Kalau nak cepat kurus dalam masa sebulan pastikan anda ikuti panduan ini dalam misi untuk cepat kurus dan buang lemak. Yang penting, anda kena ada kesungguhan untuk berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 tip ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa lagi, jom mulakan hari ini!
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang mengimpikan alangkah seronoknya jika berpeluang untuk mendapatkan tubuh badan yang fit atau pun sado.
Namun demikian, mindset serta disiplin diri juga merupakan antara langkah utama yang perlu dititik beratkan selain :
1. Jalani latihan dengan orang berpengalaman
Nama pun orang berpengalaman. Sudah pasti mereka pernah berada pada kedudukan anda dan lebih mengetahui selok-belok atau trik untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dengan lebih berkesan menerusi kaedah tertentu.
2. Tetapkan pendirian untuk berubah
Apabila sudah menuntut ilmu daripada orang berpengalaman, tolong tetapkan pendirian untuk mengubah diri anda kepada yang lebih baik termasuk dalam konteks mahu membina otot tubuh yang lebih mengancam.
3. Lepak dengan geng sematlamat
Selain itu, jangan cari kawan yang jenis kaki kecam. Mereka cuma mematahkan semangat anda. Sebaliknya rajin-rajinlah lepak atau ‘ngeteh’ dengan geng-geng baru yang memiliki matlamat sama untuk membina tubuh. Barulah mudah dan lebih bermotivasi.
4. Cari gym yang kondusif
Jangan terlalu kedekut untuk manjakan diri anda dengan peralatan yang bagus. Kesannya, anda juga yang akan memiliki body yang awesome. Jadi, carilah gym yang kondusif dan lengkap dari segi peralatannya untuk memudahkan workout anda.
5. Letakkan matlamat spesifik
Letakkan matlamat spesifik kenapa anda ingin membina badan. Boleh jadi anda target untuk jadi hero filem, pikat wanita, kepuasan diri atau gambar dekat Instagram dapat likes beribu. Itu semua bergantung kepada matlamat anda.
Apa-apa pun untuk mendapatkan tubuh badan dengan otot yang sado ini, sememangnya banyak kerja atau pantang larang yang perlu diikuti.
Jadi, tanamkan dalam jiwa dan minda yang anda mampu lakukan serta capai impian anda biar pun lambat tetap boleh direalisasikan. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BERSENAM DALAM BULAN PUASA TIDAK SEMUDAH HARI LAIN. SESUAIKAN PANDUAN BERIKUT DENGAN OBJEKTIF DAN KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.
1) WAKTU TERBAIK BAKAR LEMAK?
Dalam 1jam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (iktu kemampuan individu), casual sports dll. Setelah berpuasa sehari dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Panduan: Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercunggap-cunggap.
[one_whole boxed=”true”]Safety: Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, saya syorkan senaman ringan ini dilakukan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau public area. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa. [/one_whole]
2) SENAMAN HIGH INTENSITY BOLEH?
Saya tidak galakkan anda lakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan puasa. Penting! Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi. Please utamakan keselamatan diri.
Nota: Diet popular Intermittent Fasting atau IF benarkan HIIT atau senaman lain dalam keadaan berpuasa TAPI “puasa IF” dan “puasa Ramadhan” tidak sama kerana IF benarkan minum air (tidak berkalori) semasa “berpuasa”.
3) JADI BILA NAK BUAT HIIT ATAU WEIGHT TRAINING?
Hanya selepas berbuka puasa. Kalau nak bersenam TERUS selepas berbuka? Stick to makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan banyak sangat dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2x, air suam, maybe 100Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam). Kalau anda berpuasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau weight training dalam 60-90min selepas berbuka.
4) TAK NAK SENAM BULAN PUASA BOLEH?
Ok juga tu. Saya sendiri biasa akan kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan Ramadan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan baiki segala wear-n-tear.
Ingat: World class athletes pun ada off-season jadi tak salah untuk shut-off from segala activiti kecergasan dan fokus mungkin beri lebih tumpuan kepada amalan rohani bulan Ramadan.
5) TERAWIH TU BOLEH KIRA “SENAMAN” TAK?
Yes ia bakar kalori (mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid/surau) tapi objektif utama solat terawih tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan.
Tapi di samping pahala ia tetap bantu kesihatan jasmani dan rohani lagi-lagi kalau anda berjalan kaki ke masjid.
Sumber : KevinZahri.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki rebah akibat paru-paru bocor setelah dia berjoging sejauh dua setengah batu (empat kilometer) sambil memakai topeng muka.
Menurut doktor, perkara ini berlaku disebabkan oleh tekanan yang tinggi ke atas organ lelaki tersebut kerana pernafasannya yang kuat ketika memakai penutup muka.
Pakar bedah mengatakan lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Zhang Ping dari Hankou, China ini mengalami kebocoran pada paru-paru kirinya dan ia telah mengecut sebanyak 90 peratus.
Zhang dikejarkan ke Pusat Hospital Wuhan pada 7 Mei setelah dia mengalami sesak nafas dan sakit dada.
Katanya, dia kembali berjoging setelah kerajaan China menamatkan perintah berkurung akibat wabak koronavirus, bahkan secara berperingkat menambahkan jumlah lariannya menjadi 4 kilometer.
Kebocoran pada paru-paru ini dikenali sebagai pneumothorax yang biasanya terjadi ketika seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas kerana paru-paru tidak dapat mengembang secara normal sehingga menyebabkan kekurangan oksigen di dalam paru-paru.
Doktor mengatakan bahawa Zhang mengalami pneumothorax spontan, yang mana ia biasanya berlaku kepada penderita asma, fibrosis kistik atau pneumonia.
Penyakt ini boleh menyerang mereka yang tidak mempunyai penyakit paru-paru yang jelas terutamanya lelaki yang berbadan kurus dan tinggi dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun serta perokok.
Zhang juga dikatakan memakai topeng muka setiap kali melakukan larian untuk mengelakkan dirinya dijangkiti walaupun rasa tercekik dan tidak selesa.
Ketua perubatan dari Hospital Wuhan, Dr Chen Baojun mengatakan bahawa Zhang mudah terdedah dengan keadaan itu memandangkan dia seorang yang tinggi dan kurus.
Tambah Dr Chen lagi, keadaan ini mungkin berlaku berpunca daripada pemakaian topeng ketika membuat larian sehingga menyebabkan peningkatan tekanan secara tiba-tiba pada paru-paru Zhang.
Zhang berkongsi di laman sosialnya yang dia kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan nyawanya.
Dalam masa sama, pihak berkuasa pendidikan di China juga turut melarang pelajar-pelajar sekolah memakai topeng muka semasa menjalani pelajaran pendidikan jasmani (PE) kerana risiko kesihatan.