Hanya 4 Minit, Buat Jenis-jenis Senaman Tekan Tubi Ini Jika Mahukan Otot Dada Bidang
Foto: bristekjegor - www.freepik.com

Setiap lelaki pasti mengimpikan otot dada bidang, tegap dan mantap. Selain mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, senaman yang konsisten juga penting untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Jadi tidak hairanlah jika senaman tekan tubi menjadi antara senaman yang begitu popular di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti sihat.

Kini bukan lagi alasan untuk anda tidak bersenam kerana senaman untuk mendapatkan otot dada bidang ini anda boleh lakukan hanya empat minit sahaja tanpa menggunakan apa-apa peralatan.

Lakukan enam jenis senaman tekan tubi ini secara konsisten, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Anda Telah Mengangkat 75% Berat Anda, Ini Antara Kebaikan Tekan Tubi

Artikel berkaitan: Contoh Kesilapan Biasa Anda Lakukan Ketika Senaman Tekan Tubi

IKLAN

1. Normal Push Up

Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Letak tangan di lantai selaras dengan bahu dan luruskan kaki. Turunkan badan perlahan-lahan tanpa badan mencecah ke lantai. Kemudian naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Normal Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.

Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.

2. Wide Push Up

Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Letak tangan di lantai tetapi senaman kali ini, anda lebarkan kedudukan tangan melebihi paras bahu. Pastikan kedua-dua kaki lurus di belakang. Kemudian, turunkan badan perlahan-lahan dan naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Wide Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.

Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.

IKLAN

3. Archer Push Up

Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Letak tangan di lantai dan lebarkan kedudukan tangan melebihi paras bahu. Pastikan kedua-dua kaki lurus di belakang. Dalam posisi badan tegak di bahagian tengah, turunkan badan menghala ke kanan dan tegakkan badan semula di bahagian tengah. Selepas itu, turunkan badan ke bahagian kiri pula. Ulangi senaman Archer Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.

Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.

4. Diamond Push Up

Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Rapatkan kedua-dua tapak tangan dalam kedudukan V selaras dengan bahagian dada. Luruskan kaki. Turunkan badan dan tekan perlahan-lahan sambil bengkokkan siku. Ketika menaikkan badan, pastikan kedudukan tangan anda lurus. Ulangi senaman Diamond Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.

IKLAN

Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.

5. Knuckle Push Up

Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Lebarkan kedudukan tangan melebihi paras bahu. Posisi ini sama seperti senaman Wide Push Up cuma yang berbeza adalah posisi tangan anda hendaklah digenggam erat. Pastikan kedua-dua kaki lurus di belakang. Kemudian, turunkan badan perlahan-lahan dan naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Knuckle Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.

Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.

6. Women Push Up

Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Kali ini kaki disilang dan angkat ke atas melebihi paras punggung. Buka tangan selebar paras bahu. Kemudian, turunkan badan perlahan-lahan dalam posisi 45 darjah dan naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Women Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.

Untuk mendapatkan otot dada mantap dan tegap, tonton video ini

Subscribe dan follow Video Fitness di channel Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI