Teknologi kenderaan elektrik kini menjadi salah satu faktor yang menjadi tumpuan kebanyakan jenama automotif di peringkat global. Salah sebuah jenama yang sentiasa yang cukup komited memajukan teknologi ini ialah BMW.

Pada hari ini, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan dua varian jentera BMW iX3 yang cukup unik. Menariknya, kedua-dua model ini telah sedia untuk pratempah di pusat-pusat pengedaran BMW bertauliah yang terpilih di seluruh negara.

BMW Malaysia Perkenalkan Model BMW iX3 Yang Pertama Di Malaysia

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “Ketibaan BMW iX3 yang sulung adalah benar-benar signifikan bersama dua varian yang berbeza ini, ia membekalkan Kuasa Pilihan kepada para pelanggan setia kami serta peminat mobiliti elektrik di Malaysia – tanpa mengkompromikan kuasa, prestasi, mahupun ciri keselamatan.

“Berserta dengan barisan kenderaan BMW i lain yang akan menyusul, BMW iX3 yang sulung bakal melahirkan generasi pemilik kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang baharu, turut digalakkan oleh jentera SAV elektrik tulen ini yang mempersembahkan pelbagai kemungkinan dengan kualiti luar biasanya.

IKLAN

“Ini terutamanya dalam aspek inovasi dan bahasa reka bentuk untuk menjadikan Pengalaman Pemilikan Premium Elektrik yang dijanjikan oleh kami sesuatu yang lebih mengujakan.”

BMW Malaysia Perkenalkan Model BMW iX3 Yang Pertama Di Malaysia BMW Malaysia Perkenalkan Model BMW iX3 Yang Pertama Di Malaysia

Hadir dalam varian Inspiring dan Impressive, kedua-dua varian tersebut akan dilengkapi dengan pakej M Sport sebagai standard, lantas menawarkan bahasa reka bentuk eksterior yang serba ekspresif juga lebih dinamik.

IKLAN

Dikuasakan oleh motor elektrik dengan bateri ion litium 80 kWj, BMW iX3 yang sulung membekalkan jarak operasi sejauh 461 kilometer (WLTP). BMW iX3 yang sulung juga menyokong pengecasan DC segera dengan kadar setinggi 150 kW untuk pengecasan sehingga 80% dalam tempoh 32 minit.

Manakala pengecasan AC dengan kadar setinggi 11 kW disokong melalui sambungan Type 2 untuk pengecasan sehingga 100% dalam tempoh sekitar tujuh setengah jam.

IKLAN

BMW Malaysia Perkenalkan Model BMW iX3 Yang Pertama Di Malaysia BMW Malaysia Perkenalkan Model BMW iX3 Yang Pertama Di Malaysia

Harga BMW iX3 yang sulung di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM 335,800.00 bagi varian Inspiring, dan RM 354,800.00 bagi varian Impressive.

Kedua-duanya didatangkan dengan tawaran Inklusif Servis & Pembaikan BMW: Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis 6 Tahun, termasuk Power Package yang ditawarkan bersama BMW i Wallbox dan Kabel Pengecas Standard BMW. Para pemilik BMW iX3 yang sulung juga dapat menikmati tawaran waranti bateri 8 tahun, 160,000 km.

https://www.youtube.com/watch?v=2cPvQaE-C8c

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI