Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit! Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekukan ini berupaya menambah ‘kemanisan’ dalam wajah.
Setiap kali tersenyum, terserlahlah aset anda dan ini menambah daya penarik yang cukup besar bagi mereka yang memandangnya. Biasanya lesung pipit akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada juga yang memiliki lesung pipit hanya pada sebelah bahagian pipi.
Ini 5 fakta menarik tentang lesung pipit ini.
1. Hanya 20% manusia memilikinya
Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui.
Ads
2. Ramai yang tertarik dengannya
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara punca menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.
Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung!
Ads
3. Kelihatan lebih muda
Betul kan? Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.
5. Ramai selebriti jadi lebih popular
Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Kerana itu, ada sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon disegani ramai yang terkenal menerusi filem aksi ‘Die Hard’, Bruce Willis telah mengumumkan persaraannya dalam bidang lakonan. Pada pengumuman semalam yang turut dikongsikan menerusi Instagram anak perempuannya, Rumer Willis mengatakan Bruce sedang berdepan dengan penyakit afasia yang boleh menjejaskan kemampuan kognitifnya.
“Disebabkan kondisi ini dengan berat hatinya Bruce mengumumankan persaraan dari bidang lakonan yang cukup besar maknanya kepada beliau.
“Ini merupakan tempoh yang cukup mencabar bagi keluarga kami dan sangat menghargai sokongan daripada anda semua.
“Cabaran ini akan dihadapai keluarga kami sebagai sebuah unit yang kuat dan memberikan sokongan sewajarnya,” jelas Rumer lagi.
Menurut laman sesawang myhealth.gov.my yang dikendalikan oleh Kementarian Kesihatan Malaysia menjelaskan Afasia merupakan sejenis gangguan bahasa. Apabila ia berlaku seseorang itu hilang keupayaan samada satu atau lebih kemahiran iaitu memahami bahasa, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi serta menulis dan membaca.
Namun, secara umumnya intelektual pesakit afasia tidak terjejas. Pesakit masih boleh berfikir dan sedar dengan keadaan sekeliling.
Banyak orang menerangkan dengan bahasa mudah sebagai ‘Tidak Boleh Bercakap’. Tetapi dari segi terma perubatan ianya dikenali sebagai AFASIA.
Menurut mereka lagi, penyebab utama penyakit atau kondisi afasia adalah disebabkan oleh strok. Didapati kira-kira 25 hingga 40 peratus pesakit strok akan mengalami afasia.
Akan tetapi afasia juga boleh disebabkan oleh penyakit atau kerosakan/kecederaan pada bahagian otak yang mengawal bahasa. Ini termasuklah kecederaan serius pada otak disebabkan oleh kemalangan, ketumbuhan otak, jangkitan pada otak dan penyakit juga saraf.
Afasia didapati sering berlaku di kalangan individu dewasa. Didapati 15 peratus individu dewasa berumur kurang dari 65 tahun dilaporkan mengalami afasia dan peratusan meningkat 4 peratus bagi individu berumur 85 tahun ke atas.
Walaupun begitu, afasia masih boleh berlaku ke atas semua individu pada pelbagai peringkat umur, bangsa, warganegara dan jantina. Ia juga bergantung kepada masalah kesihatan yang dihadapi seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
Pesakit afasia boleh berdepan dengan masalah melibatkan semua aspek bahasa. Keupayaan untuk membaca dan menulis bagi individu yang mengalami afasia juga mungkin berkurang.
Malah ada juga kes dilaporkan di mana individu hilang keupayaan tersebut sepenuhnya. Mengeja perkataan atau membentuk ayat juga boleh menjadi masalah. Memahami nombor, mengira dan berurusan dengan wang juga sukar. Memahami dan menyatakan idea-idea yang abstrak dan kompleks juga mungkin mustahil.
Walaupun kedengaran agak serius namun sebenarnya afasia boleh dipulihkan. Ia dapat dilakukan dengan pesakit menjalani rehabilitasi dalam tempoh 6 bulan pertama selepas mengalaminya. Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti:
Jangan lupa subscribe Youtube MASKULIN!
Kredit: myhealth.gov.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19 berskala global banyak pihak tampil ke depan memberikan pelbagai ciptaan dan inovasi dengan tujuan membantu pihak kerajaan dan juga orang ramai.
Di antara alat yang diperhatikan semakin diketengahkan ialah terowong nyah cemar atau penggunaan semburan nyah cemar yang dikatakan mampu mencegah penularan COVID-19.
Niat murni yang datang daripada pelbagai insitusi atau pertubuhan yang memperkenalkan alat ini cukup difahami. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk membantu orang ramai.
Namun sebenarnya menggunakan penyembur nyah cemar ke atas manusia adalah tidak disarankan. Perkara ini dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood.
Pemakluman mengenai perkara ini turut diutarakan oleh beliau menerusi satu ciapan di Twitter kendaliannya.
Jelasnya, penggunaan penyembur nyah cemar terhadap orang ramai juga tidak disarankan oleh World Health Organization (WHO) seperti yang termaktub dalam garis panduan pengendalian COVID-19.
“Pertama sekali ia seharusnya tidak membahayakan. Penggunaan cara ini tidak disarankan dan bertentangan dengan garis panduan ditetapkan WHO. Hentikan sebelum ia memberi kesan buruk kepada orang ramai”.
Beliau yang juga merupakan Pengasas Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) melakukan hantaran di Twitter membalas laporan oleh sebuah portal berita tempatan yang melaporkan sebuah universiti tempatan menghasilkan peralaran nyah cemar dengan sistem semburan ke atas badan.
Penggunaan semburan seluruh badan tidak digalakkan kerana penggunaan klorin atau alkohol tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.
Malah bahan tersebut juga boleh membahayakan anggota badan seperti mata dan mulut. Oleh itu lebih baik kita terus mengamalkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitizer serta menjaga penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BUKAN MUDAH UNTUK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL, ADA SAHAJA ORANG MENGATA DAN MEMBUATKAN SEMANGAT KITA LUNTUR SEHINGGA BERJAYA, BERSAMA DENGAN ANAK MUDA INI, BERKONGSI KISAH MOTIVASINYA DEMI MEREALISASIKAN IMPIANNYA SEHINGGA BERJAYA!
1. Bagaimana anda bermula dan terlibat dengan dunia kecergasan secara serius?
13 April 2016 saya bermula secara serius. Pada mulanya memang dah give up sebab pelbagai cara saya dah cuba, dari beli ubat kurus sampailah bayar personel trainer, tapi tiada hasil malah menjadi semakin gemuk!
2. Pencapaian terbaik dalam dunia kecergasan setakat ini?
Bila saya berjaya menurunkan berat badan dari 111kg to 69/70kg
3. Mengapa terdetik untuk berubah?
Faktor sekeliling, keluarga, kawan, kerjaya dan saya melihat kesihatan untuk jangka masa yang panjang.
4. Pernah dikritik sebelum ini? Masih ingat apa kata-kata tersebut yang buat anda jadi seperti sekarang?
Saya pernah dilabel sebagai anak panda, ya lah dengan perut dan dada sama besar. Itu paling memberi kesan. Pernah juga diperlekehkan terutama apabila baru-baru berjinak-jinak untuk kuruskan badan. Susah nak cari saiz baju dan seluar juga salah satu sebab kenapa saya nak kuruskan badan. Dulu saiz 46 dan sekarang dalam 30.
5. Apa menu anda amalkan setiap hari
Sarapan : Oat, cia seed, madu, hot greentea,apple cider
Lunch : Anything as long as based ayam, ikan and wajib ada sayur
Dinner : Ermm takde heavy dinner, cuma snacking (kiwi, tembikai, epal, betik as long buah buahan)
Air masak wajib 3-4 liter per day.
6.Apa menu yang akan anda hindari sehingga ke hari ini? Adakah pola diet anda sentiasa terkawal?
Alhamdullilah masih on track, lain orang mungkin lain cara dan gayanya, saya hanya elak dan kurangkan nasi, garam,gula, minyak dan santan.
7.Berapa kali seminggu anda bersenam
Boleh dikatakan setiap hari, kalau tiada masa, sekurangnya 15 min setiap hari sudah memadai.
8. Kongsikan rutin anda di gym setiap hari, jenis senaman yang anda lakukan, berapa lama?
Saya tak pergi ke gimnasium setiap hari, biasanya di gim saya buat body pumping sebab ia melibatkan dari dada sehingga ke kaki. Kalau outdoor, saya akan berjogging dalam sejam.. planking 5min, climber 1 min, abs workout sampai penat!
9. Kepentingam nutrisi sewaktu berdiet?
Perlu sebab 70% adalah pemakanan, we are what we eat
10.Qoutes anda untuk berjaya
Pedulikan mulut orang, teruskan usaha and keep on fighting
11. Bina badan adalah rutin yang memerlukan disiplin dan pengorbanan yang besar dari segi wang dan masa, adakah ia berbaloi?
Berbaloi., selagi ada high determination, minat dan goals yang jelas. Saya hanya spend untuk gym membership, makanan sihat, baju juga alatan senaman sahaja.
13. Berapa lama anda alami transformasi?
Saya mula 13 April 2016 genap 13 April 2017 saya dapat capai ideal weight with ideal bmi.
14. Idola anda dalam dunia kecergasan?
Kalau local saya banyak melihat kevin zahri. Selain tu saya sangat admire mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebelum saya, saya akan tanya dan stalk cara mereka menurunkan berat badan.
15.Nasihat anda untuk mereka yang baru nak berjinak ke dalam dunia kesihatan?
Buat yang masih baru, jangan give up kerana masih banyak lagi cabaran lain yang bakal menyusul. Sila disiplin dan jangan malas bertanya kepada pakar jika perlu.
16.Cheat day, adakah anda juga amalkannya?
Saya ada jadual manual yang saya catat menu harian, jika terlebih makan saya akan lebihkan senaman.
17.Best exercise?
Abs workout sebab bila muscle pain, means lemak terbakar dan otot boleh terbentuk with consistenc.
18.Mengapa anda sarankan orang ramai untuk turut sama amalkan gaya hidup sihat.
Cuba cabar diri sendiri, cuba dulu baru tahu nikmat bila kita amalkan gaya hidup sihat mulakan dengan10-15 minit setiap hari dahulu.
19. Pandangan serong terhadap kaki gym, komen anda?
Once netizen, selamanya netizen, hahahah asalkan anda tahu dan ada goals yang jelas ignore sahaja mulut orang.
SHEIK AMILHISHAM BIN SHEIK HASHIM*
Umur : 25 Tahun..
Pekerjaan : Penjawat Awam
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
HYROX bukan lagi sekadar trend! Aedy Ashraf dan Meerqeen berjaya menamatkan kategori Men's Pro Doubles di HYROX Jakarta, membuktikan disiplin dan latihan mampu mengatasi segala cabaran.