
Anggapan lama bahawa serangan jantung hanya berlaku kepada mereka yang lanjut usia kini sudah tidak relevan. Ironinya, kemudahan hidup moden telah menjauhkan kita daripada penjagaan kesihatan dan pemakanan seimbang, lantas meletakkan lebih ramai golongan muda di garis bahaya penyakit jantung yang kritikal.
Kini semakin ramai orang muda terutamanya di kalangan lelaki yang berdepan risiko mendapat serangan jantung. Lebih menakutkan ramai yang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit jantung. Disebabkan itulah ia juga dikenali sebagai ‘silent killer’ di kalangan warga muda berusia awal 30 hingga lewat 40-an.

Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang pernah dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Terdapat dua waktu kritikal yang perlu anda berikan perhatian. Ini kerana ia adalah waktu paling bahaya dan kritikal jika berlakunya serangan jantung atau strok. Mengapa dua waktu ini dianggap cukup kritikal? Ikuti perkongsian mereka di bawah!
———————————————————————————
Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
BACA: Dua Warga Emas Raih PhD di UTM, Bukti Usia Bukan Penghalang Kejayaan
PEMBENTUKAN KETULAN
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
SEKIRANYA ANDA ATAU SESIAPA ALAMI GEJALA SERANGAN JANTUNG PADA WAKTU KRITIKAL INI, DAPATKAN RAWATAN SEGERA. BAGI PESAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI, PASTIKAN TEKANAN DARAH TERKAWAL PADA WAKTU KRITIKAL INI.
Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jaga kesihatan, selalu bersenam dan makanlah dengan sihat. Nescaya penyakit jantung akan menjauhi anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




