Tiada perkara yang lebih memilukan dan menyedihkan di dunia ini melainkan kehilangan ibu tersayang. Jika anda pengikut setia Zul Ariffin, pastinya anda mengetahui bahawa Zul sangat mengutamakan ibunya, Robiah Nasir dalam segala perkara.
Pelakon berbadan sasa ini memuat naik menerusi media sosial disambut dengan berita sedih mengenai kematian ibu kandungnya, Robiah Nasir pagi tadi. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira pukul 3.40 pagi Selasa akibat serangan jantung di rumah kakak Zul dekat Sungai Penchala, Damansara, Selangor
“Ibu saya memang sakit jantung. Saya tidak sangka dia meninggalkan kami seawal ini kerana sebelum ini tidak tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Saya reda dengan pemergiannya dan berdoa agar urusannya di sana dipermudahkan,” kata Zul dipetik dari sebuah portal tempatan.
Menurut portal Astro Gempak, Allahyarhamah akan dikebumikan selepas selesai solat fardu Zohor dan disembahyangkan di Masjid Sungai penchala.
Ads
Menerusi ruangan Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), ramai peminat telah meninggalkan komen ucapan takziah atas kehilangan wanita tersebut.
Ads
Dalam masa yang sama, kekasih hati Zul, Zahirah Macwilson turut memuat naik gambar ucapan takziahnya mengenai berita kehilangan tersebut.
Ads
Salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti.
Sumber : Mynewshub
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di Jepun, tekanan sosial terhadap penampilan dan usia sering kali mendorong individu untuk melakukan transformasi drastik demi kelihatan lebih muda.
Fenomena itu mendapat perhatian media tempatan selepas seorang lelaki dikenali sebagai Aki, 33, mendedahkan bagaimana beliau berjaya mengekalkan kulit dan penampilan seperti 10 tahun lalu, hasil disiplin yang ketat sejak lebih sedekad lalu.
Menurut Aki, segalanya bermula apabila bosnya memberi komen pedih mengenai rambutnya yang semakin menipis, membuatkan dia kelihatan lebih tua daripada usia.
Ketika itu juga, Aki baru putus cinta, menyebabkan dia nekad mengubah penampilannya. Malah, dia tidak lagi keluar lewat malam, berhenti merokok, memakai pelindung matahari setiap hari walau hujan atau panas, kerap bersenam dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Dia juga melabur dalam rawatan kecantikan di salon khas untuk lelaki.
“Orang jadi lebih baik dan menghormati saya selepas saya berubah secara fizikal,” katanya kepada saluran berita ABEMA News.
Aki percaya bahawa penampilan muda memberikan kelebihan dalam kehidupan seharian, termasuk dalam hubungan cinta dan kerjaya.
Selain itu, terdapat juga lelaki Jepun yang memilih pendekatan semula jadi untuk kelihatan muda.Contohnya, diet tradisional Jepun yang dikenali sebagai Washoku menekankan pengambilan makanan segar seperti ikan, sayur-sayuran, dan makanan fermentasi seperti miso dan natto.Amalan ini membantu dalam mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.
Malah, konsep “ikigai” di Jepun iaitu mencari tujuan hidup yang memberi makna, juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan semangat dan kesihatan mental.Dengan menggabungkan amalan seperti meditasi, senaman ringan seperti “rajio taiso”, dan menjaga hubungan sosial yang positif, lelaki di Jepun berjaya mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Hal ini menunjukkan bahawa dengan kesedaran dan usaha yang konsisten, adalah mungkin untuk melawan tanda-tanda penuaan dan mengekalkan penampilan yang muda dan bertenaga.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.
Tapi zaman sekarang? Stereotaip itu sudah jauh ketinggalan. Lelaki dalam lingkungan umur 40-an kini semakin kacak, tampan, dan bergaya malah lebih menarik berbanding ketika muda!
Kenapa? Sebab ada sesuatu tentang lelaki 40-an yang membuatkan mereka lebih memikat dan berkarisma. Jom kita selami apa yang menjadikan mereka lebih menarik dalam dekad ini.
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang tercari-cari arah dalam hidup. Mereka sudah lebih stabil, tahu apa yang mereka mahukan, dan lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang menjadikan mereka lebih menarik di mata ramai orang.
Wanita sering tertarik kepada lelaki yang matang dalam pemikiran, bukan sekadar rupa semata-mata. Mereka mahukan seseorang yang boleh menjadi tempat bersandar, seorang yang stabil dari segi emosi dan kewangan, serta tahu bagaimana menguruskan kehidupan dengan bijak. Dan semua ini lebih menyerlah pada lelaki yang sudah memasuki era 40-an.
Lelaki sekarang lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Ramai yang aktif bersenam, makan secara sihat, dan mengamalkan gaya hidup yang lebih teratur. Hasilnya? Badan lebih fit, kulit lebih segar, dan aura makin menyerlah.
Jika dulu lelaki umur 40-an dikaitkan dengan perut buncit, sekarang ramai yang memiliki bentuk badan yang lebih kemas dan atletik. Dengan rutin senaman yang betul, lelaki 40-an boleh tampak lebih maskulin dan menarik berbanding zaman muda mereka.
Lelaki dalam lingkungan 40-an selalunya sudah mencapai tahap kestabilan dari segi kewangan dan kerjaya. Mereka sudah bekerja bertahun-tahun, membina nama dalam bidang masing-masing, dan lebih tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak.
Kemewahan atau kejayaan material bukanlah segalanya, tetapi kestabilan ini memberi mereka kelebihan dalam kehidupan. Dengan pendapatan yang lebih kukuh, mereka mampu berpenampilan lebih bergaya, melancong ke tempat-tempat menarik, dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Lelaki muda mungkin lebih suka bereksperimen dengan gaya fesyen mereka, tetapi lelaki 40-an tahu apa yang sesuai dan apa yang membuat mereka nampak terbaik. Mereka memilih pakaian yang lebih matang, kemas, dan sesuai dengan personaliti mereka.
Sama ada berpakaian kasual atau formal, mereka tahu bagaimana untuk tampil bergaya tanpa perlu mencuba terlalu keras. Setiap helaian yang dipakai menampakkan keyakinan dan kelas tersendiri.
Lelaki yang sudah melalui pelbagai fasa kehidupan mempunyai sesuatu yang lelaki muda belum ada iaitu pengalaman. Mereka lebih bijak dalam berkomunikasi, tahu bagaimana menangani situasi dengan tenang, dan lebih menghargai kehidupan.
Mereka juga lebih memahami emosi dan keperluan orang lain, menjadikan mereka lebih disayangi oleh pasangan, keluarga, dan rakan-rakan.
Kesimpulan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang dianggap ‘menuju tua’. Sebaliknya, mereka adalah lelaki yang sedang berada di kemuncak kehebatan—lebih matang, lebih bijak, lebih bergaya, dan lebih menarik dari segi fizikal serta mental.
Jadi, jika anda seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, yakinlah bahawa anda berada di fasa terbaik dalam hidup. Dan jika anda mengenali lelaki 40-an dalam hidup anda, hargailah kerana mereka adalah lambang ketampanan dan kejayaan yang sebenar!
Seorang pencipta kandungan mukbang Filipina meninggal dunia selepas menyiarkan video melahap ayam goreng dan nasi putih, demikian lapor The New Paper.
Dongz Apatan, atau nama sebenarnya Manoy Apatan yang aktif berkongsi video mukbang menikmati makanan bersaiz hidangan besar di laman Facebooknya, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok.
Dia yang berusia 38 tahun itu mempunyai lebih 457,000 pengikut di laman media sosial itu.
Manoy kali terakhir dilihat menerusi sebuah hantaran video pada 13 Jun, memaparkan sejumlah besar ayam digoreng di dalam kuali yang kemudiannya dimakan oleh Manoy bersama nasi putih.
Keesokan harinya, adik perempuannya Leah Apatan memaklumkan menerusi hantaran Facebook yang Manoy mengalami serangan jantung sekitar jam 3 petang dan dikejarkan ke hospital.
“Terdapat banyak komen mengatakan yang Manoy patut mati kerana dia tamakkan makanan, tetapi itu hanya sekadar kandungan,” kata Leah kepada media tempatan.
“Dia sebenarnya tidak makan banyak. Dia juga tidak menghabiskan hidangannya. Manoy tidak tamak, dia membantu orang lain,” tambah Leah.
Doktor pakar jantung Tony Leachon memberitahu yang punca kematian Manoy adalah disebabkan strok hemoragik.
“Menurut doktor yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darahnya meningkat dan saluran darah di otaknya pecah,” jelasnya.
“Ia berpunca daripada makanan bergaram tinggi dan pengambilan daging. Anda melakukannya setiap hari dan saluran darah anda di dalam otak akan tersumbat”.
Memetik portal Gleneagles Hospital, strok adalah seperti serangan jantung, tetapi strok menjejaskan saluran darah di otak dan bukannya jantung.
Strok hemoragik pula erlaku apabila salah satu saluran darah di otak pecah dan berdarah.
Keadaan ini kemudian menghalang sebahagian otak daripada menerima oksigen yang mencukupi dan menyebabkan kerosakan.
Strok hemoragik dikelaskan mengikut jenis darah yang menyebabkan kerosakan.
Jenis yang paling biasa ialah aneurisme yang berlaku apabila arteri di otak yang melemah atau pecah.
Sekadar makluman, mukbang merupakan istilah gabungan dua perkataan Bahasa Korea iaitu “meokneun” yang bermaksud makan dan “bangsong” yang bermaksud siaran.
Istilah itu merujuk kepada pencipta kandungan media sosial yang berkongsi video mereka menikmati makanan sambil beramah mesra dengan penonton.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.