ini wabak penularan ibu bapa
Foto: jcomp - www.freepik.com

Sejak bulan November tahun lalu, penigkatan kes dan penularan COVID-19 tercatat dengan empat angka setiap hari. Malah dalam tempoh itu juga telah beberapa kali mencatatkan jumlah harian tertinggi. Dengan jumlah harian paling tinggi melebihi tiga ribu kes. Ini merupakan satu perkembangan yang cukup membimbangkan dalam usaha kerajaan dan kita semua menghentikan penularan wabak COVID-19.

Bermula hari ini banyak negeri di Malaysia harus menempuhi fasa Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi bagi melandaikan kadar jangkitan. Setelah hampir setahun, kita nampaknya masih belum menang.

GOLONGAN PALING BERISIKO

Virus ini kini sudah wujud dalam komuniti dan kita harus sentiasa berwaspada. Antara golongan yang paling berisiko ialah warga emas dan semestinya kedua ibu bapa kita. Walaupun anda tinggal berjauhan dengan mereka itu tidak bermakna anda tidak boleh membantu mereka agar lebih selamat.

Dan majoriti kes kematian pula berlaku di kalangan warga veteran dan berusia. Warga emas (65 tahun keatas) jika dijangkiti dengan virus ini, mempunyai risiko besar untuk mendapat komplikasi serius dan kematian.

Oleh itu, sekiranya tiada keperluan mendesak, warga emas adalah individu yang WAJIB untuk terus berada di rumah.

BACA: DG Hisham Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’, Dua Minggu Paling Kritikal

IKLAN

BERIKUT APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

1) Jika tinggal berjauhan anda boleh mengirimkan bekalan makanan atau ubatan yang dibeli secara online kepada anak jiran. Begitu juga bekalan makanan.

2) Sentiasa pastikan bekalan ubat-uabatan yang selalu diambil ibu bapa sentiasa mencukupi untuk sekurang-kurangnua 2 minggu.

3) Pesan kepada mereka untuk menolak sebarang ketibaan ziarah atau tetamu ke rumah.

IKLAN

4) Berikan peringatan berulang kali dengan telefon atau video call tentang bahaya bersalam dan berada dalam kedudukan dekat dengan orang lain sepanjang tempoh PKP.

5) Nasihatkan mereka untuk jauhi tempat yang ramai orang serta sesak.

6) Jelaskan dengan baik mengapa mereka perlu berbuat semua perkara di atas.

IKLAN

Percayalah tempoh sekarang anda memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan kesedaran, semangat serta tumpuan kepada mereka sepanjang negara berdepan dengan krisis wabak COVID-19.

Ini Beberapa Langkah Pencegahan Untuk Hindari Ibu Bapa Dari Bahaya Wabak
Ilustrasi: Public Health Malaysia

Ini adalah tanggungjawab kita semua. Kita jaga kita!

Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI