Ketika anda mengambil cuka epal sebagai altenatif untuk kurus, sedarkah anda mungkin ada beberapa kesilapan yang telah anda lakukan.
Adakah pengambilan cuka epal selamat dimakan dalam jangka masa panjang? Atau adakah benar cuka epal mampu mengakis perut dan mengakibatkan kanser?
Baca perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman tentang perkara ini. Jika anda mengamalkan cuka epal dengan betul, pasti anda akan mendapat kesan positif pada tubuh.
Mungkin ramai yang berani bersumpah dia jadi kurus sebab ambil cuka epal, cuka kurma atau cuka tin tanpa sebarang kesan sampingan. Korang percaya tak?
Betul ke berkesan? Saya nak ulas sedikit dari sudut saintifik. Kajian sebenarnya bercampur ada yang dapat keputusan positif dan ada yang tak dapat kurus seperti diharapkan. Betul ke tiada kajian klinikal kesan positif cuka epal ini? Tak sampai 5 minit pencarian saya terjumpa kajian bukti yang bagus (RCT) mengenai penggunaan cuka ini.
Kajian RCT ke atas subjek orang Jepun yang obes mendapati berat badan, BMI, lemak dalaman (viseral), ukur lilit pinggang serta paras lemak jahat trigliseride berkurangan secara ketara.
Baru-baru ini, kecoh mengenai perkongsian pengalaman seorang pengguna cuka epal jenama Bragg. Saya rasa baik jika saya ulas beberapa kemungkinan kesilapan penulis bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai panduan dan boleh dijadikan iktibar.
Elak buat 3 kesilapan ini masa minum cuka epal
1. Kuantiti Cuka Epal
Pada waktu bulan puasa, badan kita lazimnya tinggi stres. Stres lebih tinggi bagi mereka yang ada alahan seperti pesakit gastritis, GERD, ekzema dan asma.
Cuka merupakan makanan peram tinggi histamin. Jadi adalah kurang sesuai mula ambil cuka dengan kuantiti sudu. Mulakan dengan perlahan. 2-3 titik dan naikkan kuantitinya sehingga toleran. Bukan semu orang boleh mula terus satu sudu.
Ads
2. Timing Pengambilan Cuka Epal
Kalau perut kita tahap nenek moyang tiada masalah. Namun hakikatnya ramai kita mempunyai perut jenis manja.
Usah berani mengikut saranan ambil cuka epal dengan perut kosong bancuh air ataupun madu (ambil madu lagilah tinggi stres, orang kata tajam). Bukan tak boleh untuk semua orang tetapi untuk kebanyakan orang, adalah lebih sesuai ambil selepas makan.
Waktu pagi pula adalah lebih sesuai pengambilan cuka ini. Penyakit keradangan seperti radang gastrik lebih biasa menyerang pada waktu malam. Follower saya tentu arif sudah bukan. Ini kerana hormon antiradang kortisol menurun pada waktu malam.
3. Repack Dalam Botol Plastik
Botol plastik apa gred sekalipun akan luluh apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang luluh ini bukan sahaja mungkin menggangu hormon, malah meningkatkan histamin dan seterusnya asid perut.
Kenapa sakit macam nak bersalin? Ilmu ini khas kepada follower protokol histamin saya, berlebihan histamin menurut kajian saintifik memang boleh menyebabkan sakit senggugut dan secara teorinya, bengkak peranakan juga.
Kesimpulannya, cuka semulajadi ni makan sihat dan terbukti berupaya membantu kesihatan kita antaranya mengurangkan berat badan. Gunakanlah dengan kaedah yang betul terutamanya bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan. Konsult dulu doktor dan jangan cuba-cuba tanpa ilmu. Selalunya makanan semulajadi ni bila datangkan reaksi, adalah berkait rapat dengan masalah kesihatan kita.
SHARE sebab ramai yang keliru dengan perkongsian viral tu.
Semoga perkongsian merungkai misteri dan menjawab tohmahan dan sangkaan buruk terhadap cuka epal, cuka kurma dan yang seumpamanya. Cuka ni boleh baiki perut, boleh rosakkan perut juga.
Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perihal masalah hubungan kelamin, majoriti lelaki malu nak cerita. Iyalah, silap hari bulan jadi bahan ketawa dan sindiran pula. Malu nak cerita, tapi kena ambil tahu juga. Ada yang tidak bahaya, namun ada juga yang boleh meragut nyawa.
1. Hey Sooo Cute…
Masalah: “Ukuran alat kelamin ku kelihatan comel!”
Diagnosis dan Rawatan: Ini merupakan masalah lebih pada minda dan bukan di bawah seluar anda. Menurut Dr Gordon Muir, Pakar Perunding Pembedahan Urologi dari Kings College Hospital, London, kebanyakan lelaki ingin terus lakukan pembedahan membesarkan alat kelamin, walhal ukuran dan saiz alat kelamin mereka sudah dikira normal dan aktif.
Oleh itu saranannya, jangan biarkan minda dan emosi anda dijajah dengan pemikiran, ‘lagi besar saiznya, lagi puas si dia’. Ini salah. Kepuasan seks tidak dipengaruhi oleh saiz. Ia lebih kepada bagaimana anda mencintai tubuh badan anda dan bagaimana membelai pasangan anda.
2. Ada ‘Telur Tambahan’
Masalah: “Terdapat ketulan kecil pada testis sebelah kanan saya”
Diagnosis dan Rawatan: Ketahuilah, ini bukan masalah remeh dan perlu diabaikan. Berdasarkan kenyataan Dr Gordon Muir lagi, majoriti ketulan yang dikenal pasti adalah gumpalan jerawat yang tidak berbahaya dan boleh membengkak, tetapi ia juga berkemungkinan besar petanda kanser buah zakar.
Tumor yang mengakibatkan kanser boleh disembuhkan jika dikesan lebih awal. Namun, akan menjadi sukar untuk didiagnosis kerana kebanyakan lelaki malu dan enggan melakukan pemeriksaan pada testis mereka. Tambahannya lagi, pendekatan ultrasound boleh membantu. Selain itu, rawatan terapi radiasi, kemoterapi dan inguinal orchiectomy boleh dilakukan.
3. Coldplay
Masalah: “Kenapa saya boleh selesema ketika ingin lakukan hubungan seks ni?”
Diagnosis dan Rawatan: Sistem ketahanan tubuh yang lemah dapat mempengaruhi perjalanan seks anda. Ini bererti tubuh anda akan mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, Dr Rabecca Burn, pakar nutrisi ada menyarankan bahawa pengambilan makanan bergizi seimbang sepatutnya diamalkan.
Selain itu, elakkan daripada minum minuman beralkohol kerana ia sedikit sebanyak memberi efek dalam kesihatan, seterusnya sistem reproduksi anda. Pengambilan makanan tambahan (supplement) yang mengandungi Echinacea boleh membantu. Echinacea terdapat di dalam minuman teh hijau dan dalam bentuk pil dan minuman.
4. Flying To The Moon
Masalah: “Tekanan darah tinggi saya setinggi langit”
Diagnosis dan Rawatan: Apabila usia semakin meningkat, tekanan darah juga semakin tinggi. Bagaimana urusan seks boleh berjalan lancar jika tekanan darah anda meningkat?. Oleh itu anda perlu lakukan rawatan segera. Antara rawatan yang paling mujarab bukanlah ubat-ubatan, tetapi gaya hidup.
Mencegah lebih baik bukan? Oleh itu, sentiasa amalkan usaha menurunkan berat badan, berhenti merokok, kurangkan kadar garam dan gula dalam makanan. Dijamin kehidupan seksual anda akan lebih mekar dengan adanya kesihatan yang baik.
5. “Dig Dug Dap Dig Dug Dap”
Masalah: “Saya sering berasa lelah, mengah dan sukar bernafas ketika seks”
Diagnosis dan Rawatan: Melalui pemerhatian Dr Neil Stanley, pakar tidur (sleepologist) dari Hospital Universiti Norwich dan Norfolk, seorang lelaki berkemungkinan menghidapi ME (myalgic encephalopathy) iaitu sejenis penyakit lelah yang kronik dan berupaya melemahkan tubuh. Seorang lelaki perlukan tenaga untuk melakukan seks. Oleh itu, jika mengalami keadaan ini, seseorang itu disarankan untuk mendapatkan rehat secukupnya. Selain itu, Dr Neil juga menyarankan untuk sentiasa menghindari latihan berat, makanan berlemak serta minuman alkohol.
6. Peluh macam shower
Masalah: Peluh terlampau banyak keluar setiap kali melakukan hubungan seks.
Diagnosis dan rawatan: Menurut kajian Emma Ellis, Pakar Gizi, peluh yang keluar terlampau banyak terutama sekali tatkala berlangsungnya seks adalah mungkin disebabkan tekanan, kelanjar tiroid yang terlalu aktif, kegemukan, diabetes dan ketidakseimbangan kadar gula dalam darah.
Oleh itu, selain mengaplikasikan gaya hidup sihat, Emma turut mencadangkan agar lelaki mendapatkan rawatan teknik relaksasi seperti yoga kerana ia dapat membantu mengurangkan stres dalam tubuh dan minda. Peluh berbau dan merembes? Kurangkan pengambilan kafein dan selidiki diet yang boleh menyebabkan anda berpeluh luar biasa
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila sudah terbiasa melakukan larian, kita tidak akan dapat lari daripada merasai keterujaan. Setiap hari pasti akan rasa tidak sabar untuk berlari dan mencatatkan masa lebih baik dari sebelumnya. Namun tahukah anda ada banyak jenis kesalahan larian?
Itulah yang boleh dikatakan anda sebenarnya sudah mula menjadikan larian sebagai rutin harian yang harus dilakukan. Namun ramai orang melakukan kesilapan akibat terlalu teruja hingga boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.
Pengalaman dalam melakukan larian merupakan aspek penting untuk membuatkan larian anda konsisten dan baik. Akan tetapi bagi yang masih baru mungkin keterujaan itu melebihi segala.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesalahan utama yang dilakukan oleh pelari hingga mereka rasa mudah penat atau berdepan kecederaan.
1. BERLARI TERLALU BANYAK
Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.
Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian revovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.
2. OBSES DENGAN PACE
Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.
Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.
3. BERLATIH TERLALU KERAS
Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.
Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.
4. KEKEJANGAN OTOT DEMI LARIAN
Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.
Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.
5. SERTAI PROGRAM SALAH
Seperti MASKULIN katakan setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.
Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.
Dapatkan kasut larian berkualiti dan pada harga hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan Ramadan sinonim dengan ibadah dan aktiviti kerohanian, namun itu tidak bermakna kecergasan fizikal harus diketepikan.
Baru-baru ini, sebuah masjid di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai apabila imamnya mengajak para jemaah melakukan senaman push-up selepas solat tarawih.
Jemaah Turut Serta Buat Push-Up Bersama Imam
Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Dream Fight Win, kelihatan imam tersebut dengan penuh semangat berada dalam posisi meniarap sebelum memulakan push-up.
Tidak sekadar melakukannya sendirian, beliau turut mengajak para jemaah yang hadir untuk melakukan senaman tersebut bersama-sama.
Apa yang lebih menarik, jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur turut berusaha untuk mengikuti langkah imam tersebut.
Walaupun ada yang kelihatan keletihan, mereka tetap cuba menyelesaikan cabaran itu dengan semangat yang tinggi.
Push-Up Bersama Zikir, Gabungan Ibadah dan Kecergasan
Selain mendorong kecergasan fizikal, imam tersebut juga mengingatkan para jemaah agar berzikir ketika berehat di antara sesi push-up.
Selepas sesi zikir, beliau kembali mengajak jemaah untuk melakukan lebih banyak push-up, menjadikan jumlah keseluruhan mencapai 40 kali.
Kelihatan ada segelintir jemaah yang tidak mampu meneruskan senaman dan memilih untuk berhenti, tetapi imam tersebut tetap meneruskan cabaran dengan penuh bertenaga.
Ketekunan beliau melakukan push-up tanpa henti turut menjadi perhatian dan pujian ramai.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.