
Bagi penggemar streetwear dan juga fesyen seangkatannya, jenama Supreme bolehlah dikatakan sebagai ‘the ultimate’ brand bagi mereka.
Mungkin anda juga sudah sedia maklum akan nilai harga jualan semual barangan Supreme yang sangat tinggi dan kadangkala tidak masuk akal. Selain pelbagai seleksi pakaian dan juga aksesori, Supreme juga dilihat sering melakukan kolaborasi dengan pelbagai jenama lain.
Terbaru telah heboh diperkatakan tantang biskut istimewa OREO yang tampil dengan tulisan Supreme.
Dan seperti biasa perihal yang mampu membuatkan ramai daripada berkerut dahi mula menjadi bualan ramai. Dan persoalannya adakah ia mempunyai nilai reselling tinggi?
The New York Post merupakan media pertama yang mengesan bahawa biskut Supreme Oreo ini ditawarkan di eBay. Menerusi posting bidaann untuk jualan tersebut, ia dikatakan pakej yang ‘rare’ mengandungi 3 keping Supreme Oreo yang masih lagi lengkap tanpa dibuka.
Dan ia dibuka untuk jualan pada harga USD4,000 (RM16,870)! Carian daripada janaan Internet juga mendapati terdapat beberapa tawaran lebih murah bermula dari harga USD26 hingga USD2,500.
Itulah uniknya penangan jenama Supreme. Kadangkala penggemar jenama ini tidak mempedulikan nilai harga tetapi lebh kepada ingin memiliki sesuatu yang sangat terhad.
9 Jenis Kereta Paling Efisyen Jimatkan Minyak Petrol, Sangat Menguntungkan.

9 jenis kereta ni sangat membantu dalam menjimatkan penggunaan minyak petrol. Di zaman ekonomi yang tak menentu ini pasti ‘mencekek’ tengkuk anda dengan kos-kos dan perbelanjaan yang tak terfikir di minda.
Mungkin dengan perkongsian daripada artikel ini dapat membantu dan meringankan beban anda.
9. Proton Iriz
14.5 km/liter (100 km = RM14.90)
Proton Iriz merupakan hatch segmen B yang ditawarkan dalam 8 variasi serta 4 tahap trim dengan dua enjin buatan khas dan pilihan transmisi. Tahap kemasukan yang disedut secara semulajadi pada enjin 4 silinder 1.3 liter model ini mengeluarkan tork sederhana 94hp and 120Nm. Anjakan yang lebih tinggi pada enjin 1.6 liter menghasilkan 107hp pada 5,750rpm dan 150Nm pada 4,000rpm. Kedua-dua enjin tersebut terdapat dalam dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan atau transmisi yang berubah secara berterusan.
8. Volkswagen Polo Sedan
15.4 km/liter (100 km = RM14.02)
Volkswagen Polo Sedan menggunakan enjin MPI 16 injap 1.6L 105PS suntikan petrol. Enjin petrol 4-silinder memberikan tork 105PS and 153Nm, beserta transmisi automatik 6 kelajuan dengan Tiptronic.
7. Peugeot 208
16 km/liter (100 km = RM13.50)
Dari segi prestasi, Peugeot 208 PureTech mempunyai enjin PureTech 1,199cc, 3 silinder turbocharged 1.2 L disambungkan dengan Aisin transmisi automatik 6 kelajuan dengan teknologi quickshift. Kuasa maksimum model ini ialah 110 hp @ 5,500 rpm, manakala tork maksimum pula ialah 205 Nm @ 1,500 rpm. Keluaran kuasa untuk enjin PureTech ini adalah pada kadar 110 hp dan 205 Nm dengan tork maksimum dari serendah 1,500 rpm. Peugeot mendakwa dengan teknologi “auto start/stop” PureTech, penggunaan minyak model ini ialah 4.5 liter per 100 km. Secara teorinya, ia mampu bergerak sejauh 1,190 km sebelum perlu mengisi minyak.
6. Myvi 1.3
17 km/liter (100 km = RM12.70)
Myvi 1.3 menggunakan enjin berteknologi DOHC 16 injap, serta secara semula jadi disedut dengan pemasaan injap yang berubah-ubah. Ia berkapasiti 1,298 cc dengan kuasa kuda 90 hp pada 6,000 rpm, manakala tork 117 Nm pada 4,400 rpm. Penjimatan minyak model ini pula ialah 6.0 liter per 100 km.
5. Honda City 2016
17 km/liter (100 km = RM12.70)
Model ini menggunakan enjin 16 injap SOHC, sedutan semulajadi dengan pemasaan injap yang berubah-ubah serta berkapasiti 1,497 cc. Kuasa kudanya ialah 118 hp pada 6,600 rpm, serta tork 145 Nm pada 4,600 rpm. Dari segi prestasi dan kecekapan pula, Honda City 2016 boleh mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 10.5 saat. Kelajuan maksimumnya pula ialah 190 km/j.
4. Hyundai i10
18.9 km/liter (100 km = RM11.43)
Model Hyundai i10 didatangi dengan enjin 1.25 Kappa yang diproses semula bersama CVVT. Kuasanya juga ditingkatkan antara 9 ke 86 hp, dengan tork 119.7 Nm. Ia mampu memecut sehingga 100 km/j. Pada masa akan datang, ia dikatakan boleh mencapai kelajuan maksimum yang terhad secara elektronik iaitu 160 km/j. Tetapi, enjin model ini lebih ekonomi dan cekap berbanding model terdahulu iaitu Hyundai Atos. Penggunaan minyaknya ialah 5.3 liter per 100km dan menyimpan petrol dalam tangki 35 liter.
3. Mitsubishi Attrage
21 km/liter (100 km = RM10.28)
Mitsubishi Attrage dikuasai oleh enjin 1.2 liter 3 silinder 3A92 seperti model Mirage. Namun, enjin MIVEC menjadikan 80 PS and tork 106 Nm serta perubahan dari segi keberkesanan minyak. Penggunaan minyak model ini ialah 21 km/l. Terdapat dua pilihan iaitu manual 5 kelajuan dan transmisi INVECS-III yang berubah-ubah secara berterusan.
2. Mitsubishi Mirage
21 km/liter (100 km = RM10.28)
Mitsubishi Mirage adalah kereta jenis hatchback dikuasai oleh enjin 1.2L 3 silinder 3A92 yang baru dengan MIVEC. Unit 3 pot DOHC menjadikan 78 PS (6,000 rpm) dan tork 100 Nm (4,000 rpm). Ternyata, keringanan model ini memberikan kelebihan penggunaan minyak iaitu 21 km/l, diukur dalam New European Driving Cycle (NEDC). Ianya hampir sama dengan kemampuan sebuah kereta kompak hibrid.
1. Perodua Axia
21.6 km/liter (100 km = RM10.00)
Menduduki carta teratas ialah Perodua Axia, kereta kompak 5 pintu yang dihasilkan sebagai pengganti kepada model Viva. Merupakan model Perodua yang ke-10 dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama tempatan, ia menawarkan enjin petrol iaitu 998cc 12 injap DOHC 1KR-DE2 l3 yang diperoleh daripada Toyota dan Daihatsu dan direka semula oleh Perodua. Enjin 1.0 liter baru menawarkan 66 hp (49 kW) pada 6,000 rpm, dan tork 90 Nm (66 lb ft) pada 3,600 rpm.
Axia mempunyai enjin 1.0 liter tunggal, serta boleh didapati dalam dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 4 kelajuan. Axia didakwa mampu mencapai sehingga 21.6 km/l untuk manual dan 20.1 km/l untuk automatik semasa dalam ‘ECO Mode’.
Sumber : Illuminasi
6 Sebab Bateri Telefon Bimbit Cepat Habis, Salah Satunya Cas Terlalu Lama

Kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan tambahan lagi di saat-saat kecemasan dan dalam keaadaan bahaya. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.
Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati? Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.
1. Cas telefon bimbit sehingga 100%
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
3. Overheating
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
4. Gunakan pengecas wireless
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
5. Cas bersama case telefon bimbit
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
6. Overcharging
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
Sumber: viralcycle.com
Nak Jadi Lelaki Awet Muda Sentiasa, Elak 5 Tabiat Harian Ini

Lelaki atau wanita pasti impikan wajah awet muda tanpa kesan kedutan di wajah. Ramai yang rasa ia hanya mimpi yang tak mungkin terjadi. Proses penuaan adalah satu proses semulajadi yang tidak dapat kita elakkan.Tapi, jika kita kawal beberapa tabiat ini mungkin impian kami terlihat awet muda akan jadi kenyataan.
Nak tahu apa tabiat buruk tu, mari baca
- Elak Berjaga Malam
Ketika remaja, berjaga malam memang menyeronokkan kerana kita mempunyai banyak masa untuk berseronok. Namun menjelang dewasa, berjaga pada waktu malam akan membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada biasa. Apabila berjaga malam, kita akan kekurangan tidur yang cukup. Ini akan menjadikan mata kita kelihatan bengkak dan sembab. Kita akan kelihatan kurang bermaya dan kusam.
- Jangan Berdendam
Setiap hari kita akan berhadapan dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Ada kajian yang membuktikan wujudnya hubungan di antara kesihatan badan dengan orang yang pemaaf. Seseorang yang suka berdendam, akan meningkatkan sistem aktiviti saraf yang mengawal kebimbangan dan akan menggalakkan rembesan hormon kortisol. Kortisol akan membuatkan penambahan berat, kenaikan tekanan darah, meninggikan kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko diabetis.
- Jangan Lupa Bersenam
Orang ramai selalu mengamalkan senaman dengan meletakkan sasaran tertentu. Apabila sasaran tercapai, kebanyakan mereka akan berhenti bersenaman. Banyak penyelidikan sudah membuktikan dengan senaman yang berterusan, akan menurunkan kadar kortisol serta meningkatkan hormon seperti testosterone yang banyak memberi faedah pada individu.
Pihak American College of Sports Medicine menyarankan 30 minit diperuntukkan untuk aktiviti senaman setiap hari.
- Elakkan Makanan Dan Minuman Bergula
Gula mempercepatkan kadar penuaan badan kita. Memakan gula berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada kulit, seperti masalah jerawat dan kedut-kedut muka. Apabila kita makan gula dan gula diproses oleh badan, ini akan menghasilkan molekul baru yang digelarkan AGE yang akan merosakkan fiver-fiver protein yang mengawal tahap keanjalan kulit.
- Jangan Tidur Meniarap Dengan Muka Ditutup Bantal
Apabila kita selalu mengenakan tekanan ke atas kulit muka dengan bantal semasa tidur, ini akan menghasilkan trauma pada kulit muka. Apabila ada tekanan pada muka yang terhasil akibat geseran dengan sarung bantal, ini akan menghasilkan kedut akibat kolagen yang pecah. Keupayaan kulit untuk memulihkan keanjalan wajah juga terhenti kerana peraliran darah tersekat akibat tekanan yang wujud pada wajah. Tidur dengan wajah tidak ditutup membantu mengelakkan masalah ini berterusan.
Sumber: Iluminasi