Biasanya bila hidung berdarah, kita akan dongakkan kepala kononnya untuk menghentikan aliran darah tersebut. Rupanya cara yang kita buat selama ini salah.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih yang bertugas di Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung & Tekak), mendongakkan kepala ketika hidung berdarah berisiko menyebabkan darah hidung masuk ke saluran pernafasan.
Jadi apa yang sepatutnya anda buat? Kalau nak tahu langkah sewajarnya yang anda perlu buat bila hidung berdarah, ikuti perkongsian ini.
BACA: Rawat Buasir Berdarah Guna Peria Katak, Ustaz Ini Kongsi Cara Mudah & Mustajab!
Jangan dongakkan kepala ketika pendarahan hidung!
Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.
Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.
1. Pendarahan hidung berhenti.
2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.
BACA: Cara Nak Atasi Kerap Bersin & Hidung Berair Untuk Penghidap Resdung!
Langkah perlu dan MESTI buat bila hidung berdarah
1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!
3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.
Sila #kongsi tulisan ini kepada mereka yang anda sayang. Moga ia bermanfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
#doktortelingahidungtekak
Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI