
Setiap hari jam 5 petang kita semua pasti berdebar-debar menantikan sidang media tentang kondisi terkini COVID-19 daripada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Sehingga kini trend jumlah jangkitan agak stabil dan mula menunjukkan kesan yang baik selepas 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara.
Jumlah kematian juga tidaklah terlalu tinggi di negara kita berbanding negara-negara lain. Malah kadar kematian Malaysia hanyalah 1.6% iaitu antara yang terendah di dunia dan serantau berbanding Indonesia 8.5% dan Filipina 5.6%.
Ketika artikel ini ditulis negara kita mencatatkan sebanyak 76 kes kematian. Manakala 66 berada di unit rawatan rapi dengan 37 daripada jumlah itu terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan.
PALING BERISIKO
Dan majoriti kes kematian pula berlaku di kalangan warga veteran dan berusia. Warga emas (65 tahun keatas) jika dijangkiti dengan virus ini, mempunyai risiko besar untuk mendapat komplikasi serius dan kematian.
Oleh itu, sekiranya tiada keperluan mendesak, warga emas adalah individu yang WAJIB untuk terus berada di rumah.

BERIKUT APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN
1) Jika tinggal berjauhan anda boleh mengirimkan bekalan makanan atau ubatan yang dibeli secara online kepada anak jiran. Begitu juga bekalan makanan.
2) Sentiasa pastikan bekalan ubat-uabatan yang selalu diambil ibu bapa sentiasa mencukupi untuk sekurang-kurangnua 2 minggu.
3) Pesan kepada mereka untuk menolak sebarang ketibaan ziarah atau tetamu ke rumah.
4) Berikan peringatan berulang kali dengan telefon atau video call tentang bahaya bersalam dan berada dalam kedudukan dekat dengan orang lain sepanjang tempoh PKP.
5) Nasihatkan mereka untuk jauhi tempat yang ramai orang serta sesak.
6) Jelaskan dengan baik mengapa mereka perlu berbuat semua perkara di atas.

Percayalah tempoh sekarang anda memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan kesedaran, semangat serta tumpuan kepada mereka sepanjang negara berdepan dengan krisis wabak COVID-19.
5 Setting FB Ini Boleh Bantu Anda Ketatkan Privasi Akaun, Ramai Tak Tahu Rupanya

Tahukah anda laman media sosial paling popular di dunia iaitu Facebook pertama kali dilancarkan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004? Malah perjalanannya untuk memajukan aplikasi yang mengubah lanskap sosio budaya, ekonomi dan pemasaran di dunia ini pernah difilemkan menerusi ‘The Social Network’.
Sejak diperkenalkan, Facebook telah melakukan penambahbaikan, perubahan dan corak navigasi content terhadap penggunanya. Jika suatu ketika dahulu ia hanya digunakan untuk kenalan di Internet, kini Facebook telah berubah menjadi sebuah platfor pelbagai kegunaan.
Malah sukar nak digambarkan bagaimana kehidupan harian kita sekarang tanpa kewujudan Facebook.
Sesuai dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan dari semasa ke semasa, terdapat tetapan atau setting yang ada banyak gunanya tapi sering dipandang sepi oleh ramai orang.
MASKULIN ingin kongsikan beberapa setting yang boleh anda terokai untuk pengalaman menggunakan laman media sosial ini ke tahap lebih baik.
PERANTI LOG IN
Kadang-kadang anda akan log in akaun Facebook ke merata tempat. Contohnya bila menggunakan komputer di pejabat atau di telefon pintar ahli keluarga atau kenalan lain. Mungkin kadang-kadang anda terlupa nak log oit. Di sini anda boleh lihat peranti mana yag masih aktif dengan akaun Facebook anda. Anda boleh log out semuanya di sini.
Klik
Setting> Security and Login > Where You’re Logged In
PENGESAHAN LEBIH KETAT
Jika anda rasa was-was dengan sistem sekuriti yang ditawarkan, usah risau kerana Facebook turut menawarkan two-factor authentication. Apabila akauan anda log in di pernti yang asing, Facebook secara otomatik akan meminta kata laluan. Anda boleh tetapkan kata laluan ini di bahagian;
Setting > Security and Login > Two-factor authentication
BACA: Tip Beli Telefon Pintar Secara Online Agar Tak Jadi Mangsa Scam
BANTUAN RAKAN
Pernah tak terfikir jika anda tak dapat log in ke akaun sendiri? Atau mungkin anda secara tiba-tiba tak dapat log in atas sebab-sebab lain? Usah risau kerana anda boleh memilih 3 hingga 5 orang yang dipercayai untuk dimasukkan dalam senarai istimewa ini. Mereka boleh menghantar kod dan URL untuk membantu anda log in semula.
Setting > Security and Login > Setting up extra security
THROWBACK KENANGAN LAMA
Ini fungsi yang membolehkan anda melakukan throwback dengan rakan-rakan Facebook yang lain. Contohnya anda ingin lihat interaksi dengan isteri pada zaman mengorat dahulu sampai sekarang. Pergi ke profilenya kemudian klik ‘See Friendship’. Segala perbualan interaksi posting, video dan foto akan keluar di sini.
TETAPKAN POSTING DI TIMELINE
Dengan lambakan informasi dariada rakan-rakan dan juga page yang anda ‘like’ pastinya ia sangat banyak sekali. Malah dengan algoritma yang diperkenalkan Facebook, tak semua posting yang akan muncul di timeline.
Jika anda ingin posting rakan atau page keluar di timeline ada tetapan yang boleh anda lakukan. Setting tersebut ialah ‘See First’. Ia bermakna posting dari akauan ini akan keluar dahulu di timeline. Manakala tetapan ‘Close Friend’ pula akan memberikan notifikasi jika terdapat sebarang update dari mereka.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda pengalaman menggunakan Facebook dengan lebih baik dan selamat. Selamat mencuba!
Elak Gaduh Adik-Beradik Tentang Pembahagian Tanah Pusaka Banyak Nama Dengan Ikut Cara Peguam Ini

Isu pembahagian tanah pusaka di kalangan adik-beradik banyak kita dengar dan baca di dada akhbar. Ini terjadi kerana adanya ahli yang ingin mengaut keuntungan melalui penjualan tanah pusaka tanpa pengetahuan keluarga.
Bukan itu sahaja, masalah ini juga terjadi kerana tiadanya maklumat sempurna dan cara terbaik untuk menguruskan tanah pusaka ini agar ia dapat dinikmati bersama.
BACA: Ini Cara Mudah Hapuskan Pepijat, Tangani Ia Sebelum Menular Lebih Banyak Di Rumah
Isu tentang tanah pusaka ini telah dikupas secara terperinci oleh seorang Peguam Hartanah, Salkukhairi Abd Sukor melalui perkongsiannya di Facebook.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan & membangunkan tanah tersebut. Bahkan ia mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebabkan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-agihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahagikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang. Jangan fikir untuk untung jangka masa pendek sahaja.
BACA: Rumah Anda Terdedah Kepada ‘Penghuni Tidak Diundang’ Jika Abaikan Beberapa Perkara Ini
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding berebut hak serta bahagian yang sekangkang kera tersebut.
Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Wallahuallam.
Terima kasih.
Tip Mohon & Semak Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Untuk Golongan B40, M40 & Bujang

Penularan wabak COVID-19 telah secara langsung menjejaskan kehidupan seharian kita. Malah ia juga diramalkan bakal memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi negara.
Namun kita bertuah kerana kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelbagai pakej bantuan stimulus ekonomi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Salah satu daripada pakej tersebut merupakan pembayaran one-off wang tunai kepada dua golongan yang layak dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Mereka ialah yang terdiri daripada golongan berpendapatan dalam kategori B40 dan M40.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Berikut adalah info lanjut tentang BPN, kelayakan, serta cara membuat permohonan.
KUMPULAN B40
Pendapatan isi rumah kurang RM4000 sebulan
- Bayaran pertama RM1,000 (April)
- Bayaran kedua RM600 (Mei)
Bujang sekurang-kurangnya berusia 21 tahun berpendapatan kurang RM2000 sebulan
- Bayaran pertama RM500 (April)
- Bayaran kedua RM300 (Mei)
Boleh melakukan semakan di laman sesawang berikut: https://bsh.hasil.gov.my/
NAMUN
Kepada anda yang pernah mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini tidak perlu mengisi apa-apa permohonan. Wang aka dikreditkan ke akauan anda sama seperti BSH dahulu.
Jika tidak pasti anda boleh kemaskini nombor akaun di laman sesawang di atas. Dan jika sebelum ini tidak pernah mendapat BSH tetapi anda dalam ketegori ini kemukakan permohononan bermula hari ini, 1 April 2020.
KUMPULAN M40
Pendapatan isi rumah kurang di atas RM4000 ke RM8000 sebulan
- Bayaran pertama RM500 (April)
- Bayaran kedua RM500 (Mei)
Bujang sekurang-kurangnya berusia 21 tahun berpendapatan di atas RM2000 hingga RM8000 sebulan
- Bayaran pertama RM250 (April)
- Bayaran kedua RM250 (Mei)
Anda boleh melakukan semakan status di https://ez.hasil.gov.my/
Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang telah ditetapkan.
CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BPN
Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.
Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Bagi yang belum mendaftar atau tiada nama dalam rekod, anda boleh mula membuat permohonan bermula 1 April 2020 di ketiga-tiga laman web di atas SAHAJA.
MAKLUMAN TAMBAHAN
– Jika anda penerima BSG, tidak perlu telefon atau semaksecara online. Tunggu wang akan dikreditkan terus ke akaun.
– Jika anda bukan penerima BSH tapi dalam kumpulan M40 yang membayar cukai dan merasakan layak untuk terima bantuan tidak perlu telefon atau semak secara online. Hanya tunggu wang dikreditkan sahaja.
– Dan jika anda tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas bermakna anda tergolong dalam kumpulan T20. Tidak perlu buat apa-apa, duduk di rumah sahaja.