Kerajaan Arab Saudi di bawah kekuasaan Raja Salman melalui Visi 2030 memiliki hala tuju yang cukup jitu. Malah, dunia melihat satu demi satu perubahan yang membawa Arab Saudi ke sebuah negara moderat dan lebih mengejar ‘hiburan dunia’.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah diangkat sebagai Perdana Menteri dari jawatan dahulunya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang bertanggunjawap dalam ‘perubahan’ negara Islam ini.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Antara Pemimpin Termuda
Pada usia 37 tahun, Mohammed Salman sekaligus merupakan salah seorang pemimpin dunia termuda. Usia beliau sewaktu perlantikan sebagai pemimpin negara hanya di belakang Perdana Menteri Finland, Sanna Marin (34 tahun); Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35 tahun) dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (35 tahun).
Perlantikan putera raja berusia 37 tahun ini bukanlah perkhabaran yang mengejutkan sebenarnya memandangkan usia Raja Salman kini sudahpun mencecah 86 tahun. Mengikut tradisi, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi ini akan dipegang oleh ahli kerabat diraja.
Turut ditukar profil jawatannya ialah seorang lagi anak Raja Salman iaitu Putera Khalid yang dinamakan sebagai Menteri Pertahanan baharu.
Sumber Foto : TIME.com
Ini antara beberapa fakta menarik tentang baginda.
Ads
1. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1985 dan menamatkan zaman bujang pada 6 April 2008, Mohammed bin Salman berkahwin dengan sepupunya, Sara binti Mashour. Dia adalah anak perempuan Mashour bin Abdulaziz, bapa saudara Mohammed bin Salman.
2. Hasil perkahwinannya dengan Sara, Mohammed bin Salman mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Putera Salman, Putera Mashur, Puteri Fahda, Puteri Noura dan Putera Abdulaziz.
3. Walaupun Mohammed Salman pernah didakwa ‘nakal’ di dalam kelas sewaktu menghadiri sesi persekolahan di istana (homeschooling), setelah beliau melanjutkan pengajian di King Saud University dalam jurusan perundangan (undang-undang), beliau telah bergelar graduan dengan gred CGPA kedua terbaik dalam kelasnya pada usia 23 tahun.
Ads
4. Sejak itu, putera raja kacak ini terus aktif dalam dunia politik. Biarpun serius dalam pekerjaannya, itu tidak bermakna Mohammed Salman tidak tahu bagaimana untuk ‘bergembira’.
5. Bapa Mohammed bin Salman, Raja Salman memintanya membaca satu buku setiap minggu. Ini menjadikan Mohammed bin Salman seorang pengumpul buku bacaan yang berkualiti. Malah dikhabarkan dia mempunyai bilik khas untuk membaca buku.
Ads
6. Selain terkenal sebagai hos parti-parti mewah, beliau juga mempunyai hobi memiliki aset bernilai jutaan dolar AS. Antaranya termasuklah kapal persiaran (USD500 juta), istana atau chateau di Perancis (USD300 juta), 18 buah kenderaan mewah serta lukisan karya Leonardo da Vinci berjudul Salvator Mundi (USD450 juta).
Untungnya jadi Mohammed bin Salman ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Imuda, nama sebenar Ahmad Sulaiman, adalah seorang pelakon, pelawak, dan pelukis terkenal di Malaysia. Beliau dikenali ramai melalui wataknya dalam sitkom komedi popular era 90-an, “Pi Mai Pi Mai Tang Tu.”
Bersempena hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pulau Pinang. Imuda antara penerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.
Berita gembira itu dikongsikan rakan selebriti yang juga pelakon dan pengarah filem, Sabri Yunus menerusi hantaran di Facebooknya.
“Tahniah Imuda hari ni (semalam) bergelar Dato A Rahim Muda,” katanya di laman sosial itu.
Imuda menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Datuk di Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, semalam.
Sabri turut mengimbau kenanangan pertama kali beliau mengenali Imuda ketika sama-sama berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Katanya, pada tahun 1982 Imuda telah terkenal sebagai kartunis dan wajahnya sering terpampang dalam Dewan Budaya.
Fakta Menarik Imuda
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Imuda:
Watak Ikonik: Dalam “Pi Mai Pi Mai Tang Tu,” Imuda memegang watak sebagai Budin, seorang pemuda kampung yang sering menjadi sumber humor dengan telatah dan keletahnya yang lucu. Wataknya sangat diingati dan menjadi kegemaran ramai.
Bakat Pelukis: Selain berlakon, Imuda juga mempunyai bakat dalam seni lukis. Beliau sering mengadakan pameran seni dan telah menghasilkan banyak karya seni yang mendapat pengiktirafan.
Kerjaya Pelakon: Imuda memulakan kerjayanya dalam dunia seni pada tahun 1980-an dan terus aktif dalam industri hiburan sehingga kini. Beliau bukan sahaja berlakon dalam sitkom, tetapi juga dalam drama, filem, dan teater.
Anugerah dan Penghargaan: Sepanjang kerjayanya, Imuda telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan atas sumbangannya dalam bidang seni dan hiburan di Malaysia.
Peranan dalam Budaya Pop Malaysia: “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” adalah salah satu sitkom yang sangat popular dan berjaya pada zamannya, dan Imuda memainkan peranan penting dalam kejayaan sitkom tersebut. Sitkom ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam budaya pop Malaysia.
Aktiviti Terkini: Imuda masih aktif dalam industri hiburan dan seni, sering muncul dalam program televisyen, filem, dan pameran seni. Beliau terus menyumbang kepada industri seni dengan bakatnya yang pelbagai.
Imuda adalah seorang artis yang serba boleh dan telah memberikan sumbangan besar kepada dunia seni dan hiburan di Malaysia.
Ternyata usia bukanlah halangan buat Novak Djokovic untuk berjaya!
Pada usia 36 tahun, bintang kelahiran Serbia, Novak Djokovic mencipta sejarah buat dirinya apabila menjuarai Terbuka Perancis baru-baru ini, sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam sepanjang karier sebagai pemain tenis professional.
Pemain Tertua Juarai Terbuka Perancis
Memetik AGENSI, keinginan dan motivasi untuk terus bermain tenis tidak pernah pudar sekali pun menjadi pemain tertua menjuarai Terbuka Perancis sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam. Bintang Serbia berusia 36 tahun itu percaya, dia masih mempunyai tenaga untuk memburu kejuaraan utama biarpun sudah 20 tahun bersaing dalam tenis dunia.
“(Perjalanan) belum berakhir. Jika saya menang Grand Slam, kenapa perlu fikir untuk menamatkan kerjaya yang sudah dibina selama 20 tahun.
“Jadi saya masih berasa bermotivasi, masih terinspirasi untuk bermain tenis terbaik pada kejohanan Grand Slam. Saya rasa itu perkara paling penting dalam sejarah sukan kita,” kata pemain yang menduduki ranking ke 3 dunia itu.
Djokovic bersama isterinya, Jelena Djokovic yang disifatkan sebagai sumber kekuatan dirinya.
Kejuaraan ketiga yang diraih di Roland Garros menobatkan Djokovic sebagai pemain terhebat sepanjang zaman! Baru-baru ini, Djokovic menumpaskan bintang Norway yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Casper Ruud dalam perlawanan akhir untuk mengatasi rekod 22 gelaran Grand Slam yang selama ini dikongsi bersama jaguh Sepanyol, Rafael Nadal.
Itu kejuaraan ketiganya di Roland Garros, selain 10 gelaran Terbuka Australia, tujuh Wimbledon dan tiga Terbuka Amerika Syarikat (AS). Dia turut menjadi satu-satunya pemain lelaki yang memenangi semua empat Grand Slam sebanyak tiga kali, malah Djokovic juga bakal merampas kembali takhta takhta pemain No. 1 dunia.
“Saya tidak mahu katakan saya adalah yang terhebat kerana saya rasa ia tidak menghormati ramai lagi bekas-bekas juara hebat yang pernah bertanding dalam era yang berbeza. Jadi saya tinggalkan perkara mengenai siapa yang terhebat ini kepada orang lain.
“Sudah tentu saya yakin dan percaya pada diri sendiri untuk apa sahaja yang boleh saya lakukan,” jelasnya lagi.
Mungkin ini bukan penamatnya buat Djokovic apabila dia ditanya mengenai soalan adakah dia mampu memenangi gelaran Grand Slam ke-24 atau ke-25. Bintang ini nampaknya penuh semangat membalas ‘kenapa tidak?’ Djokovic memenangi 11 daripada 23 gelaran Grand Slam selepas berusia 30 tahun, malah dia tidak berhasrat menggantung raket buat masa ini. – AGENSI
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluruh dunia kini mengecam keras tindakan dan jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin terutamanya di Gaza yang berlaku sekarang.
Ini bukanlah kali pertama malah kekejaman daserangan tak berperikemanusiaan ini telah berlarutan selama berdekad lamanya. Lebih malang lagi kebanyakan yang menjadi mangsa ialah golongan orang tua dan juga kanak-kanak. Terbaru, serangan terhadap sebuah hospital telah mengakibatkan ratusan nyawa tidak bersalah telah terkorban.
Selain orang awam individu-individu berpengaruh seperti pemimpin, artis, selebriti dan juga ahli sukan profesional mula menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin dan mengecam jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis.
Foto: Getty Images
Namun malangnya suara-suara ini kebanyakannya disekat tertutamanya di negara-negara luar seperti di Eropah. Jaguh dan legenda lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang berkongsi sebuah kissah bagaimana dia hampir disingkirkan dari kejohanan dan perkampungan suka ketika menyertai pertandingan besar di Eropah.
“Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia,” jelas beliau melalui satu perkongsian di Facebook kendaliannya.
Foto: Getty Images
Menurutnya lagi, ketika kejohanan itu berlangsung, Gaza berdepan serangan yang cukup dahsyat dan dibom tentera rejim tersebut. Pada serangan itu juga menyaksikan ramai mangsa menjadi korban termasuklah wanita, kanak-kanak dan juga bayi.
“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula. Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” tambannya lagi.
Azizulhasni terus menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
Teruskan memberi sokongan anda dari apa jua bentuk dan cara. Semoga Palestin akan bebas!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.