
“Semoga menjadi ladang pahala buat semua yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah.” – Amar Baharin
Pelakon terkenal Amar Baharin menyatakan rasa syukur apabila berjaya menunaikan satu amanah besar sepanjang pengembaraan spiritualnya ke Tanah Suci.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, suami kepada aktres Amyra Rosli ini berkongsi bahawa segala wang infaq yang diterima sebelum, semasa, dan selepas kayuhan misi Journey to Tanah Haram telah pun diagihkan kepada jemaah Masjid Nabawi di Madinah.
View this post on Instagram
Lebih membanggakan, agihan tersebut dilakukan dengan penuh tertib dan beradab melalui kerjasama bersama Restoran @paktam.madinah, yang menyediakan makanan buat jemaah sebagai bentuk sumbangan.
“Alhamdulillah semua duit infaq telah saya infaqkan menerusi Restoren @paktam.madinah untuk diagihkan kepada jemaah di Masjid Nabawi,” tulis Amar dalam kapsyen tersebut.
Perjalanan rohani ini bukan sahaja menggamit emosi ramai, bahkan membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama mencurah pahala melalui sumbangan yang diberikan.
Amar turut menitipkan doa agar segala amal kebajikan itu menjadi saham akhirat buat para penyumbang.
Dari Perlis ke Madinah, Berbasikal Demi Allah

Misi Journey to Tanah Haram bukan calang-calang.
Bermula pada 27 April lalu, Amar bersama sahabatnya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin, memulakan kayuhan dari Perlis menuju ke Madinah.
Perjalanan mereka menuntut bukan sahaja kekuatan fizikal, tetapi juga semangat spiritual dan pengorbanan masa serta tenaga yang luar biasa.
Misi itu berakhir dengan kejayaan apabila mereka selamat tiba di Masjid Nabawi pada jam 10.45 pagi waktu Arab Saudi (3.45 petang waktu Malaysia), Khamis lalu.
Netizen Puji Semangat & Keikhlasan Amar
Menjengah ruangan komen, ramai pengikut Amar menzahirkan rasa kagum terhadap keikhlasannya.
Ramai juga mendoakan agar usaha dan niat murni ini dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.
BACA LAGI : Naik BMW i8 Roadster Ketika Bersara, Cikgu Ini Dirai Dengan Penuh Penghormatan
Tindakan Amar jelas membuktikan bahawa selebriti bukan hanya ikon hiburan semata-mata, malah mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat dalam menyebarkan nilai-nilai murni dan kebaikan.
Pengembaraan Amar Baharin ke Madinah bukan sekadar sebuah perjalanan fizikal, tetapi satu misi spiritual yang membuka jalan untuk berbakti kepada ummah.
Semoga lebih ramai selebriti dan rakyat Malaysia menjadikan kisah ini sebagai pencetus semangat untuk terus memberi, walau dalam bentuk apa sekali pun.
Seperti kata Amar, semoga semuanya menjadi ladang pahala di akhirat kelak.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI