Antara cara untuk mengukur tahap kebuncitan adalah gunakan pita ukur. Dari situ kita dapat periksa berapa jauh perut kita ke hadapan dengan jayanya. Kalau terlalu buncit, memang kena guna 2 pita ukur jawabnya.

MASKULIN sempat bertanyakan kepada seorang lelaki iaitu Khairuldean Abd Kadir tentang usahanya untuk menguruskan badan serta mengamalkan gaya hidup sihat. Masa yang sama dia juga sangat gembira kerana tidak perlu guna 2 pita ukur untuk mengukur perutnya.

Antara highlight utama adalah bagaimana dia tidak boleh menggunakan tandas awam kerana badannya yang terlalu besar.

BACA: ‘Nak Kurus Mudah, Tapi Nak Maintain Lagi Susah’, Lelaki Ini Kongsi Cara Kekalkan Berat 70 Kg Daripada 110Kg

Ikuti perkongsiaanya di bawah ini.

1. Gemar minum air manis

Ketika saya belajar master di universiti saya suka sangat makan fast food then kerja saya pula melibatkan berhadapan dengan laptop jadi kurangnya pergerakan makin bertambah  gemuklah saya dan juga suka minum air manis seperti nescafe susu adakalanya sampai 3 kole satu hari pagi, tenghari dan malam semata-mata untuk buat saya terjaga.

IKLAN

Saya juga suka makan makanan ringan dan apabila saya minum air manis tersebut dari situ berat saya makin bertambah

2. Mula berubah kerana sukar untuk lakukan aktiviti harian

Perkara yang membuatkan saya ingin turun berat badan apabila saya nak berjalan dr bilik ke ruang tamu pun susah, jangan cerita jika saya ingin membuang air besar di tandas awam lagi la susah sebab badan saya yang besar disitu saya berazam untuk turun berat badan.

Permulaan saya berdiet adalah selepas saya membaca semua maklumat dari internet yang saya jumpa dimana permulaannya saya berhenti minum minuman manis tukar kepada minuman air kosong atau air mineral dengan banyak

IKLAN

3. Tukar cara pemakanan

Selepas itu kuantiti makanan saya juga saya cuba kurangkan contohnya dahulu saya suka makan ayam goreng 3 ketul sekali makan, ketika saya ingin berubah saya cuma ambil 2 ketul sahaja.. jadi permulaan diet saya hanyalah mengurangkan kadar pengambilan makanan saya harian

kongsi tipsnya adalah dengan minum air kosong dengan kuantiti yang banyak dan makan buah untuk menghilangkan ketagih benda manis contoh pisang

4. Terdapat perbezaan bentuk badan

Perbezaan bulan pertama pada saya adalah bacaan meter pengukur saya berkurangan dr 65inch (sambung dua pite ukur) kepada 63 inch kalau x salah perubahan yang agak drastik bagi saya ketika itu. dan saya merasakan badan lebih mudah bangun dan bergerak

IKLAN

senaman permulaan saya adalah bergerak, minggu pertama saya mula saya hanyalah bergerak dirumah mengikut kemampuan saya kebiasaannya dalam 5 minit dan rehat dalam 2-3 minit dan bergerak lagi. permulaan 15 minit satu hari selang beberapa hari saya berjaya melakukan sehingga 30 minit dan minggu ke tiga jika tidak salah saya. saya mula pergi ke tempat jogging untuk berjalan selama mampu yang saya bole tetapi stop pada 30 minit

saya sekarang tidak lagi melihat pada berat badan tetapi pada kekuatan dan kemampuan saya untuk mengangkat berat pada squat, bench press dan sebagainya, tetapi target saya adalah 80-85kg dgn body fat percentage 20% +-

5. Aktiviti lain yang dibuat untuk diet & cubaan turunkan berat badan

saya memilih satu sukan yang saya minat dan cuba cabar diri saya sentiasa selain itu juga mengikuti perkembangan fitness serta orang2 yang berkecimpung dengan fitness serta rakan2 yang gemarkan aktiviti lasak dan juga bersenam

BACA: ‘Kalau Kurus, Tak Perlu Edit Gambar’, Bapa Anak 2 Ini Kongsi Tip Kurus Dari Saiz XL Ke S

6. Rujukan untuk kurus

Rujukan saya banyak tetapi yang utama FB Kesihatan Susu Sejat serta Tip kesihatan daripada Kevin Zahri

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI