Bercukur adalah rutin harian yang sering dilakukan oleh ramai orang, sama ada untuk menghilangkan misai, jambang atau bulu badan.
Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti luka, iritasi dan kemerahan jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.
Untuk membantu anda mengelakkan masalah ini, berikut adalah lima tip penting yang boleh diamalkan untuk memastikan proses bercukur berjalan dengan lancar dan kulit kekal sihat.
Foto : Remaja
Gunakan Pisau Cukur yang Tajam dan Berkualiti
Salah satu sebab utama kulit luka semasa bercukur adalah menggunakan pisau cukur yang tumpul.
Selain itu, pisau cukur yang tumpul juga menyebabkan pencukuran menjadi kurang lancar, menjadikannya lebih sukar dan berisiko tinggi untuk mencederakan kulit.
Oleh itu, pastikan pisau cukur anda tajam dan berkualiti. Gantilah pisau cukur secara berkala supaya proses bercukur menjadi lebih selamat dan berkesan.
Basahkan Kulit dengan Air Suam Sebelum Bercukur
Membasahkan kulit sebelum bercukur adalah langkah yang sangat penting untuk mengelakkan kulit luka.
Air suam membantu membuka liang pori kulit, menjadikan rambut lebih lembut dan lebih mudah dicukur.
Ads
Selain itu, kulit yang dibasahi dengan air juga akan mengurangkan geseran antara pisau cukur dan kulit, yang dapat mencegah iritasi.
Elakkan menggunakan air panas yang terlalu membakar, kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan sensitif.
Foto : Maskulin
Gunakan Krim atau Gel Pencukur yang Sesuai
Menggunakan produk pencukur yang sesuai adalah langkah seterusnya untuk mengelakkan kulit luka.
Krim atau gel pencukur berfungsi untuk melincirkan kulit, membolehkan pisau cukur bergerak dengan lebih lancar tanpa merosakkan lapisan atas kulit.
Produk pencukur yang mengandungi bahan pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kekeringan dan iritasi selepas bercukur.
Ads
Pilihlah produk pencukur yang bebas daripada alkohol atau bahan kimia yang keras, kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering atau sensitif.
Cukur dengan Gerakan Lembut Mengikut Arah Rambut
Apabila bercukur, banyak orang cenderung untuk mencukur rambut secara terbalik (menentang arah pertumbuhannya) dengan harapan ia akan memberikan hasil yang lebih licin.
Walaupun ini boleh memberikan hasil yang lebih halus, ia juga meningkatkan risiko iritasi dan luka pada kulit.
Sebaliknya, disarankan untuk mencukur dengan lembut mengikut arah pertumbuhan rambut.
Ini akan mengurangkan tekanan pada kulit dan meminimumkan geseran, yang seterusnya mengelakkan keradangan dan luka.
Setelah selesai bercukur, jangan lupa untuk merawat kulit dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Kulit yang baru dicukur cenderung lebih sensitif dan kering, jadi penting untuk menenangkannya dengan pelembap yang bebas alkohol.
Penggunaan pelembap juga membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak yang mungkin timbul selepas bercukur.
Pastikan untuk menggunakan pelembap yang lembut dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merengsakan kulit sensitif.
Ingatlah untuk memberi perhatian lebih kepada perawatan kulit selepas bercukur agar kulit kekal sihat, segar, dan bebas dari kesan buruk.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy🔥 Semakin sukar, semakin hangat! 🔥 10 Bros, sawah bendang dan cabaran dengan tahap kesukaran tak masuk akal, Muddle Trouble! 🌾💪 Kali ini Bros harus melakukan cabaran untuk melepasi blockers dalam game ala galah panjang terdiri dari pemain ragbi? 🏉🤯 Siapa yang akan tampil paling menyerlah? Siapa bro, siapa lawan? 📺 Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod 4, malam ini jam 9pm di Astro Ria! 🚀 #maskulin #maskulinwhosyourbro #SiapaBroSiapaLawan #Ideaktiv #astro #astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Oleh kerana terlalu banyak merokok, badan pemuda Taiwan ini menjadi kurus kering dan tidak terurus sehingga ramai yang menganggapnya sebagai ‘penagih dadah’.
Namun setelah menghentikan amalan tersebut, pemuda ini menerima transformasi diri yang sangat luar biasa sehingga semakin kacak.
Dikongsi lebih 200K
Sehubungan itu menurut laman World of Buzz, gambar yang dimuat naik oleh pemuda itu menerima perkongsian daripada lebih 200,000 orang dalam tempoh 24 jam dan tidak dinafikan ramai yang terpegun dengan perubahan tersebut.
Mulut berbau tembakau
Berkongsi kisah silamnya, pemuda itu memberitahu mulutnya pernah berbau tembakau kerana menghisap rokok sekotak dalam masa sehari.
Selain itu dengan ketinggian 178 cm, beratnya cuma mencecah 52 kg. Pemuda itu mendakwa dia jadi kenyang meskipun cuma menghisap rokok.
Namun dalam masa sama, dia juga tidak lepas daripada berdepan dengan masalah muka berminyak serta penuh jerawat.
Ambil masa 4 tahun untuk berhenti rokok
Pemuda itu memberitahu dia mengambil masa selama 4 tahun untuk memulakan tekad mahu berhenti merokok.
Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, tekadnya berhasil dan dia mampu berhenti rokok sepenuhnya dan kehidupannya kembali berkualiti.
Selain berat badannya bertambah kepada 70 kg, pemuda tersebut juga cukup seronok kerana dapat menikmati pelbagai makanan yang sangat lazat.
Apa yang lebih penting, rupanya juga semakin kacak dan menjadi kegilaan ramai wanita meski pun pernah dipandang serong suatu masa dahulu.
Sumber : World of Buzz
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejauh mana anda tahu tentang minyak wangi yang anda sembur atau calit pada badans setiap hari. Bagi anda yang selalu menggunakan minyak wangi pastinya akan selalu ternampak perkataam EDP, EDT atau parfum pada botol minyak wangi.
Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume.
ASAL-USUL DEFINISI
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini twerlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI
Eau de Toilette (EDT)
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang pa;ing popular dan banyak terdapat dipasaran. Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kela minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wanbgi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama.
Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Eau de Parfum (EDP)
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembagan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan. Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Parfum
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang beranggapan telur cuma boleh digunakan sebagai makanan. Sama ada boleh jadi telur rebus mahu pun telur goreng.
Sedangkan telur memiliki khasiat yang sangat bagus dan ia bukan sahaja boleh digunakan ke atas muka malah mampu menjadi perapi yang baik untuk rambut.
Ini kerana telur mengandungi protein dan mineral yang amat diperlukan oleh rambut anda selain ia boleh menyejukkan serta menguatkan akar rambut anda.
Selain itu, anda boleh juga amalkan tip-tip berikut untuk menjaga rambut anda agar tidak rosak :
1. Elakkan dari air klorin
Klorin yang terkumpul dalam kolam boleh menyebabkan rambut anda kering serta rapuh. Selain itu, klorin turut menyebabkan kesan yang buruk ke atas kulit kepala anda. Cara paling mudah untuk lindungi rambut anda daripada kesan bahaya klorin adalah dengan membasuh rambut dengan air yang bersih selepas anda keluar daripada kolam renang.
2. Jangan guna pelbagai produk
Penggunaan terlampau banyak gel rambut, semburan rambut ataupun produk rambut yang lain akan membuatkan rambut anda kelihatan sarat dan tidak sihat . Oleh itu, gunakan seminima produk rambut yang boleh dan elakkan daripada memakainya setiap hari.
3. Kurangkan pakai topi ketat
Topi ketat boleh menyebabkan ‘daya tarikan alopecia’ iatu keadaan rambut yang boleh menyebabkan keguguran rambut, ataupun kehilangan rambut secara kekal. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan kepala anda berbau.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.