Bagi sesetengah orang mereka mungkin tidak akan faham akan keterujaan peminat motosikal apabila membicarakan tentang kelajuan. Ada sesuatu yang enigmatik tentang motosikal berkuasa tinggi dan laju tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Mneyaksikan jentera dua roda bekasi di permukaan jalan raya atau litar sahaja sudah cukup untuk membibitkan adrenalin yang mengalir kencang di dalam badan.
Sejak dari dulu pengeluar jenama motosikal dari segenap pelosok dunia telah bersaing di antara satu sama lain memperkenalkan jentera yang bukan sahaja mantap tetapi laju.
Kejuruteraan superbike kini telah memasuki fasa yang cukup luar biasa dan tidak pernah dibayangkan oleh perintis yang mencipta dan menerokai industri jentera dua roda ini suatu ketika dahulu. Jenama-jenama seperti DUCATI, Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki menjadi antara pemain utama. Namun motosikal manakah yang mempunyai top speed paling tinggi?
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 motosikal paling laju dengan topspeed yang mungkin boleh membuatkan kita ternganga!
Sebagai pemilik kenderaan atau kereta terutamanya pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan apabila menghantar kereta ke bengkel untuk diservis.
Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis aircond atau penghawa dingin.
Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Antaranya ialah:
compression tidak kuat
sistem tersumbat
fuse compressor aircond terputus
kipas berpusing perlahan
radiator tersumbat
kerosakan pada magnet
kerosakan pada relay
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti anda tertanya-tanya apakah maksud simbol bercahaya yang ada pada permukaan Dashboard papan meter kereta anda? Sekiranya terjadi situasi di mana ada antara simbol yang menyala pada papan pemandu, adakah anda faham maksud logo-simbol tersebut?
la penting kerana pemandu perlu mengetahui apakah yang berlaku pada kenderaan terutamanya yang membabitkan enjin. Malah ia juga boleh mengurangkan risiko kenderaan terkandas di tepi jalan akibat rosak.
1. Lampu amaran brek tangan
Simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake ataupun handbrake sedang aktif. Malah ia menyala disebabkan masalah yang jarang dihadapi sama ada ia bermasalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan (low brake fluid).
2. Lampu amaran suhu enjin
Simbol ini bertujuan untuk mengukur suhu pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ia bermaksud air coolant di dalam radiator berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi, segera hentikan kenderaan dan buka bonet. Kemudian biarkan sehingga suhu panas berkurangan. Setelah sejuk, periksa radiator. Lihat paras air dan bawah radiator sama ada ia bocor atau tidak.
3. Lampu periksa cecair penyejuk
Simbol ini bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator berada dalam tahap yang rendah. Seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant/ penyejuk yang rendah. Jadi sila periksa dan tambah cecair penyejuk/ coolant sebelum menggunakan kenderaan.
4. Lampu amaran aras minyak enjin
Simbol berlampu ini bermaksud minyak enjin. Sekiranya masa memandu dan lampu merah pada simbol ini menyala, ia bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/ minyak enjin. Jadi top up dengan minyak enjin yang baharu sebelum meneruskan perjalanan.
5. Lampu amaran sistem bateri kenderaan
Indikator ini bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula bergerak, ia bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, masalah kabel, power steering ataupun kemungkinan adanya masalah pada cooler pump enjin anda.
6. Beg udara SRS
Simbol ini bermaksud beg udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak. Jika masih menyala, kemungkinan ia mengesan kerosakan dan perlu diganti sekiranya perlu. TPMS secara manual.
7. Lampu amaran minyak brek
Ia bermaksud cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang rendah. Jadi periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis. Sekiranya simbol ini menyala, ini menandakan berlakunya kekurangan cecair. Jadi, sila rujuk pada bengkel kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.
8. Amaran periksa enjin
Ini bermaksud enjin anda memerlukan servis disebabkan pelbagai faktor. Kemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan. Antaranya ia menyala mungkin disebabkan kekurangan kuasa enjin ataupun elektrikal sensor bermasalah.
9. Amaran lampu tinggi
Sinar terang umpama berlian yang berkilau ini adalah simbol untuk lampu tinggi. Ia akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi. Pastikan anda tahu bila untuk menggunakannya dan biarlah ia kena pada tempatnya.
10. Amaran lampu kabus
Simbol ini bermaksud lampu kabus di hadapan dan juga di belakang. Ia berguna khususnya apabila anda berada dalam pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas. Cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, selain mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
11. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan
Ia bermaksud TCS anda berada dalam mod pilihan Off – tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System iaitu sistem yang mengawal tayar daripada tergelincir, selain memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan jalan raya yang basah atau licin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Celebrity Car Wars kembali lagi pada musim ke 3 ini dengan menampilkan selebriti asia yang terdiri daripada Thailand, Filipina, Singapura dan tentunya Malaysia. Kali ini, Channel History saluran 555 menampilkan Hans Isaac sebagai wakil dari Malaysia. Mempunyai minat dalam dunia permotoran, Datuk Hans Isaac mengambil peluang ini untuk terus kekal aktif dan ingin menunjukkan bakat beliau dalam sukan permotoran. Ini merupakan rancangan realiti sukan lasak tanpa skrip pertama yang beliau ceburi dan mencuba perkara baru bukanlah perkara asing bagi dirinya. Pengambaran yang berlangsung selama 2 minggu itu di bumi Filipina, penuh dengan cabaran dan beraksi dengan mereka yang berusia jauh lebih muda dari dirinya bukan satu penghalang.
Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba. Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura, Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia, Diego Loyzaga, pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga, Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina, Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia, serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.
Pernah memenangi anugerah Emmy, musim kali ini akan mengembalikan cabaran-cabaran daripada musim terdahulu, antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.
Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame musim kali ini? Jangan lupa untuk menonton Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.