Bayangkan karakter seorang lelaki yang tegas. Wajahnya sentiasa serius tak kira masa. Siapa sahaja yang melihatnya pasti tak berani nak bertentang mata.
Itulah karakter seorang lelaki tegas yang kerap kali sering disalah anggap. Walhal mereka juga seperti lelaki lain. Mempunyai jiwa penyayang yang kadangkala melebihi daripada orang lain.
Ramai wanita menganggap lelaki tegas sukar untuk menunjukkan emosinya secara luaran. Adakah disebabkan dengan karakter yang lagaknya seperti jantan menyebabkan lelaki tegas dianggap begitu?
Walaupun wanita sering dianggap sebagai ‘manusia paling kompleks namun lelaki juga tidak kurang karenahnya. Kadangkala lelaki sukar untuk mengungkapkan kata
-kata romantis dan sayang kepada pasangannya. Namun itu tak bermakna dia tak sayang.
Entri ini khusus buat wanita yang mungkin berteka-teki adakah lelaki itu sayang atau tak padanya. Ketahuilah jika dia mempunyai ciri-ciri yang MASKULIN kongsikan di bawah ini, maknanya kasih dan sayang lelaki itu memang benar!
1.
Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2.
Apabila muncul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3.
Sering bertanya khabar menerusi WhatsApps atau laman media sosial. Walaupun kadangkala tak terbalas, namun dia tak kisah. Itu lelaki itu sentiasa memikirkan kekasihnya.
Ads
4.
Boleh menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat.
5.
Sentiasa boleh hiburkan hati teman wanita yang resah dan gundah. Dia juga sentiasa bersungguh melakukan apa jua untuk menggembirakan pasangannya.
6.
Wanita sering kali salah anggap bahawa pasangan mereka kaki bebel sedangkan dia hanya ingin memberi nasihat. Ingat, jika dia tegur itu bermakna dia sangat sayang.
7.
Bila sudah sayang, fobia kehilangan pasangan pasti ada. Begitu juga lelaki, jia dia ada menyuarakan kebimbangan itu bermakna dia memang sangat sayang kepada pasangannya.
8.
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
Ads
10.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11.
Sekiranya teman lelaki sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12.
Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13.
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14.
Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15.
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Ads
16.
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Air nabeez adalah minuman beralkali, yang mampu menolong membuang kelebihan asid pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Juga membantu badan untuk menyingkirkan toksin yang berbahaya didalam tubuh dalam kata lain berguna sebagai detox.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan/menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa dan juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
Cara membuat air nabeez :
Rendam beberapa butir kurma (sebagusnya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak didalam segelas air. Alangkah baiknya dibuat pada waktu petang menjelang malam dan pastikan gelas rendaman kurma tersebut tertutup rapat. Keesokkan paginya (8 hingga 12 jam setelah perendaman), air rendaman baru boleh diminum & buah kurma hasil rendaman yang telah lembut boleh dimakan.
Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez adalah kurma ajwa. Tapi kalau tidak ada kurma ajwa boleh menggunakan buah kurma yang lain. Kalau ingin membuat air nabeez dengan menggunakan buah kismis pun boleh. Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air. Dan dibiarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.
Kalau ingin meminum air nabeez di waktu pagi hari, siapkan rendaman kurma/kismis pada petang menjelang malam. Dan kalau ingin meminum air nabeez di waktu malam, buatlah rendaman kurma /kismis di waktu pagi hari (8 hingga 12 jam perendaman).
Sebaiknya, hanya menggunakan satu jenis buah saja kurma atau kismis. Air nabeez bila tersimpan didalam peti ais boleh bertahan 1 hingga 2 hari. Tetapi dilarang meminum air rendaman kurma/kismis yang sudah memasuki lebih dari 3 hari, kerana akan terjadi proses fermentasi, yang menjadikan air rendaman kismis/kurma tersebut menjadi arak dan hukumnya haram untuk diminum.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman pagi merupakan antara perkara wajib yang harus anda lakukan sebelum anda pergi kerja.
Ini senaman yang boleh anda lakukan setiap pagi. Sekurang-kurangnya tak ada lah anda rasa bersalah sangat apabila anda telan semua makanan yang penuh dengan kalori itu.
#1: Push up
Kami nasihatkan anda luangkan masa 2 minit untuk lakukan senaman ini. Anda pun tahu kelebihan push up kan? Ia dapat membantu mengurangkan lemak di perut dan kuatkan otot pada lengan.
Untuk beri efek yang menarik pada gambar OOTD anda pump sedikit badan anda. Baru banyak like!
#2: High knee
Sebelum anda ke tempat kerja, ataupun melakukan apa-apa aktiviti harian, apa kata anda lakukan senaman ini sebanyak 3 set dengan 15 rap.
High knee boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak secara berterusan walaupun anda sedang melakukan kerja menaip di pejabat.
#3: Burpees
Senaman ini berfungsi sama seperti High Knee. Ia dapat meningkatkan metabolisme di samping membakar lemak secara berpanjangan.
Jadi jika anda sedang menikmati nasi lemak atau nasi berlauk di waktu makan tengan hari pun, lemak anda masih membakar.
#4: Squats
Senaman ini anda boleh lakukan semasa mandi. Ataupun ketika badan anda penat duduk menghadap pc di pejabat. Ambil masa sikit untuk anda bersenam. Tak banyak pun dalam 30 rap dah cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama melebihkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolesterol. Selain kurang bersenam, berat badan berlebihan dengan lemak yang tertumpu di bahagian perut dan pinggang meningkatkan kadar trigliserida dan menurunkan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik.
Namun, segelintir orang memiliki kadar kolesterol yang tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Ini disebabkan faktor keturunan yang mempengaruhi masalah kolesterol tinggi.
Sekiranya ada ibu atau bapa yang mempunyai kadar kolesterol tinggi, maka besar kemungkinan anak mewarisi masalah itu. Hiperlipidemia adalah terma merujuk kepada gangguan genetik yang mengakibatkan aras lipid (lemak, kolesterol dan trigliserida) yang tinggi dalam darah. Semua lipid ini boleh menembusi dinding arteri dan meningkatkan risiko pembentukan aterosklerosis atau arteri mengeras yang menyumbang kepada serangan jantung dan strok.
Risiko arteri mengeras ini lebih tinggi jika seseorang itu kuat merokok, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang. Dianggarkan lebih tiga juta orang menghidap gangguan genetik ini di Amerika Syarikat dan Eropah. Malah, penyakit ini sangat biasa dalam kalangan penduduk di negara maju diikuti mereka yang mengamalkan pemakanan Barat dengan kandungan lemak yang tinggi.
5 FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASULAR BERPOTENSI MEMBAWA MAUT
1.Berlebihan berat badan atau obesiti
Risiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliserida darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes.
2.Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi meningkatkan beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah.
3.Paras kolesterol darah tinggi
LDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi), sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi. Makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat.
4.Paras glukosa darah yang tinggi
Orang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Paras glukosa rendah dan paras glukosa sewaktu berpuasa yang terganggu meningkatkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, kerintangan insulin berkait rapat dengan obesiti dan orang menghidap diabetes sering menghidap tekanan darah tinggi dan merekodkan paras kolesterol yang tidak sihat. Gabungan faktor risiko terbabit meningkatkan keberangkalian penyakit kardiovaskular dalam kalangan penghidap diabetes.
5.Merokok
Merokok, seperti tekanan darah tinggi, juga merosakkan dinding arteri anda yang membawa kepada pembentukan plak. Bahan kimia di dalam setiap batang rokok juga menyebabkan darah
menjadi pekat dan membentuk darah beku di dalam arteri anda serta menjurus kepada penyakit kardiovaskular. Merokok sekotak rokok sehari boleh menggandakan risiko penyakit jantung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.