Sejak kecil sudah miliki impian murni untuk memiliki kilang bagi membantu golongan susah serta memberi peluang perkejaan dan memberi skim perumahan pada golongan yang memerlukan. Bermula menjual kad raya sehinggalah bergelar usahawan global.

Ketika dibangku sekolah lagi Mohd Fadzil Hashim yang mudah di sapa dengan gelaran Coach Fadzil memberitahu dia sudah berjinak-jinakkan diri dengan perniagaan seperti membantu menjual nasi lemak dan mendapat upah makan nasi lemak secara percuma dari situlah dia dapat simpan duit belanja.

“Saya ingat lagi pengalaman pertama saya adalah jual kad raya, kemudian sewaktu rehat saya menjual nasi lemak, dan seterusnya saya meniaga satay di pasar malam selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka selama sebulan.

“Kemudian saya meniaga pasar malam di Jasin. Ia dibuka seawa jam 3 petang, dan pada jam 5 petang satay dah mula kurang, masa itu saya dengan abang ipar je yang meniaga, so tak dia pilihan dia mesti balik ke Merlimau mengikut jalan lama. Ketika saya ditinggalkan seorang diri itulah baru saya sedar saya boleh handle sorang-sorang. Ketika itu usia saya baru 12 tahun.

“Sewaktu sekolah menengah, saya tolong bapa mertua kakak saya jual sayur kampung di Ampang di pasar malam selama setahun. Selepas itu saya masuk asrama di Kajang dan saya di ajar asas leadership. Saya diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab menjadi ketua asrama dalam masa yang sama perniagaan saya seperti jual Maggie dan nasi goreng masih lagi on going . Malah busines direct selling seperti jual cadar juga saya lakukan dan saya jual kepada makcik dewan makan.”kata Coach Fadzil kepada Maskulin.

IKLAN

“Semua Kerja Saya Buat, Dari Meniaga Sayur Kampung Sehingga Buka Raudah City” – Coach Fadzil HashimCoach fadzil akui dia tidak pernah kenal maksud seniority atau tidak malu untuk berniaga atau melakukan sesuatu untuk junior kerana di situlah dia menjana pendapatan. Walaupun dia bergelar ketua pelajar, tetapi dia langsung tidak pernah putus asa menjual segala produk yang ada.

“Saya set up my first enterprise ketika saya belajar di ITM atau kini lebih dikenali sebagai UiTM. Maklum sahajalah saya ketika itu saya belajar di Arau tiada apa yang boleh dilakukan jadi saya masih teruskan bisnes jualan saya. Tetapi ketika itu saya share modal dengan rakan-rakan. Kami kumpul duit seorang RM100, beli kain di Kelantan dan jual pada lecturer.

IKLAN

“Saya ingat lagi sewaktu itu, kakak bagi wang perbelanjaan sebulan RM60 jadi saya cari duit sendiri untuk menganggung segala kos yang diperlukan dengan jual roti bun atau pizza selepas jam 9.30malam semata-mata untuk pelajar lain mengisi perut selepas atau sewaktu tengah mengulangkaji pelajaran. Satu malam saya dapat untung berbelas ringgit

“Malah, saya pernah basuh baju junior untuk menanggung kos tuisyen subjek Account. Ketika itu saya masih ketua asrama, tetapi kerana berkat usaha saya untuk membayar duit tuisyen, akhirnya saya mendapat A1.” Kata Coach Fadzil dengan semangat yang positif.

IKLAN

“Semua Kerja Saya Buat, Dari Meniaga Sayur Kampung Sehingga Buka Raudah City” – Coach Fadzil HashimCoach Fadzil juga berkata dia juga berpengalaman berkerja diluar negara sebagai waiters, hantar surat khabar serta cuci tandas. Dia menganggap itu sahaja caranya untuk buat duit dan dibayar dengan gaji yang tinggi.

Sungguhpun aktif bersukan wakil sekolah dengan bermain Rugbi, Soft Ball serta takraw dan bertanding di majlis perwakilan pelajar mahupun debat agama tidak pernah dilupakan. Sejak diberi pendedahan dari tingkatan 3 sehingga sudah berumah tangga dia akui agak sukar untuk cari Islamic dan English language basic.

Bukan melahirkan komuniti Islamik sahaja, ia juga melahirkan pedangan muslim serta menggalakan mereka berniaga. Malah dia juga sempat mengambarkan Malakat Mall serta berkongsi bagaimana tercetusnya idea ia dicipta.

Coach juga aktif dalam memberi talk serta membuat kem motivasi Ayuh Bangkit untuk memberi coaching pada orang ramai tentang selok belok perniagaan supaya individu yang menghadiri Ayuh Bangkit mempunyai mind set untuk membantu orang lain.

Coach Fadzil sempat memberi beberapa tip yang paling berguna untuk usahawan baru

  1. Mesti ada grand why, tanya pada diri kenapa ingin lakukan pekara seperti ini. Jika niat kita betul dan murni Tuhan pasti akan membantu.

  2. Develop unique selling proposition (USP), offer benda yang customer mahukan.

  3. Pastikan business model yang betul bagi peluang masing-masing untuk grow.

  4. Jangan malu untuk buat apa sahaja.

  5. Jangan menyerah kalah, kadang-kadang banyak yang kita ushakan tapi lebih banyak gagal dari berjaya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI