Foto : Berita Harian

Joao Figueiredo, wajah baharu dalam skuad Harimau Malaya mungkin baru pertama kali turun padang dengan jersi negara, tapi dia dah rasa macam main untuk Malaysia sejak lahir.

Kenapa? Sebab sokongan luar biasa dari penyokong Malaysia yang buat dia terus jatuh hati!

Dari Istanbul ke Bukit Jalil First Game, First Goal

“Botak” Tapi Berbisa Harimau Malaya Jumpa Senjata Baharu!
Foto : MakanBola

Buat yang belum kenal, Figueiredo ialah penyerang kelab Turkiye, Istanbul Basaksehir, dan baru je sah jadi pemain warisan Harimau Malaya.

Dalam aksi panas menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, dia bukan sekadar debut dia terus meletup gol pertama Malaysia pada minit ke-49!

“Dari kali pertama saya jejak kaki kat sini, saya dah rasa sambutan hangat. Tapi apa yang saya rasa malam ni memang tak boleh digambarkan. 50,000 ke 60,000 penyokong yang menjerit, sorak, nyanyi semua tu bagi kami tenaga gila,” katanya dalam sidang akhbar lepas game.

Stadium Jadi Lautan Semangat

“Botak” Tapi Berbisa Harimau Malaya Jumpa Senjata Baharu!
Foto : Free Malaysia Today

Boleh kata malam tu, Bukit Jalil jadi lautan semangat.

Selepas gol Figueiredo, rakan sepasukan warisan baharu, Rodrigo Holgado, terus gandakan jaringan.

Ads

Lepas tu, La’Vere Corbin Ong dan Dion Cools masing-masing tambahkan derita Vietnam dengan dua lagi gol buat Malaysia menang bergaya 4-0.

“Kami beraksi untuk penyokong. Setiap jeritan mereka tu macam petrol tambah tenaga kami kat padang. Itu yang buat kami teruskan fighting sampai wisel penamat,” tambah Joao.

Tak Puas Dengan Satu Game, “Kami Mahu Lebih!”

Walaupun kemenangan tu cukup manis, Joao tetap kekal fokus. Dia tak nak cepat puas hati.

“Ini baru langkah pertama. Banyak lagi benda kami nak capai. Saya sendiri tak anggap satu perlawanan ni cukup. Kami nak buktikan lebih banyak lagi dan terus baiki persembahan,” katanya, penuh tekad.

Ads

Harimau Dah Dapat Gigi Baharu

“Botak” Tapi Berbisa Harimau Malaya Jumpa Senjata Baharu!
Foto : Berita Harian

Harimau Malaya kini bukan lagi pasukan yang sekadar bergantung pada semangat juang semata.

Dengan kemasukan pemain warisan seperti Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Facundo Garcés, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Héctor Hevel dan Gabriel Palmero, skuad kebangsaan tampil dengan nafas baharu yang jauh lebih segar dan kompetitif.

Mereka bukan hanya membawa skil teknikal yang tinggi, tapi juga pengalaman, disiplin, dan mentaliti kemenangan hasil tempaan liga-liga luar negara.

BACA LAGI : “Selamat Jahanam Liga Malaysia, ” Hardi Jaafar Minta Maaf Atas Luahan Perasaan

Ads

Gabungan antara pemain warisan dan bintang tempatan ini telah melahirkan sebuah pasukan yang lebih dinamik dan seimbang bukan sekadar kuat atas kertas, tapi juga meyakinkan di atas padang.

Tempo permainan semakin pantas, taktikal lebih tersusun, dan keyakinan dalam pasukan melonjak tinggi.

Dengan sorakan puluhan ribu penyokong yang membanjiri stadium, Harimau Malaya kini benar-benar kelihatan seperti pasukan yang sudah bertaring siap untuk menggigit, bukan sekadar mengaum.

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI