


Ads
Ads
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Video Berkaitan



Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak sekadar meraih kejayaan di Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M, anak muda ini turut cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Mewakili negeri Johor, Muhammad Asyraf Amir berjaya meraih markah sebanyak 97.33 peratus bagi Kategori Hafazan Tahap 1 hingga 20 Juzuk (Lelaki) sekaligus melayakkannya sebagai johan kategori itu di MTHQK2024.
A post shared by JAKIM (@myjakim)
Kemenangan itu diserikan lagi dengan kecemerlangannya di bidang akademik apabila Asyraf berjaya meraih keputusan 12A dalam SPM.
Lebih menarik, Asyraf yang meraih 7A+ dan 5A itu terkenang bagaimana dia terpaksa mengejar masa apabila peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang diambilnya dijadualkan hanya sehari selepas tarikh pertandingan hafazan di peringkat negeri tahun lalu, demikian ujarnya kepada Berita Alhijrah.
Memetik laporan Berita Tengah Hari RTM, Asyraf berkongsi bagaimana dia membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menghafaz Al-Quran.
“Sesuaikan ikut keutamaan. Kalau sedang peperiksaan, kita utamakan peperiksaan. Sekiranya ada masa untuk Al-Quran itu baru kita selitkan. Jangan kosonglah, selitkan sikit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat MTHQK20204 pada Selasa.
Dalam satu klip video temu bual berasingan yang dimuat naik di Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, Asyraf mengakui dia juga kadangkala tidak sempat melakukan murojaah (kaedah mengulang ayat Al-Quran untuk menghafal) disebabkan sibuk dengan kelas tuisyen dan sebagainya.
A post shared by JAKIM (@myjakim)
Bagaimanapun, Asyraf bersyukur dia masih diberikan kemampuan untuk mengimbangkan kedua-dua pelajaran dan hafazan atas bimbingan guru-gurunya.
Dalam pada itu, Asyraf menekankan kepentingan untuk mempelajari Al-Quran seawal usia
“Sebab bila kita makin besar makin banyak tanggungan, bila kita tak jaga Al-Quran itu betul-betul daripada masa kita kecil-kecil, maka bila dah besar itu dia akan jadi susah,” ujar Asyraf menerusi video itu.
Bagi kategori sama, naib johan disandang oleh wakil dari Perak, Muhammad Hakim Rusli dengan markah sebanyak 97.13 peratus manakala tempat ketiga disandang oleh wakil dari Melaka, Muhammad Abdullah Tuah dengan markah sebanyak 96.11 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online.
Johan keseluruhan MTHQK2024 pula disandang oleh Negeri Sembilan Darul Khusus.
A post shared by JAKIM (@myjakim)
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Sumber: Berita Tengah Hari RTM, Alhijrah Online, Instagram @myjakim, Instagram Berita Alhijrah.
BACA: Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Setiap tahun iklan raya paling dinantikan oleh rakyat Malaysia. Pastinya mata anda seperti masuk habuk jika anda menonton kesemua iklan raya setiap tahun. Apa kata kami kembalikan memori iklan raya yang paling menyentuh hati.
Siapa masih ingat dengan iklan yang menampilkan adik-beradik lelaki yang terlupa membeli lembu di saat-saat akhir. Pastinya anda yang berasal dari kampung, menimbau memori bersama keluarga dalam penyediaan masak menjelang pagi raya kan? Iklan ini mendapat perhatian ramai ketika ia dikeluarkan.
Alahai, ini sebenarnya yang berlaku pada setiap pasangan muda. Ini paling mata masuk habuk! banyak pengajaran yang nak disampaikan melalui iklan ini. Ini membuatkan anda lebih dekat dengan ibu bapa anda. Alahai, rindunya ibu dan ayah di kampung.
Dan pastinya, satiap tahun Petronas tidak melepaskan peluang untuk membuatkan rakyat Malaysia mengalirkan air mata. Iklan ini mendapat perhatian netizen apabila sedih dan jenaka dicampurkan sekali. Iklan ini menjadi bahan perbualan sepanjang tahun sama ada di sekolah atau pejabat.
Iklan ini memberi makna perpaduan antara kaum. 3 sekawan yang berlainan bangsa dan agama bersahabat baik. Pertemuan setelah berpuluh tahun antara sahabat ini, menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa kuatnya perpaduan kaum antara rakyat di Malaysia. Zaman dahulu pun dan tekankan nilai-nilai ini.
Sekali lagi Petronas menunjukkan nilai-nilai murni dan semangat perpaduan dalam iklan raya tahun ini. Sekali lagi kisah dua sahabat bekenalan semasa kecil. Alahai, arwah Yasmin Hamid tidak pernah mengecewakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Kebanyakkan lelaki memang gemar bermain game, tapi sekarang kaum wanita pun tidak ketinggalan. Khas untuk kaki game seperti Mobile Legends atau Arena of Valor sememangnya antara aplikasi perlu dalam telefon pintar untuk bermain game namun ada kekangan disebabkan bajet poket.
Berikut beberapa jenama smartphone yang kami cadangkan untuk peminat game bagi tujuan game kasual berharga di bawah RM1,000. Namun perlu diingatkan, berdasarkan pemprosesan, format skrin dan RAM yang ada, ia tidak terlalu hebat, jadi berpadalah ketika bermain.
Xiaomi Redmi 5 Plus beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 625 dengan skrin 5.99 inci jenis 18:9 dan RAM 4GB.
Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh, namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.
Smartphone yang hebat dan memang padan untuk dimainkan pada peranti mempunyai skrin 5.93 inci didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.
Bermakna, bermain game memang tidak mendatangkan masalah apatah lagi dengan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatnya di samping RAM 4GB ini.
Telefon yang mempunyai versi RAM 3GB dan storan 32GB ini cukup untuk bermain game kasual, namun jangan terlalu lama di depan skrin.
Ia mempunyai skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 HD, jadi boleh tahan untuk visual.
Berdasarkan skrin 5.7 inci dengan RAM 4GB, ia mampu mengoperasikan permainan kasual.
Selain storan 32GB, Vivo V7 juga lengkap skrin jenis FullView 18:9 di samping pemprosesan Qualcomm 1.8GHz.
Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.
Ia dibangunkan dengan storan 32GB dan menggunakan operasi Android 7.1.1 di samping kapasiti bateri yang besar iaitu 3000mAh, yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan kerap selain skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3.
Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.
Memang sesuai untuk kaki game, ia dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.
Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas dan menjimatkan bateri.
X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus jadi kalau habis bateri, cepat sikit dicas.
ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja, namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh
Ia juga berfungsi sebagai powerbank manakala skrin 5.5 inci HD penuh memang sesuai untuk game dengan RAM 3GB.
Berminat? Semoga memberi manfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
