BACA: Lelaki Harus Miliki Paling Kurang 4 Pengalaman Kerja Sebelum Masuk Usia 30-An
Cara-caranya adalah:
1 – Email address menggambarkan siapa kita. Jika nama kita Ahmad, sebaiknya letak saja ahmad1282@yahoo.com berbanding perindubulan@yahoo.com atau terunasetia@yahoo.com
2 – Gambar adalah cinta pertama. Hantarkan gambar yang looks professional agar HR sudi membaca resume kita. Berpuluh malah beratur resume yang HR tengok setiap hari dan keutamaan hanya diberi kepada resume terlihat professional.
3 – English preferable. HR yang baca resume kita mungkin bukan Melayu makan sambal belacan seperti akak. Mungkin beliau adalah bangsa lain, atau hiring Manager mungkin Japanese atau Korean atau Mat Salleh. So, guna English lebih mudah dibaca.
4 – Details of employment atau working experience adalah sangat menjadi focus. HR nak tahu, current job anda ini apa gambaran tugasnya. Supaya HR boleh match dengan roles yang ada vacant di dalam organisasi.
5 – HR adalah skema. Tambahan kalau HR yang buat recruitment atau IR/ER. Mereka terbiasa bersikap cerewet, sangat berahsia, terlalu memilih dan sangat berhati-hati. So, elakkan resume yang acah-acah hipster ada bunga, tulisan kecik besar dan berwarna warni.
6 – Current salary. HR nak tahu berapa gaji dan package anda sekarang. Mudah untuk HR match position anda dengan jawatan yang lebih bersesuaian. Anda mungkin tak sesuai jawatan A tetapi lebih sesuai dengan jawatan B.
7 – Salary expectation haruslah logic. Kebiasaanya kenaikan di bawah 50% berbanding current salary melainkan memang company anda sekarang membayar harga yang “below market”. Ada yang dibayar 2x ganda gaji jika calon adalah super power.
8 – Transport ada tak? Boleh re location? Nyatakan di dalam resume tentang mobility anda. HR nak tahu dan mudah bagi HR allocate permohonan anda untuk di letak di cawangan mana.
BACA: 7 Perkara Tentang Kelebihan & Cabaran Kerja Sendiri Berbanding Makan Gaji
9 – Formal dan profesional. Kita sekarang sedang bercakap dengan HR yang mewakili organisasi. Kita bukan bercakap di FB atau Instagram. Maka, bila HR call, mohon jangan buat lawak di tahap mega ya…
10 – Availibility. Jawatan yang ditawarkan mungkin urgent. Maka letakkan juga tempoh notice yang diperlukan jika anda terpilih untuk bekerja nanti. Atau jika anda super hebat mungkin HR akan pertimbangkan untuk bayar notice dan “beli” anda daripada majikan sekarang.
11 – Banyak lagi sebenarnya etika dalam menulis resume. Tapi lenguh dah jemari akak. Pesan banyak-banyak kali pun masih ada juga yang buat benda-benda yang kelakar ni kan? Hehe.. Tak pe, manusia buat silap. Cuma, jangan ulangi lagi ya. Ini semua demi kebaikan MASA DEPAN KERJAYA.
Tahniah, jika resume anda berjaya diterima oleh bakal majikan dan dijemput menghadiri sesi temuduga.
BACA: Lelaki Ini Kongsi 7 Panduan Uruskan Kewangan Bagi Yang Baru Mula Kerja. Tip Yang Patut Anda Contohi!
Namun, selepas sahaja berakhirnya sesi temu duga, terdapat satu lagi proses yang perlu anda buat untuk mengetahui sama ada status temu duga kerjaya anda itu diterima ataupun tidak.
Sekiranya anda lakukan secara melulu, pihak syarikat akan beranggapan anda seorang yang tidak sabar. Jadi bagi memastikan pertanyaan anda itu tidak menjengkelkan, terdapat beberapa cara untuk anda bertanyakan status permohonan kerja secara profesional bergantung kepada cara anda melakukannya.
Tip ini telah dikongsi oleh Nik Akmal melalui tayangan video di Youtube ML Studios yang berdurasi selama tiga minit.
Dia menyatakan bahawa:
1. Hantar nota terima kasih kepada penemu duga
Dapatkan alamat e-mel penemu duga sebelum berakhirnya sesi temu duga dan hantar ucapan terima kasih di atas kesudian pihak penemu duga memanggil anda. Ucapan ini mestilah dihantar dalam masa 24 jam untuk memastikan penemu duga ingat kepada anda.
2. Buat follow up call
Telefon syarikat yang telah menemu duga anda untuk bertanyakan status permohonan sama ada diterima bekerja ataupun tidak. Pastikan anda kenalkan diri secara details seperti tarikh sesi temu duga dan jenis jawatan yang dipohon untuk memudahkan pihak penemu duga membuat pemeriksaan lanjut.
Jika anda diterima bekerja, tahniah. Jika tidak diterima dapatkan serba sedikit maklumat tentang kriteria yang diperlukan untuk mengisi jawatan yang dipohon atau mendapatkan maklumat tentang kelemahan yang anda boleh perbaiki di masa hadapan.
Anda boleh mula membuat cara ini selepas dua minggu daripada tarikh sesi temu duga dijalankan. Sepanjang tempoh itu, jika tiada apa-apa maklumat seperti panggilan telefon atau e-mel, cuba buat panggilan. Dan jika masih sama, ini bermakna tiada rezeki anda di syarikat ini.
BACA: Gara-Gara Kena Reject Kerja, Lelaki Cabar Diri Buang 19KG Dalam Masa 4 Bulan
3. Kenal pasti tempoh masa jawatan dibuka
Selalunya di dalam iklan kerja, terdapat tempoh masa jawatan itu dibuka. Anda perlu peka dengan tempoh masa yang dinyatakan di dalam iklan kerana sebaik sahaja tempoh itu berakhir, anda mempunyai masa dua minggu untuk mula bertanyakan status. Jika panggilan pertama tiada jawapan, tunggu lagi dua minggu. Tapi jika ia masih sama, lebih baik anda move on dan cari peluang kerjaya yang baharu.
Buru ‘Jin Ifrit Jahat’ Sehingga Pukul 3 Pagi, Johan As’ari Akui Perlu Cukup Rehat

Bekerja di set penggambaran untuk menjayakan sebuah drama bersiri memang bukan kerja mudah dan sangat memenatkan.
Meskipun penonton akan melihat setiap episod yang ditayangkan cuma 30 minit, ramai yang tidak tahu proses pembikinannya memakan masa berhari-hari.
Dan itulah pengalaman serta rutin yang sering dilalui Johan As’ari sepanjang bergelar anak seni bersama pelbagai produksi yang mahu menghasilkan karya yang bagus.
Johan As’ari Penjejak Ifrit?
Umum sedia tahu ifrit adalah nama bagi bangsa jin kafir yang mempunyai kekuatan serta kebijaksanaan luar biasa untuk memesongkan akidah manusia.
Selain itu, ifrit juga berupaya untuk masuk ke tubuh seseorang itu dan membuat kerosakan dalam sehingga akal fikirannya terjejas dengan teruk.
Menerusi drama 13 episod terbaharu terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd., itulah antara elemen yang akan dipaparkan menerusi slot Meremang di Astro tidak lama lagi.
Johan As’ari pula diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dengan memegang watak Riduan yang mempunyai kemahiran untuk mengubat orang yang dirasuk.
Sepanjang 13 episod itu, Johan yang menganggotai kumpulan Penjejak Ifrit akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia selain berdepan suasana yang cukup menyeksakan membantu mangsa terkena serangan jin jahat tersebut.
Tambahan pula, Riduan digambarkan sebagai pakar rawatan Islam yang mempunyai kaedah tertentu untuk merawat pesakit seperti menggunakan ayat-ayat suci al-Quran ditemani rakan lakon yang lain seperti Azar Azmi, Kodi Rasheed, Fad Anuar dan Maulana Mohamed.
Rehat 6 jam satu keperluan
Dalam satu tembual, kata Johan, dia amat menjaga kerjanya sebagai seorang pelakon yang perlu sentiasa berurusan dengan pengarah.
Untuk tampil segar setiap masa termasuk di dalam skrin, Johan mengakui dia memerlukan waktu rehat yang cukup sebelum menjalani sesuatu proses penggambaran.
Mengambil contoh seperti drama Penjejak Ifrit ini, meskipun Johan dapat pulang ke rumah selepas 3 pagi, dia akan pastikan waktu tidurnya cukup enam jam.
“Itu adalah keperluan utama saya untuk kekal bertenaga. Walaupun balik awal pagi, waktu Subuh saya bangun untuk solat dan kemudiannya sambung tidur semula.
“Jadi selepas saya bangun pada waktu pagi sewaktu hari sudah cerah, mood untuk memulakan hari seterusnya berada di tahap yang baik,” katanya kepada Maskulin.
Makan macam biasa tetapi contra dengan senaman
Berdasarkan faktor kerjanya, sukar untuk Johan menepis pelbagai hidangan yang disediakan sewaktu di set penggambaran.
Namun demikian, Johan tetap mengutamakan menu yang sihat seperti spaghetti, nasi campur dan sebagainya.
Sebagai contra, Johan akan melakukan pelbagai rutin senaman sama ada di gimnasium atau pun berjongging apabila memiliki masa terluang.
Johan juga gemar mendaki gunung dan antara puncak tertinggi yang pernah ditawannya adalah Gunung Rinjani, Indonesia selain menyasarkan mahu mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pula selepas ini.
Miliki Silat Pukulan Melaka
Untuk membawa watak individu yang mempunyai seni bela diri, ia tidak menjadi masalah yang cukup besar buat Johan kerana dia memiliki silat pukulan Melaka.
Antara rekod peribadinya dengan silat pukulan Melaka, Johan pernah mendapat pingat emas dalam satu kejohanan olah raga yang pernah diadakan suatu masa dahulu.
Bagi Johan, silat wajar dikuasai orang Melayu kerana silat bukan sahaja dapat membentuk keperibadian dan sahsiah diri malah boleh menjadikan seseorang itu tergolong sebagai insan yang berhati mulia.
8 Lokasi Menarik Di Kuala Lumpur Ini Sesuai Dikunjungi Sempena Cuti Hujung Minggu

Setiap kali menjelang hujung minggu, inilah waktunya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak serta isteri.
Manakan tidak, dari Isnin hingga Jumaat anda juga sudah penat bekerja maka tidak salah jika anda manjakan diri untuk jalan-jalan cuti mata dan rehatkan minda.
Namun demikian, warga kota sering berdepan dengan masalah tidak tahu mahu ke mana kerana Kuala Lumpur tidak memiliki landskap panorama yang indah.
Tetapi 8 lokasi yang dikongsikan ini merupakan alternatif untuk anda menikmati waktu cuti dengan riang sama seperti orang lain :
1. District 21
District 21 terletak dalam sebuah pusat beli-belah, IOI Mall di Putrajaya. Lokasi ini menyediakan ruang permainan aktiviti lasak yang boleh dicuba oleh sesiapa. Bukan sahaja anak-anak boleh mencabar adrenalin mereka malah golongan dewasa pun tidak berkecuali. Antara aktiviti yang disediakan di District 21 ini adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman flying fox, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride.
Lokasi :District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu operasi : Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga kemasukan : Isnin – Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
2. Taman Burung Kuala Lumpur
Bagi anda yang gemarkan ketenangan dan alam semula jadi, berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur merupakan pilihan yang sangat tepat. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia. Taman burung ini terbahagi kepada empat zon yang menempatkan pelbagai spesis burung yang berbeza. Jadi, kalau anda nak beriadah sambil memberi ilmu kepada anak-anak, taman burung inilah tempatnya!
Lokasi : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 | Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM13, Pelancong: RM41
3. Aquaria KLCC
Aquaria KLCC pasti menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga! Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut, yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur
Waktu operasi : Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49
4. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Percaya atau tidak, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia! Mempunyai sebanyak lebih 6000 jenis rama-rama di sekitar tumbuhan eksotik ini, pasti akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti ikan koi, unggas dan serangga eksotik juga turut ditempatkan di sini. Anda juga boleh melawat muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat.
Lokasi : Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa Warganegara: RM12, Pelancong: RM25 | Kanak-kanak Warganegara: RM7, Pelancong: RM14 ; Kamera RM5
5. Kuala Lumpur Upside Down
Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda patut masukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi bersama keluarga! Hal ini kerana, rumah terbalik di Kuala Lumpur ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Kalau anda nak tahu, semua barang dalam rumah ini terbalik tau dan bila anda masuk pun badan anda pun akan terbalik juga! Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan menerbitkan keseronokan anak-anak menghabiskan cuti hujung minggu.
Lokasi : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)
Waktu operasi : Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
6. Blok Space
Buat ibu bapa yang memang ‘kaki shopping’ tapi dalam masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak ketika membeli-belah? Anda boleh bawa anak ke Blok Space yang terletak di dalam pusat membeli-belah juga. Mempunyai 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Blok Space ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk merangsang minda anak-anak. Dilengkapi dengan kelengkapan permainan lego, anak-anak juga dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan jumpa kawan baharu! Barulah anda aman sikit nak membeli-belah kerana keselamatan anak pun terjamin.
Lokasi : Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.
Waktu operasi: Bergantung kepada cawangan BlockSpace
Harga kemasukan : RM18
7. Skybox KL Tower
Selain District 21, tempat lain yang sesuai untuk anda seisi keluarga yang sukakan aktiviti yang menaikkan adrenalin, Skybox KL Tower adalah tempatnya! Bayangkan sahaja apabila anda berdiri atas kaca dalam ketinggian Menara Kuala Lumpur ini? Memang gayat lah jawabnya. Tak payah pergi jauh-jauh ke Melaka dan Pulau Pinang lagi untuk merasai pengalaman sebegini, kerana Skybox KL Tower pun tak kurang hebatnya! Memang lokasi menarik untuk bergambar.
Lokasi : Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi: 9:00 am – 10:00 pm
Harga kemasukan : Rujuk kadar di bawah
8. Taman Eco Rimba Bukit Nenas
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan merupakan tempat hijau yang terpelihara. Sebaik sahaja anda memasuki taman ini, anda seperti terpisah dari dunia luar namun dapat menikmati suasana yang cukup tenang dan aman. Anda boleh menghirup udara segar dan menikmati suasana hijau menerusi jambatan gantung yang disediakan.
Waktu operasi : 7.00 am sehingga 7.00 pm
Harga kemasukan : Percuma
Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh mula rancang untuk bawa anak-anak dan isteri ni..!!