Anda tiba-tiba rasa mengantuk dalam pejabat sedangkan masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan? Apa kata buat 6 senaman ringkas ini.

Sudahlah suasana pejabat pun ada kalanya sunyi sepi, tak salah kot kalau ‘curi masa’ dan buat senaman ini tanpa perlu kecohkan suasana pejabat :

1. Kerusi imaginasi

6 Senaman Ringkas Yang Anda Boleh Lakukan Dalam Pejabat Tanpa Kecohkan Suasana!

Tengok line clear, cari dinding dan bersandarlah. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30-60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar. Senaman ini sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan.

2. Gunakan tangga

IKLAN

6 Senaman Ringkas Yang Anda Boleh Lakukan Dalam Pejabat Tanpa Kecohkan Suasana!

Jika anda memiliki berat 160lbs, anda boleh membakar 26 kalori lemak dengan cara menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar! Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana pun boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita sekali gus meningkatkan kadar kesihatan jantung .

3. Arm strengthen

6 Senaman Ringkas Yang Anda Boleh Lakukan Dalam Pejabat Tanpa Kecohkan Suasana!

IKLAN

Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.

4. Senaman otot lengan

Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.

IKLAN

5. Wrist movement

Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.

6. Teknik back twist

Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI