Berjalan kaki tanpa mengenakan kasut mungkin sesuatu yang anda lakukan di rumah sahaja. Tetapi bagi sesetengah orang, berjalan dan bersenam dalam keadaan berkaki ayam adalah amalan yang mereka lakukan setiap hari.

Apabila anak kecil belajar berjalan, proses ini berlaku secara semula jadi, dan tanpa kasut. Ini disebabkan kasut boleh mempengaruhi bagaimana seorang anak menggunakan otot dan tulang kaki mereka. Kanak-kanak juga menerima maklum balas daripada tanah apabila mereka berkaki ayam, dan ini meningkatkan kesedaran orientasi badan pada ruang (proprioception).

Apabila kanak-kanak semakin membesar, kita memberikannya kasut dan mereka kehilangan manfaat berkaki ayam. Disebabkan itu, penyokong amalan berkaki ayam menggalakkan kita kembali menanggalkan kasut dan membebaskan kaki daripada kekangan kasut.

Bagus Lelaki Kerap Berkaki Ayam

Apakah faedah berkaki ayam?

Menurut Dr Jonathan Kaplan, pakar kaki dan pakar bedah ortopedik di Institut Hoag Orthopedic,”Manfaat yang paling mudah berjalan berkaki ayam adalah secara teori, berjalan kaki sebegini lebih dekat dengan corak berjalan atau gaya jalan ‘semula jadi’ kita.”

IKLAN

Jika anda pergi ke mana-mana kedai kasut anda akan mendapati kebanyakan kasut mempunyai kusyen dan sokongan berlebihan. Walaupun kusyen pada kasut tersebut membuatkannya sangat selesa dipakai,menurut Dr. Bruce Pinker, pakar kaki dan pakar bedah kaki, kusyen kaki yang empuk ini boleh menghalang anda daripada menggunakan kumpulan otot tertentu yang sebenarnya dapat menguatkan badan anda.

Manfaat lain berjalan berkaki ayam termasuklah:

  • Kawalan kaki terhadap tanah yang lebih baik
  • Penambahbaikan keseimbangan, orientasi dan kesedaran tubuh, yang boleh membantu melegakan kesakitan
  • Penggunaan kaki yang lebih baik, yang boleh membawa kepada penggunaan peha, lutut dan teras badan dengan lebih baik
  • Mengekalkan pelbagai gerakan yang sesuai pada sendi kaki dan buku lali di samping menggalakkan kekuatan dan kestabilan pada otot dan ligamen anda
  • Dapat mengelakkan kasut yang tidak sesuai, yang boleh menyebabkan bunions, hammertoes, atau kecacatan kaki yang lain
  • Otot kaki yang lebih kuat, yang menyokong bahagian bawah belakang badan

Bagus Lelaki Kerap Berkaki Ayam

IKLAN

Bagaimana berkaki ayam dengan betul?

Berkaki ayam di rumah anda agak selamat. Tetapi apabila anda keluar , anda mendedahkan diri anda kepada potensi risiko yang mungkin berbahaya. Oleh itu, berhati-hati apabila anda ingin mengamalkan aktiviti berkaki ayam di luar. Berikut merupakan beberapa tip untuk membantu anda menguatkan kaki dengan berkaki ayam:

  • Mula sedikit demi sedikit. Anda perlu bersabar dan bermula dengan sesi 15 hingga 20 minit berjalan kaki tanpa kasut. Ini penting untuk membenarkan kaki dan pergelangan kaki anda menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apabila kaki anda sudah terbiasa berjalan tanpa kasut, anda boleh meningkatkan jarak dan masa.
  • Kenal pasti risiko sekeliling. Pertimbangkan permukaan yang anda jalan. Terdapat risiko kecederaan akibat  permukaan kasar atau basah atau masalah dengan suhu, kaca, atau objek tajam lain di atas tanah. Anda juga terdedah kepada risiko bakteria atau jangkitan berbahaya apabila berkaki ayam. Oleh itu, elakkan tempat yang berbahaya dan bersihkan kaki anda sebelum masuk ke rumah. Periksa kaki anda daripada kecederaan kerana kebanyakan orang mempunyai deria rasa yang rendah pada kaki hingga tidak menyedari kecederaan.
  • Berlatih pada permukaan yang selamat. Cuba berjalan di permukaan luar yang kurang berbahaya, seperti trek getah, pantai berpasir, dan rumput.
  • Pertimbangkan menggunakan kasut minimalis. Sewaktu kaki anda menyesuaikan diri dengan kurang struktur sokongan dan kusyen daripada kasut anda, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan kasut minimalis sebelum berkaki ayam. Kasut ini dibina untuk tidak mengganggu pergerakan semula jadi kaki.
  • Cuba aktiviti yang membolehkan anda berkaki ayam seperti Yoga, Pilates atau seni mempertahankan diri.

Jika anda mempunyai kencing manis, anda mungkin mengalami neuropati periferal, menyebabkan anda tidak menyedari luka pada bahagian bawah kakinya dan boleh melarat kepada kesan yang lebih teruk. Oleh itu, pertimbangkan juga keadaan kesihatan anda sebelum membebaskan kaki anda daripada kekangan kasut.

IKLAN

 

SUMBER :  (https://hellodoktor.com/)

Oleh : Helma Hassan

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI