Perjuangan negara kita kita dalam usaha keluar dari belenggu wabak COVID-19 kini banyak bergantung kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini sedang rancak dijalankan di seluruh negara.

Di Lembah Klang sekarang sudah mencatatan kira-kira 85.5% orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ini merupakan satu berita baik untuk kita semua.

Selain rakyat Malaysia, kerajaan juga turut memberikan vaksinai ini kepada pekerja-pekerja warga asing. Menerusi kerjasama pelbagai pihak, imuniti kelompok pasti dapat kita capai melihatan trend pemberian vaksin yang cukup pantas sekarang.

Bercakap tentang jenis vaksin pula, di negara kita terutamanya kerajaan telah membekalkan dan memberikan beberapa jenis vaksin seperti Pfizer Biontech, Sinovac, Astrazeneca dan beberapa jenis vaksin satu dos yang telahpun dilulukan iaitu Johnson & Johnson dan Cansino.

Namun dalam masyarakat kita ada juga yang jenis suka membanding-bandingkan jenis vaksin yang mereka terima. Sehingga ada yang rasa mereka mendapat vaksin lebih baik dari yang lain.

Perkara ini turut diulas oleh personaliti TV program kesihatan yang juga merupakan seorang doktor iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say. Menerusi hantarannya di Instagram kendaliannya, Dr Say mengulas tentang isu kenapa ada warga asing mendapat vaksin Pfizer dan lebih awal daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Beliau yang kini sedang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di MMU Cyberjaya. Jelasnya, dia dihujani pelbagai pertanyaan dan rasa tidak puas hati dari sesetengah pengguna media sosial. Ia berikutan perkongsian IG Story-nya yang menyaksikan ramai pekerja asing dari Bangladesh dan Myanmmar datang untuk memenuhi temujanji pemberian vaksin.

Malah ada yang tidak berpuas hati kenapa pekerja warga asing mendapat vaksin jenis Pfizer. Menjawab persoalan itu Dr Say berkata, “First & foremost kita sembang pasal kenapa depa dapat Pfizer. Jawapannya ingin sy tegaskan sekali lagi, IT DOES NOT MATTER WHAT BRAND OF VACCINE THAT YOU GET AS LONG AS YOU GET VACCINATED.

“Tolonglah ubah mindset “untunglah ko dapat Pfizer, aku dapat Sinovac je” ni. Kat Twitter dok ada clan Pfizer la, clan Sinovac la, clan AZ la. Boleh tak kita wujudkan CLAN VACCINATED kan lebih indah bunyinya. Semalam @myhealthKKM ada klasifikasikan kes harian mengikut sejarah vaksinasi atau tidak & ternyata tahap keterukan mereka yg menerima vaksin teramat rendah berbanding mereka yg tiada sejarah vaksinasi. So PLEASE STOP JUDGING WHAT BRAND OF VACCINE THAT A PERSON GETS boleh?”

IKLAN

KENAPA MEREKA LEBIH AWAL

Manakala bagi persoalan kenapa ada pekerja asing boleh mendapat vaksin lebih awal berbanding sesetengah rakyat Malaysia, Dr Say menjelaskan pendapatnya yang cukup baik.

“Ramai di ramai antara mereka yang pakai baju Jaya Grocer, Village Grocer, Sri Ternak. Dan bila saga kaji, saya terjumpa poster Program Vaksin Selangor yang memberi keutamaan kepada 9 golongan dan salah satu golongan tersebut adalah “PENJAJA/ PENIAGA PASAR”.

“Jadi it make absolute sense kenapa mereka dapat vaksin dahulu. Bagi saya di Selangor ni, warga asing lah yang banyak handle barang keperluan harian kita. Walaupun semalam habis tenaga nak consult depa akibat language barrier, bila balik tu saya beli groceries yakin sikit apabila saya pegang sayur-sayuran & buah-buahan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

IKLAN

Dr Say juga memberi pesanan kepada mana-mana individu yang tidak mendapat sebarang temu janji vaksinasi sehingga 1 Ogos. Sekiranya masih belum dapat temu janji, mereka boleh walk-in ke mana-mana PPV berdekatan untuk mendapatkan vaksin.

MASKULIN turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Sau. Vaksin yang terbaik untuk anda ialah vaksin yang paling cepat dapat anda perolehi!

Lindung diri, lindung semua.

Kredit: Dr Say

https://www.youtube.com/watch?v=Vxtn4TWFd3o&t=114s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI