
Siapa kata susah kalau nak naikkan otot tubuh dengan cepat? Sebenarnya jika anda melakukan teknik yang betul, semuanya jadi mudah.
Malah bukan itu sahaja, anda pun dapat bakar lemak secara tidak langsung termasuk pertingkatkan daya tahan tubuh.
Tubuh dengan daya tahan yang tinggi dapat membuatkan anda dapat bersukan dengan lebih lama dan bertenaga.
Dalam masa yang sama, otot-otot utama juga harus diberikan perhatian dengan senaman yang dapat mempertingkatkan prestasi sukan.
Sehubungan itu, apa kata anda ambil masa untuk lakukan 3 step senaman ini jika ada masa yang lapang :
SHUTTLE RUN

- Bongkokkan badan dengan keadaan kaki kiri dan kanan dibuka luas.
- Kedua belah tangan dirapatkan ke sisi dan muka dihadapkan ke hadapann
- Gerak ke kanan dan sentuh lantai menggunakan tangan kanan.
- Tangan kiri diangkat selari dengan kedudukkan kaki kiri.
- Ulang semula dengan kaki dan tangan kiriLakukan sebanyak 2 set dan 4 kali ulangan
BODY-WEIGHT JUMP SQUAT

- Letakkan kedua belah telapak tangan di belakang kepala.
- Bahu ditolakkan ke belakang selari dengan bahagian sisi badan.
- Rendahkan badan sehingga kedua belah lutut membengkok
- Lompat setinggi mampu dan pastikan kedua kaki diluruskan sewaktu melompat
- Jatuh ke posisi asalLakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.
SAND SKIP

- Bongkokkan badan dengan kaki kiri dibengkokkan.
- Kaki kanan diangkat lurus ke belakang.
- Tangan kiri diletakkan selari dengan sisi tubuh.
- Lompat setinggi mampu dengan menggunakan kaki kiri.
- Lutut kaki kanan diangkat ke hadapan separas dengan perut.
- Tangan kanan diangkat ke hadapanUlang semula dengan kaki kanan
- Lakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sarapan Nasi Atau Roti, Mana Satu Buat Badan Jadi Kembang? Doktor Beri Jawapan

Tak kiralah apa jenis nasi atau roti, kedua-dua menu ini sering dijadikan pilihan rakyat Malaysia ketika sarapan pagi. Bagi yang berdiet pula, sudah tentu anda ingin hindari makanan yang boleh buat badan cepat mengembang.
Namun antara kedua-dua jenis makanan ini, mana satu yang sesuai untuk anda ambil ketika sarapan? Manakah yang lebih mudah buat anda kurus?
Bagi menjawab persoalan ini, baca tulisan Doktor Hafiz Sulaiman di laman Facebooknya, tentang tip mengetahui makanan mana yang lebih mudah buat badan mengembang. Barulah misi anda nak kurangkan berat badan tercapai.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.

SARAPAN NASI VS ROTI BAHAGIAN 2 : MANA LEBIH KURUS?
Dua jenis makanan ni menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kalau nak kurus dan sihat tanpa berlapar kita kena lah tau mana yang lebih mudah sebabkan badan kita “mengembang” 😉
PERSAMAAN
1) GULA: Keduanya tinggi karbohidrat. Naikkan paras gula dengan tinggi. Roti dan nasi putih biasanya tergolong dalam indeks glisemik sederhana-tinggi.
2) TAK PADAT NUTRISI: Keduanya tidak mengandungi zat yang tinggi berbanding lauk seperti daging, ikan, sayuran.
3) TENAGA SEGERA: Keduanya memberi tenaga segera namun tidak tahan lama. Mungkin sedikit lama jika ambil roti atau nasi “tak putih”.
4) BINA OTOT LEPAS BERSENAM: Makanan tinggikan gula darah ini bagus diambil untuk kesan anabolik (membina otot) selepas bersenam. Errr… kalau makan tapi tak bersenam, kita boleh agaklah hasilnya. Bina lemak ??
5) MAKANAN TINGGI KARBOHIDRAT apabila dimakan dengan protein pada waktu pagi meningkatkan penghasilan serotonin iaitu hormon kegembiraan. ?
PERBEZAAN
1) ZAT/ GULA TAMBAHAN?
ROTI + (__________?)
a. Marjerin b. Kaya c. Jem d. Tuna/sardin dalam tin d. Subway
NASI + (__________?)
a. Santan (nasi lemak/dagang) b. Telur c. Ikan/ayam/daging d. Sayur
Jelas kan, roti memang sedap dibakar dan ditambah yang manis dan bahaya tu.
Nasi tidak pula dimakan dengan gula asalnya. Bahan sampingannya biasanya jauh lebih sihat ?
2) INDEKS GLISEMIK
(Kadar penyerapan gula dalam darah).
Okay part ni akan ada ramai nak kata ada pilihan yang lebih sihatlah. Jadi mari kita tengok jenis nasi dan roti yang paling biasa orang makan di kedai.
NASI LEMAK VS ROTI PUTIH
Nasi lemak lebih lambat diserap kerana disalut oleh lemak yang melambatkan penyerapannya. Maka indeks glisemiknya SEDERHANA. Roti putih yang tinggi proses mempunyai indeks glisemik TINGGI. Jika kita tengok point nombor 1, kita akan dapati indeks glisemik akan cenderung tinggi dengan sarapan roti berbanding nasi.
3) KENYANG
Bila makan roti dan tambahan manis-manis waktu pagi, baru pukul 10 dah lapar balik berbanding makan nasi lemak telur dan lauk pauk. Ini berkait dengan penyerapan gula tu. Bila cepat serap, cepatlah habis gula dalam badan. Mulalah kita melilau cari makanan lain tak sampai tengah hari.
4) MAKANAN PROSES
Nasi asalnya bukanlah makanan proses. Pemprosesan biasa seperti memasak tidaklah bahaya. Roti bagaimanapun dihasilkan dengan mengisar halus gandum menghasilkan kanji yang berpotensi cepat diserap seperti gula ringkas. (Ingat kisah oat proses? Hehehe). Malah ditambah bermacam-macam bahan sebagai pengawet, perisa, kondisioner dan sebagainya. Tak lupa juga untuk bagi kita ketagih lebih sikit, dimasukkan gula HFCS! Cuba kira berapa bahan dalam roti kegemaran rakyat Malaysia. Hampir 20 bahan kan? ? Patutlah OoOo sedap dimakan begitu saja~ ??? dah tweak siap-siap.
Apa kata gantikan makanan proses dengan makanan organik? Love Earth menawarkan snek dan produk organik seperti kekacang, bijirin, kismis, rempah dan banyak lagi.
5) GLUTEN
Point paling penting ni. Roti gandum punyai gluten penyebab KERADANGAN. Walaupun ada yang kata tak cukup saintifik, cuba try henti makan gluten 2 bulan. Anda akan rasa SUPERB!
Pengalaman saya, bila kurangkan gluten,
- Yang stres nak bunuh diri jadi ceria.
- Yang angin tornado dalam perut dan kembung perut macam buntal jadi angin sepoi-sepoi bahasa je.
- Yang kulit merah menyala gatal jadi malap dan mula padam.
- Yang sakit sendi sana sini jadi lega.
- Yang gemuk obes jadi HAIRAN.
Kenapa berat AUTOMATIK turun ni wehh! ??✌ Serius WOW bestnye. Masha Allah.
Errr, gluten beri kesan pada yang sensitif saja? Benar itu pemahaman sebelumnya dikatakan 6% populasi US alah dan 1% alergi gluten.
Namun kajian diterbitkan pada tahun 2017 oleh Dr Alessio Fasano seorang pakar usus mendapati gluten memberi kesan keradangan usus kepada SEMUA orang. Kajian tidak banyak dan konklusif. Cuma saya secara peribadi sentiasa ambil jalan selamatlah.
Makanlah roti ni dengan berpada-pada dan berwaspada. Dua-dua pun boleh makan tapi amalan pilihan saya jelas bukan? Saya tak pernah kira kalori jadi saya pilih makanan yang lebih fitrah. Amalan nenek moyang kita ?? Kalau nak lagi lagi kurus. Saya SKIP breakfast ?? ? Garis panduan USDA terbaru mengatakan tiada bukti kukuh skip breakfast ini bahaya untuk kesihatan.
Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada ramai yang keliru. SHARE jika bermanfaat kepada keluarga dan rakan sekeliling kita.
FOLLOW dan set SEE FIRST supaya tak miss perkongsian luar biasa yang jarang kita dengar 🙂
Hafiz Sulaiman,
– Pejuang Kesihatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemain Manchester United Tak Cukup Bagus & Dibayar Terlalu Mahal – Sir Jim Ratcliffe

Manchester United sekali lagi menjadi bualan hangat, bukan kerana prestasi memberangsangkan di atas padang, tetapi akibat kenyataan pedas yang dilontarkan oleh Sir Jim Ratcliffe.
Pemilik bersama kelab itu secara terbuka mengkritik beberapa pemain, menyatakan bahawa sebahagian daripada mereka ‘tidak cukup bagus’ dan ‘dibayar terlalu mahal’.
Antara nama yang dipetik ialah nama-nama besar skuad Manchester United masa kini seperti Casemiro, Antony, Jadon Sancho, Rasmus Højlund dan André Onana. Mereka di antara pemain-pemain yang menjadi sasaran kritikannya.

Dalam satu wawancara bersama BBC, Ratcliffe tidak berselindung apabila menyebut bahawa pasukan pengurusan baharunya terpaksa menanggung kesilapan lampau.
Pemain-pemain yang dibeli dengan harga tinggi kini menjadi beban kepada kelab, termasuk pembayaran ansuran perpindahan yang perlu diselesaikan pada musim panas ini.
“Kalau kita lihat siapa yang kita beli musim panas ini, itu semua bukan pilihan kita. Kita perlu membayar untuk Antony, Casemiro, Onana, Højlund, dan Sancho. Semua ini adalah warisan silam yang perlu kita uruskan,” katanya.
Sancho, yang kini dipinjamkan ke Chelsea, masih dibayar sebahagian gajinya oleh United, manakala Antony kini berada di Real Betis selepas perpindahan £81 juta dari Ajax pada 2022. Højlund (£72 juta) dan Onana (£47 juta) pula adalah antara pembelian musim panas lalu yang mendapat kritikan.
Harapan Baharu di Old Trafford
Selepas pemecatan Erik ten Hag pada Oktober lalu, Manchester United melantik Ruben Amorim sebagai pengendali baharu dengan kontrak dua setengah tahun. Namun, Ratcliffe memberi bayangan bahawa Amorim akan diberi tempoh lebih panjang untuk membuktikan kebolehannya.
“Saya fikir Ruben adalah seorang pengurus muda yang luar biasa. Jika kita lihat skuad yang dia ada, dia sebenarnya melakukan tugas yang baik. Kita mula melihat apa yang Ruben mampu hasilkan, seperti ketika menentang Arsenal,” jelasnya.
Namun, cabaran yang dihadapi Amorim tidak kecil. United kini terperosok di tangga ke-14 Liga Perdana dengan 34 mata, berbaki 10 perlawanan sahaja.

Faktor kecederaan dan ketandusan pilihan pemain utama menjadi alasan Ratcliffe atas kegagalan pasukan setakat ini.
Manchester United bukan sahaja berdepan masalah di atas padang, malah kewangan kelab juga dalam keadaan kritikal. Ratcliffe mengesahkan bahawa United telah mengalami kerugian £300 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Bagi mengawal perbelanjaan, langkah-langkah drastik telah diambil, termasuk mengurangkan tenaga kerja sebanyak 450 orang, menutup kantin kelab, dan menaikkan harga tiket minimum kepada £66.
“Jika kita tidak buat keputusan ini, Manchester United akan kehabisan wang menjelang Krismas ini,” kata Ratcliffe, yang sebelum ini telah menyuntik $300 juta ke dalam kelab.
Biarpun begitu, beliau memberi jaminan bahawa Amorim akan mendapat dana untuk memperkukuh pasukan pada jendela perpindahan musim panas. Namun, bajet tersebut akan bergantung kepada pemain yang mungkin dijual.
BACA: Sunnah Memakai Cincin, Pelengkap Gaya Lelaki Muslim
Ratcliffe menetapkan matlamat untuk membawa United memenangi gelaran Liga Perdana ke-21 menjelang tahun 2028, sempena ulang tahun ke-150 kelab.
Walaupun kedengaran seperti misi mustahil, beliau percaya ia boleh dicapai jika kelab mengikut jejak Liverpool dalam proses pembinaan semula mereka di bawah Jürgen Klopp.
Sumber: The Guardian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain Stamina Lebih Kuat, Lelaki Gemar Berlari Juga Akan Tampil Sangat Awet Muda

Sekiranya anda seorang lelaki yang rajin berjoging, anda memang beruntung. Bukan sahaja menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh, berjoging juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tampan dan awet muda.
Bukan itu sahaja, ada lima lagi manfaat yang anda boleh dapat daripada berjoging. Jadi mulakan senaman joging anda hari ini.
JANTUNG LEBIH SIHAT
Joging juga akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen yang lebih tinggi semasa anda bersenam. Secara tidak langsung ini akan menjadikan jantung lebih sihat.
MENGUATKAN OTOT
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit namun lama-kelamaan, badan anda akan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

TULANG LEBIH KUAT
Tulang anda akan menjadi semakin kuat kerana ia selalu menerima rintangan. Begitu juga dengan tulang kaki yang akan mendapat manfaat paling besar untuk senaman berjoging ini.
MEMBAKAR KALORI
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah satu yang sia-sia. Dengan berjoging, tubuh akan membakar kalori sekali gus membantu menurunkan berat badan anda.

Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza. Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:
1. Meningkatkan stamina
Sekiranya anda baru sahaja ingin memulakan senaman berjoging, mulakan dengan berjalan laju dahulu. Kemudian, barulah anda beralih kepada berlari anak sebelum menambahkan tempo larian anda.
2. Turunkan berat badan
Kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang lebih berkesan, kawal jumlah kalori daripada pemakanan anda.
3. Tambah kenalan dan teman sosial
Sukan sememangnya medan yang sangat baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Malah senaman brjoging juga tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Jadi anda bebas menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.
4. Menyertai pertandingan
Ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


