Foto: DBKL

Perkataan ‘viral’ kini sering didagangkan di laman media media sosial untuk melariskan perniagaan. Salah satu jenis perniagaan yang sering menggunakan perkataan ini ialah perniagaan makanan.

Sifat viral atau tular dilaman media sosial sebenarnya kalau dipraktikkan dengan betul boleh membantu peniaga-peniaga kecil untuk menjana pendapatan dengan labih baik. Di sinilah peranan pempengaruh boleh membantu perniagaan peniaga-peniaga kecil.

Tapi bagaimana pula jika sesebuah perniagaan itu tular di atas perkara yang tidak berapa elok dipandang masyarakat?

Jika anda aktif menggunakan laman media sosial TikTok pasti tahu akan kewujudan sebuah premis perniagaan makanan manisan Arab dikenalis ebagai khunafa di Bukut Bintang.

Kedai Khunafa Viral Diarah Tutup Serta Merta, Rupanya Tiada Lesen Sah
Foto: DBKL

Premis menjual khunafa dan manisan arab itu telah beberapa kali tular kerana aksi pelanggan menari dan berjoget. Terbaru, premis itu telah diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Banadaraya Kuala Lumpur yang menjalankan pemantauan ke atas premis tersebut.

Menerusi kenyataan yang turut dikongsi di Facebook DBKL semalam, pihak mereka menjalankan tindakan khas task force di sekitar Bukit Bintang.

Jelas DBKL, Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.

IKLAN

Kedai Khunafa Viral Diarah Tutup Serta Merta, Rupanya Tiada Lesen Sah

Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

Hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada Sabtu lalu di premis terbabit.

Dalam operasi yang telah dijalankan itu, satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL dan premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta merta (SEALED) dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

IKLAN

Selain itu, dalam operasi yang sama DBKL turut menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis yang lain.

Kedai Khunafa Viral Diarah Tutup Serta Merta, Rupanya Tiada Lesen Sah
Foto: DBKL

Hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis tersebut telah meletakkan 2 meja kayu bulat dan 4 kerusi diatas siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.

Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan 1 notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam dibawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Banggunan 1974.

Kedai Khunafa Viral Diarah Tutup Serta Merta, Rupanya Tiada Lesen Sah
Foto: DBKL

Rata-rata warganet terutamanya rakyat Malaysia memuji dan menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh DBKL.

IKLAN

Malah ada yang menyeru pihak berkuasa suapaya mengheret orang tempatan yang bersubahat dalam membenarkan perkara seperti ini berlaku.

Apatah lagi ia berlaku di kawasan yang terbuka dan sangat popular di ibu kota. “Tindakan harus berterusan di Bukit Bintang kerana ia menjadi sarang warga asing berniaga tanpa lesen!” jelas satu komen warganet di perkongsian DBKL tersebut.

Kredit: DBKL

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI