Melakukan road trip atau jelajah secara solo bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi jika perjalanan itu meliputi kawasan luas seperti seluruh Semenanjung Malaysia.
Namun itulah cabaran yang digalas penuh semangat oleh Mohamad Asyraf Mohamad Radzi, seorang lelaki berusia 34 tahun dari Kemaman, Terengganu yang nekad merealisasikan impiannya.
Lebih menarik, jelajah solo ini tidak dilakukan pada waktu biasa, tetapi ketika bulan Ramadan. Satu tempoh yang mencabar dari segi fizikal dan mental bagi seorang pengembara solo.
Niatnya cukup menarik dan unik – ingin merasai sendiri kemeriahan Ramadan di pelbagai masjid di seluruh negara. Dari suasana berbuka puasa hingga ke solat tarawih bersama komuniti tempatan di setiap lokasi.
“Saya sudah lama terfikir untuk melaksanakannya kerana ingin merasai suasana berbuka puasa di masjid yang berbeza. Bukan apa, misi jelajah masjid ini juga untuk merasai suasana berbuka dan tarawih di tempat orang,” jelas Asyraf dalam satu temu bual bersama SinarPlus.
Lebih istimewa, seluruh perjalanan ini dilakukan dengan kereta Perodua Kancil miliknya. Sebuah model kereta ikonik dunia automotif tempatan yang sarat nostalgia rakyat Malaysia.
Ads
Dengan kelajuan sederhana, namun semangat luar biasa, Kancil itu menjadi teman setia merentasi 2,100 kilometer dalam masa 11 hari. Perjalanannya bermula dari Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan pada 10 Mac lalu.
GUNA SIMPANAN SENDIRI
Dalam tempoh itu, Asyraf sempat menjejakkan kaki ke pelbagai negeri termasuk Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan akhirnya menamatkan perjalanannya di Masjid Sultan Idris Shah II, iaitu Masjid Negeri Perak.
Apa yang lebih mengagumkan, seluruh projek ini dibiayai sendiri hasil wang simpanan peribadi.
Menurutnya, dia membelanjakan kira-kira RM600 untuk hotel dan RM442 untuk minyak sepanjang perjalanan. Satu jumlah yang cukup berpatutan untuk sebuah pengembaraan yang penuh kenangan dan nilai spiritual.
Ads
“Pada masa yang sama, saya ingin menunjukkan budaya berbuka puasa di masjid yang berlainan. Secara tidak langsung, ia dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk bersama mengimarahkan masjid,” tambahnya lagi.
Bagi Asyraf, ini bukanlah kali pertama dia menguji kekuatan jentera kecilnya itu. Sebelum ini, dia pernah melakukan perjalanan sejauh 3,700 kilometer ke Khao Yai, Thailand. Di mana ketika itu mewakili Retrojavoc Malaysia—satu komuniti pencinta kereta retro.
“Kereta Kancil ini sebenarnya sangat dekat di hati majoriti rakyat Malaysia dan walaupun sudah diubah suai, ia masih mampu bergerak jauh.
Ads
“Kos pun murah dan mampu milik. Bagi saya, ini lebih kepada minat dalam dunia sukan permotoran, tetapi pada masa yang sama mahu menunjukkan kebolehan kereta sambil beribadah,” tambahnya dengan bangga.
Jelajah Ramadan Mohamad Asyraf bukan sahaja membuktikan ketahanan mental dan fizikal seseorang, malah menyerlahkan bagaimana minat terhadap permotoran boleh selari dengan amalan ibadah.
Ia adalah pengembaraan spiritual dalam bentuk yang cukup unik—berpaksikan semangat, keberanian dan keikhlasan hati seorang lelaki bersama kereta kecilnya yang membawa misi besar.
Kredit: SinarPlus
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan sikap mesra rakyat yang cukup terkenal di kalangan rakyat terutamanya warga Johor. Keprihatinan serta sentiasa menjaga kebajikan rakyat membuatkan baginda cukup disayangi. Itulah DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Menerusi perkongsian daripada Facebook baginda, Sultan Johor telah berkenan mengurniakan sebanyak 10 buah kereta Perodua MyVi kepada 10 orang jurrawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Pengurniaan yang cukup bermakna buat 10 barisan hadapan itu adalah sebagai tanda menahirkan penghargaab dan sumbangan serta khidmat mereka kepada Baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor.
Menerusi perkongsian tersebut salah seorang penerima kurniaan tersebut merupakan Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin. Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan setinggi-tinggi kasi kepada Baginda Tuanku Sultan diatas kurniaan tersebut.
“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.
“Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan DYMM Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (29 September).
Kenderaan berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn. Bhd di Larkin, Johor Bahru oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan.
Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.
“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor,” katanya.
Dunia kini seakan lumpuh apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana ingin mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Di beberpa negara yang memiliki jumlah rakyat yang ramai serta padat berdepan dengan cabaran yang sangat besar bagi memastikan pergerakan orang awam terkawal.
Disebabkan itulah usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka mengharapkan seberapa banyak bantuan yang ada. Sebagai contoh di India yang mempunyai seramai kira-kira 1.39 billion penduduk dengan beberapa bandar utamanya seperti New Delhi dan Mumbai berkepadatan tinggi.
Melihatkan keadaan semakin meruncing bintang Bollywood legenda, Shah Rukh Khan tampil memberikan bantuan. Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan telah menawarkan ruang pejabat berupa bangunan empat tingkat milik syarikat mereka untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Shah Rukh Khan & isteri, Gauri Khan memainkan peranan mereka membantu negara dalam keadaan meruncing.
Perkara ini disahkan oleh Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) yang mengucapkan terima kasih kepada dua figura besar industri lakonan di India kerana menyumbangkan bangunan empat tingkat sebagai langkah memperluakan lokasi kuarantin dan stor simpanan keperluan perubatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Shah Rukh Khan & Gauri Khan yang menawarkan ruang pejabat empat tingkat dan membantu meluaskan kapasiti kuarantin terutamanya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.
“Tindakan yang mulia di saat yang sangat memerlukan!”
Terdahulu, Shah Rukh Khan turut mengumumkan sumbangan kepada PM-CARES Fund, Chief Minister’s Relif Fund if Maharashtra, Delhi and West Bengal. Malah menteri kabinet Maharashtra turut mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Shah Rukh Khan menerusi Twitter di atas sumbangan besar beliau.
Inilah dia betul-netul hero bukan hanya di layar perak sahaja. Semoga menjadi teladan buat kita semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kemunculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan yang kelihatan makin ceria, sudah cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Malah menerusi sebuah video yang dimuat naik, Faisal yang lebih mesra disapa Mickey turut berkongsi beberapa perkara yang boleh menjatuhkan seorang pemain bola sepak.
Menurutnya, punca utama kejatuhan seorang pemain bola sepak adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang mempengaruhinya ialah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.
“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri.
“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.
Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Faisal, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi kembali.
Terdahulu, bapa seorang cahaya mata itu telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah, pada 5 Mei lalu.