Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.
Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit.
Siling atau dinding yang berkulat memang biasa kita lihat di kebanyakan rumah. Selama ini kita anggap kulat pada dinding atau siling cuma kekotoran biasa.
Rupa-rupanya kehadiran kulat pada dinding atau siling boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang. Jika dibiarkan boleh menjadi antara punca anda diserang batuk atau selesema yang lama.
Perkara ini didedahkan oleh Public Health Malaysia menerusi laman Facebooknya. Jika rumah anda mempunyai kulat pada dinding atau siling, cari segera punca kenapa perkara ini berlaku dan bersihkannya segera.
Katakan anda seseorang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau dalam erti kata lain, BMI yang tidak ideal. Dalam tempoh dua bulan anda ingin kurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 kg. Adakah senaman kardio cara paling tepat dan berkesan?
Menurut seorang jurulatih kecergasan Jimmy Mackey menerusi satu penerangan di laman X, senaman kardio adalah cara kurang bijak jika ingin menghapuskan lemak badan.
Menurutnya, senaman kardio tanpa ramai orang sedari tidak membakar sebanyak kalori yang anda fikirkan.
Melakukan larian selama 30 minit hanya membakar sekitar 300 kalori — ia bersamaan dengan sebiji biskut. Lebih teruk lagi, badan anda cepat menyesuaikan diri, menjadikan senaman kardio kurang berkesan dari masa ke masa.
Jelasnya lagi, apabila seseorang itu menggabungkan senaman kardio dengan defisit kalori, badan anda mungkin mula memecahkan otot untuk tenaga.
Ini bukan sahaja memperlahankan metabolisme anda, tetapi juga menjadikan penurunan lemak lebih sukar pada masa hadapan.
Lebih membimbangkan bentuk senaman seperti ini boleh meningkatkan selera makan atau mudah berasa lapar. Pernahkah bila anda selesai berlari dan terus berasa lapar?
Iya, itu satu perkara yang mungkin bagi kita semua adalah normal. Rasa lapar selepas cardio ini boleh menyebabkan anda makan berlebihan, membatalkan kalori yang telah dibakar.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebaliknya:
Kunci untuk hilangkan lemak adalah dengan mengambil kurang kalori daripada yang dibakar. Ini tidak bermaksud anda perlu mengira setiap kalori. Sebaliknya, tumpukan pada meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan makanan bergula dan tinggi kalori.
Untuk hasil terbaik, ikuti diet yang:
Apabila anda kehilangan lemak, sesuaikan defisit kalori untuk terus melihat kemajuan.
Angkat berat 3-4 kali seminggu adalah penting. Gerakan kompaun seperti squat, deadlift, dan bench press bukan sahaja membina otot, tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.
Latihan rintangan membantu anda mengekalkan jisim otot walaupun dalam defisit kalori. Lebih banyak otot bermakna metabolisme lebih pantas, menjadikan penurunan lemak lebih mudah. Tambahan pula, anda akan kelihatan lebih mantap apabila lemak mulai hilang.
Lupakan senaman intensiti tinggi. Sebaliknya, pilih aktiviti yang kurang impak seperti berjalan, berenang, atau berbasikal.
Aktiviti ini membakar kalori tanpa mengganggu pemulihan atau meningkatkan rasa lapar.
Sasaran 7,000-10,000 langkah sehari. Ini akan memastikan kesihatan kardiovaskular anda terjaga, membakar kalori tambahan, dan membolehkan anda memberi tumpuan pada pembinaan otot.
Setiap 4-6 minggu, ambil rehat daripada diet. Makan pada kalori penyelenggaraan selama 1-2 minggu. Ini akan membantu menstabilkan hormon, mengurangkan keletihan diet, dan menjadikan perjalanan penurunan lemak lebih mampan.
Apa yang MASKULIN boleh simpulkan, lupakan masa berjam-jam di atas treadmill. Untuk penurunan lemak yang berkesan dan mampan, fokus pada latihan rintangan, cardio intensiti rendah, dan diet yang fleksibel.
Apabila sedang tidur pada waktu malam dan anda tiba-tiba berpeluh sakan, mesti waktu tidur anda akan terganggu.
Pada masa sama, ia akan mengganggu kualiti tidur yang sangat penting untuk tenaga anda pada hari esok. Sudahnya, ada tidak akan selesa dan mengantuk pada siang hari.
Perkara ini boleh terjadi disebabkan faktor persekitaran dan dalaman tubuh anda seperti yang MASKULIN kongsikan ini.
Kanser limfoma merupakan satu kanser yang menyerang sistem imun dalam tubuh. Simptom kanser limfoma boleh mengakibatkan berlakunya penurunan berat badan, demam dan berpeluh.
2. Suhu bilik
Suhu bilik yang ideal semasa tidur adalah antara 16-21 darjah celsius bagi negara bermusim sejuk, manakala bagi negara tropika seperti Malaysia pula sekitar 18 hingga 24 darjah celsius. Pakar Kesihatan W Christopher Winter berkata, tidur bilik yang berhaba dan diikuti pakaian ketat, padat atau tebal juga boleh menyumbang kepada peluh semasa tidur.
3. Badan terkena jangkitan
Jangkitan adalah salah satu sebab seseorang berpeluh. Salah satu jangkitan yang berkaitan dengan aktiviti peluh malam ialah batuk kering. Penyakit yang menjangkiti tubuh dan menjejaskan paru-paru akan menyebabkan seseorang berpeluh sebelum mula batuk.
Salah satu punca penyebab peluh malam bagi wanita adalah tahap estrogen yang berubah-ubah. Menopaus dikaitkan dengan keadaan tubuh ‘naik’ panas. Jadi ia menjadi kebiasaan bagi wanita menopaus yang akui berpeluh secara berlebihan, walaupun semasa tidur.
Selain menopaus, peluh berlebihan pada wanita disebabkan hormon juga biasanya berlaku semasa fasa kehamilan.
5. Hyperhidrosis
Adakah anda selalu berpeluh tanpa sebab? Basah tapak tangan, tapak kaki atau bahagian ketiak? Lebih teruk bila anda sedang tertekan, dalam kebimbangan atau sedang risau memikirkan sesuatu. Menurut Akademi Dermatologi Amerika, keadaan ini dikenali sebagai hyperhidrosis yang boleh berpanjangan sewaktu tidur. Anda kena kurangkan rasa cemas atau gunakan deodoran yang menyekat liang peluh atau berjumpa dengan pakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang