Bagi memastikan berat turun, penting untuk anda timbang berat badan. Namun ada ketikanya anda kecewa kerana keputusan selepas timbang berat badan berbeza-beza.
Kajian oleh National Weight Control Registry (NWCR) menunjukkan menimbang berat badan sepanjang dalam fasa mengawal berat badan dapat membantu melawan kenaikan berat badan.
Kajian ini juga menunjukkan individu yang tidak menimbang berat badan secara rutin berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan sekali lagi. Namun bagaimanakah cara dan waktu sesuai untuk anda menimbang berat badan.
1. Untuk mendapatkan keputusan berat badan yang tepat, anda haruslah berdiri dalam keadaan yang stabil. Pastikan anda tidak bergerak, berjingkit, menaikkan satu kaki atau bersandar pada sesuatu.
2. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah pada waktu pagi terutamanya selepas anda membuang air kecil tetapi sebelum anda makan atau minum.
10 KESILAPAN MASA TIMBANG BERAT
Bagi memastikan anda mendapat berat badan yang tepat, jangan buat 10 kesilapan ini. Jika tidak, anda mungkin kecewa melihat keputusan berat badan anda yang berubah-ubah.
Ads
1. Timbang setiap hari
Elak timbang berat badan setiap hari kerana ia akan menambahkan tekanan tertekan apabila anda melihat hasil berat badan yang tidak memuaskan.
2. Timbang pada waktu malam
Jangan menimbang berat badan pada waktu malam lebih-lebih lagi selepas waktu makan kerana ini merupakan waktu di mana berat badan paling maksimum berbanding waktu pagi.
3. Timbang masa emosi tak stabil
Ketika emosi anda tidak stabil, elak timbang berat badan. Pada waktu ini badan mudah menyerap lebih banyak air sehingga memungkinkan berat badan anda bertambah sehingga 1-2 kilogram.
Ads
4. Guna alat penimbang berlainan
Pastikan anda timbang berat badan dengan penimbang yang sama. Jangan gunakan penimbang yang berlainan kerana ia akan menyebabkan kiraan berat badan anda berubah-ubah.
5. Beli alat penimbang yang murah
Banyak penimbang murah tidak memberikan bacaan berat badan yang tepat. Jangan kedekut untuk melaburkan duit membeli alat penimbang yang bagus. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, lebih baik anda memilih penimbang lemak badan kerana ini memberikan maklumat lengkap berapa banyak lemak yang telah dikurangkan.
6. Pakai kasut & pakaian tebal
Ketika nak menimbang berat badan, seelok-eloknya dilakukan tanpa mengenakan pakaian. Namun jika anda mahu memakai pakaian, pastikan pakai pakaian yang ringan tanpa kasut. Ini kerana pakaian yang tebal akan mempengaruhi keputusan berat badan anda.
Ads
7. Timbang lepas sesi senaman yang berat
Ada tidak perlu menimbang berat badan selepas sesi senaman kerana ketika ini badan akan berpeluh dengan banyak. Ini sekali gus menyebabkan badan kehilangan air dan berat badan akan turun sedikit.
8. Letak di permukaan tak rata
Pastikan alat penimbang berat berada di atas permukaan yang rata agar bacaannya tidak lari dan tepat.
9. Timbang ketika haid
Elak menimbang berat badan ketika anda datang haid kerana pada waktu ini terdapatnya gangguan hormon yang mungkin merubah keputusan berat badan anda.
Kalau tak nak berat badan makin naik, ubahlah cara pemakanan anda. Kaji balik apa yang boleh dimakan dan apa yang perlu ditolak tepi. Jangan asyik ikut nafsu makan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai menyangka ‘demam’ filem adiwira terutamanya dari Marvel Studio seakan sudah tidak menyengat seperti dulu lagi. Selepas melepasi filem epik ‘Avengers: End Game’, filem-filem berikutnya kelihatan sedikit suram.
Namun tahukah anda bahawa itu hanya persepsi semata. Hakikatnya filem-filem dri Marvel Cinematic Universe masih lagi mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mempunyai peminat setia yang tersendiri.
Filem terbaru MCU yang akan menemui penonton di pawagam ialah ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’ yang dijadualkan ditayangkan pada pertengahan bulan ini. Pelakon utamanya, Paul Rudd meneruskan tugas cemerlangnya dengan membawakan watak Scott Lang/Ant-Man.
Paul Rudd yang diberikan gelaran ‘Sexiest Man Alive 2021’ dilihat tampil dengan sosok badan yang cukup mantap. Buat seseorang yang usianya yang bakal mencecah 54 tahun tidak lama lagi penampilan Paul Rudd cukup mengagumkan.
Apakah rahsia pelakon yang sinonim dengan filem-filem komedi seperti ‘Wet Hot American Summer’, ‘Anchorman’ dan ‘Knocked Up’ ini?
TRASFORMASI PROFESIONAL
Dalam satu temu bual bersama Men’s Health, Paul Rudd menyatakan sebelum berlakon di dalam filem Marvel Studio badannya tidaklah seperti sekarang. Malah untuk membuka baju pun dia malu dan amat jarang dilakukan. Jika dibuat pun hanyalah untuk sketsa komedi.
Selepas berjaya mendapatkan watak untuk filem ‘Ant-Man’, dia secara profesional mula melakukan transformasi untuk menjayakan karakter adiwira tersebut.
Apabila ditanya apakah raksia rutin senaman dan juga diet amalannya, Paul Rudd tidak memberikan jawapan panjang lebar. Jelasnya apa yang paling penting ialah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
Selepas mendapatkan waktu tidur yang baik barulah dia melakukan senaman dan rutin kecergasan yang lain.
REAKSI TERSENDIRI
“Ada orang bertanya apakah pelan pemakanan yang saya amalkan. Minuman apa yang saya minum? Adakah mengambil karbohidrat? Atau adakah anda ada ‘cheat day? Jawapan saya mudah saya. Apa yang paling penting ialah tidur yang mencukupi. Jika dapat tidur yang baik selama lapan jam, kita boleh lakukan apa sahaja!” tambahnya lagi.
Setiap pagi selepas bangun tidur Paul Rudd akan minum secawan kopi. Kemudian dia meneruskan senaman kardio sebelum makan pagi. Dia juga melakukan senaman angkat berat dalam tiga kali seminggu.
Dia juga menjelaskan bagaimana dia telah banyak mempelajari tentang fizikalnya dengan apa yang dimakan. Setiap makanan yang diambil memberikan reaksi tersendiri dalam melakukan senaman.
Itulah rahsia yang diamalkan oleh Paul Rudd. Tidur itu sangat penting!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi kebanyakan anda yang sebelum ini telah bekerja dari rumah selama kira-kira setahun lebih akibat wabak COVID-19, memasuki semula pejabat juga satu cabaran yang dirasakan.
Pernahkah anda merasa badan sangat penat dan kejung walaupun duduk di kerusi sahaja? Itu bermakna badan anda kurang cergas dan kurang bersenam. Sebaiknya setiap pagi lakukanlah senaman paling kurang pun 20 minit sahaja.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa set senaman yang mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.
MASKULIN yakin ramai di antara anda mesti akan luangkan sedikit masa menggunakan telefon pintar sebelum tidur dalam keadaan berbaring.
Kalau sekejap itu biasanya tak mendatangkan masalah. Tapi bayangkan jika anda berbaring mengiring dan menggunakan telefon pintar; sebagai contoh bermain pemainan video berjam-jam lamanya.
Tahukah anda perbuatan ini hanya memberikan kesan buruk kepada kondisi belakang anda?
Ramai yang suka guna telefon pintar sambil berbaring malah sampai tertidur pun ada!
Dalam satu kes yang pernah berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Taiwan. Dia mengadu sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh pada bahagain belakang. Risau dengan keadaan itu ibunya membawa ke hospital untuk mengetahui punca sakit tersebut.
Selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar Ortopedik, keputusan X-ray tulang belakangnya ternyata sangat memeranjatkan kedua-dua beranak ini.
Mana tidaknya, tulang belakang gadis ini mempunyai 50 darjah lengkungan! Doktor menjelaskan masalah tersebut mungkin berpunca daripada tabiat pesakit suka bermain handphone sambil baring mengiring.
Pasti ramai antara anda yang buat macam ni kan? Menurut sumber posisi tersebut memberi tekakan berlebilan pada sisi kanan, terutamanya pada lumbar vetebrae dan thoracic vetebrae seseorang. Lagi menjadi teruk apabila gadis tersebut jarang bersenam membuatkan otot teras dalam badan tidak mampu untuk menampung postur badan gadis tersebut untuk masa yang lama.
Selain itu, gemar bermain telefon bimbit sambil tunduk juga boleh menyebabkan tulang belakang bengkok.
Jadi sama-samalah kita beringat selepas ini ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.