
Di bulan baik seperti ini, cerita beginilah yang cukup menyentuh hati kami di team MASKULIN. Dan cerita-cerita seperti inilah yang membuatkan kami berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Nasx Seth telah memuat naik beberapa siri foto bersama kisah pengalaman yang cukup menyentuh hati.
Menerusi perkongsian itu beliau menceritakan bagaimana dia dan beberapa penumpang beragama Islam yang lain berbuka puasa dengan makanan yang diberikan oleh dua orang bukan Islam.
Kisahnya ketika dalam perjalanan balik dari Langkawi ke Kuala Kedah, feri yang dinaiki telah mengalami kerosakan dan terpaksa berpatah balik. Disebabkan itu semua penumpang terpaksa tukar feri. Tapi malangnya waktu berbuka sudah masuk dan tiada sebarang makanan atau minuman boleh didapati.
BACA: Digelar Captain Marvel, Pilot Jelita Tular Gara-Gara Video Layan Rock Kapak Di Kokpit
Dengan semena-mena seorang wanita dalam pertengahan umur mula membuka bungkusan cokelat dan mula agihkan kepada penumpang beragama Islam untuk berbuka puasa. Jelasnya, wanita itu prihatin dan mahu mereka semua berbuka puasa.
Melihatkan tindakan itu seorang lelalki juga seorang berbangsa Cina yang berada di bekalang Nax Seth memberinya makanan KFC.
“You kena makan sebab puasa”.
Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi yang sangat baik daripada warganet. Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi lebih 5.3k dengan komen melebihi 2.5k.
Rata-rata melahirkan rasa kagum mereka dengan tindakan dua rakyat Malaysia yang sangat prihatin kepada mereka yang sedang berpuasa.
Tahniah! Inilah semangat muhibah Malaysia yang perlu kita raikan.
Sanggup Ketepikan Keperluan Demi Anak, Ini 10 Pengorbanan Yang Seorang Bapa Pernah Lalui

Kita pernah kecil dan dibesarkan dengan kasih sayang oleh kedua-dua ibu dan bapa. Mungkin ada yang kurang bernasib baik tetapi pasti kita ada merasainya.
Kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sepanjang hayat. Suatu masa dahulu mungkin kita tidak memahami namun setelah menginjak dewasa, kita berada di situ.
Masihkah anda ingat apa pengorbanan bapa kepada anda? Atau sebagai bapa, apa yang anda korbankan untuk anak anda sekarang?
Maskulin menyenaraikan 10 pengorbanan bapa yang rata-rata pernah melaluinya :
1. ‘Tipu’ isteri yang dia masih ada duit
Duit adalah perkara penting dalam menjalankan kehidupan sesebuah keluarga. Oleh sebab itu seorang lelaki yang bergelar suami dan juga bapa harus bekerja mencari rezeki.
Paling perit bagi lelaki, setelah membayar semua komitmen, baki yang tinggal dalam akaun tinggal nyawa-nyawa ikan. Apabila isteri tanya ada tak duit nak beli susu anak, si suami pasti akan berkata, “Abang masih ada duit untuk beli susu anak”.
2. Pentingkan anak berbanding rakan
Tidak dinafikan lelaki hidupnya memang mudah dan sangat enjoy. Namun apabila sudah bergelar bapa, kehidupan itu ditinggalkan perlahan-lahan.
Bukan bermaksud membuang rakan-rakan tetapi anak menjadi keutamaan dan pengorbanan itu adalah demi keluarga yang tercinta.
3. Ketepikan kehendak bapa
Setiap lelaki mempunyai hobi, cita-cita dan idaman yang tersendiri. Apabila sudah memiliki anak, keperluan anak-anaklah menjadi keutamaan si bapa.
Meski pun ada segelintir bapa kaki mengumpul mainan sebagai koleksi atau kaki games, semua itu diketepikan agar dapat membeli susu, pampers serta perut anak tidak berlapar.
4. Kurang tidur
Anak-anak yang semakin membesar, semakin aktif. Mereka yang memiliki anak pasti merasai pengalaman ini. Kita sudahlah penat bekerja seharian namun anak pula, aktif lain macam pada sebelah malam.
Suka atau tidak, ada bapa akan take over shift pada sebelah malam dan membiarkan isteri berehat terlebih dahulu demi menjaga keselamatan anak. Bukan apa, risau dia terjatuh kalau panjat sana dan sini.
5. Kena rancang untuk travel
Kalau dulu masa honeymoon, memang boleh pergi travel sana-sini dengan bebas dan cuba segala aktiviti yang mencabar.
Namun selepas ada anak, para bapa cuma boleh perhatikan sahaja segala aktiviti yang menyeronokkan itu.
Takkan nak tinggalkan isteri dengan anak berdua semata-mata nak puaskan kehendak kita. Lainlah kalau anak tu pun dah besar, boleh buat geng.
Lagi satu kalau hendak travel, segala keperluan baby harus lengkap dan tak boleh ada satu pun yang tertinggal.
6. Gambar anak semakin banyak
Masa bercinta, dalam phone penuh dengan gambar awek (isteri). Tetapi sekarang, gambar berdua pun dah jarang-jarang. Kalau ada banyak pun semua gambar selfie bertiga. Tak pun semua gambar anak. Kalau phone hilang, derita batin tu!
7. Rindu suara anak
Bapa yang selalu travel atas urusan kerja pasti rindu nak dengar suara anak. Kalau isteri call, tak dengar suara anak.. boleh jadi tak puas. Sebabnya suara anak memang boleh hilangkan rasa stress.
8. Makan berkongsi
Dulu sepinggan, boleh balun makan sorang-sorang. Sekarang ini.. apa yang kita makan, itulah yang anak-anak pun nak makan sama. Maka, bapa akan suap anak berdasarkan apa yang dimakan.
9. Ubah selera
Selain berkongsi makan, bapa juga perlu ubah selera. Misalnya dulu si bapa jenis suka makan pedas-pedas, masin dan masam melampau, selera itu kena neutralkan. Bukan apa, rasa tak syok kalau ada perhatikan saja apa yang kita makan tetapi tak boleh rasa sama.
10. Kurang masa bersama isteri
Bagi yang ada anak kecil, bapa biasanya sudah kurang masa untuk bermanja dengan isteri. Mana tidaknya, dua-dua penat. Jadi selepas anak tidur, ibu dan bapa pun tidur bersama sampaikan tak sempat untuk ‘bersama’.
Apa-apa pun, anak itu adalah kurniaan yang terindah bagi pasangan yang berkahwin. Bagi yang belum ada, usah risau.. Tuhan janjikan sesuatu yang lebih indah. Insya’Allah..
Lelaki Ini Kongsi Formula Guna Aircond Cara Betul Kalau Nak Jimat Elektrik!

Tidak dinafikan aircond merupakan antara barangan elektrik yang boleh menyumbang kepada bil bulanan yang membebankan. Apatah lagi bila cuaca panas, sudah tentu anda lebih selesa habiskan masa di rumah dalam ruang yang sejuk.
Bila lama sangat pasang aircond, pasti bil bulanan anda akan melambung tinggi. Silap-silap boleh juling mata tengok jumlah bil elektrik yang anda perlu bayar setiap bulan.
Seorang pengguna Facebook, Fazlie Idris berkongsi formula menggunakan aircond dengan cara yang betul sekali gus membantu anda menjimatkan elektrik tanpa menjejaskan keselesaan.
BACA: Mudahnya Nak Bersihkan Aircond, Boleh Buat Sendiri Hanya Guna Remote!
Aircond. Yang ni memang ramai yang salah cara penggunaan.
Yang mana aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu dari penggunaan aircond.
1. Beli aircond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu.
Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12’x10’. [(12’x10’) x 60] / 9000 = 0.8HP.
Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.
Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.
2. Gunakan aircond yang ada teknologi inverter.
Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik. Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni.
Bagi yang guna inverter ni, tak payah la nak gatal on off aircond tu kerap sangat. Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4jam.
3. Setkan aircond pada cara yang betul.
Yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat. Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu.
Let say 23 deg C, kipas set level 2 out of 4. Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30 minit ke 45 minit. Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4).
Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on. So kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain.
So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kompresor akan kerja lebih. Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.
BACA: Ini Sebabnya, TNB Nasihat Guna Suhu Aircond 24-26 Darjah Celsius Masa Cuaca Panas!
4. Jangan selalu on dan off.
Ini biasa berlaku bila tido. Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik. Ingat! Aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.
5. Service aircond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.
Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun. Dah keluar kos yang bukan-bukan.
Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.
Pakaian Bundle Dari Sisi Agama, Adakah Perlu Basuh Terlebih Dulu Atau Tak Perlu?

Suatu ketika dahulu ramai yang memandang sebelah mata kepada pakaian terpakai atau lebih popular dengan panggilan bundle.
Mereka anggap memakai baju bundle tak ada ‘kelas’ dan ada juga rasa geli untuk memakainya. Namun tahukah anda bahawa terdapat sesetrngah pakaian bundle mempunyai nilai jual semula yang sangat tinggi?
Jika rezeki anda, tak mustahil anda dapat jumpa pakaian daripada koleksi rare jenama-jenama tertentu. Begitu juga koleksi baju ‘band‘ retro yang dikeluarkan pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Dan kini populariti pakaian bundle sudah tidak menjadi perkara asing terutamanya penggemar fesyen. Di mana-mana sahaja kita boleh jumpa pakaian bundle hatta di pasar malam sekali.
Tak kurang juga kedai-kedai pakaian vintaj semakin banyak muncul menawarkan pakaian edisi terhad pelbagai jenama yang didapati daripada bundle.
Tapi timbul persoalan, adakah pakaian bundle ini perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum kita memakainya? Dan adakah ia wajib dilakukan?
Sebuah posting tentang perkara ini telah diulas dengan cukup baik menerusi page Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original). Dan ulasan ini turut disertakan dengan hujah-hujah dari petikan ayat suci Al-Quran.
Jadi adakah kita perlu basuh dulu pakaian bundle? Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah:
Pakaian Bundle : Wajibkah Dibasuh Terlebih Dulu?
Islam sangat mementingkan kebersihan kerana syariat mengajar dan memerintahkan umat Islam mendahulukan kebersihan pada segenap aspek kehidupan.
Firman Allah swt :
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
artinya : “Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang selalu bertaubat dan menyukai orang-orang yang selalu membersihkan diri.” (Al-Baqarah : 222)
Apabila ada pada pakaian kita suatu najis atau kotoran maka hendaklah dibersihkan kerana memakai pakaian yang bersih dari najis dan kotoran itu adalah perintah syarak.
Firman Allah swt :
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
artinya : “Dan pakaianmu itu maka hendaklah kamu bersihkan”. (Al-Muddatthir : 4)
Jika kita membeli pakaian terpakai dan ada padanya kotoran atau najis atau pakaian tersebut belum lagi dibersihkan olih penjualnya maka hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum memakainya supaya dapat dipastikan kita berada dalam kebersihan dan kesucian.
Jika najis yang mengenai pakai tersebut adalah najis mughallazah maka wajib dibersihkan dengan air tanah sekali dan air bersih enam kali. Dan pakaian yang terkena najis selain mughallazah maka memadai dibasuh dengan air bersih sekali.
Ada pun jika pakaian terpakai itu sudah dibersihkan sebelum dijual dan tidak ada kotoran atau sebarang najis pada pakaian terpakai tersebut maka tidaklah ada kewajipan utntuk membersihkannya.
Begitu juga jika was-was yang pakaian itu mungkin sahaja kotor atau kena najis yang tidak bersandarkan kepada bukti maka tidak disyaratkan membasuhnya terlebih dulu sebelum memakainya.
Firman Allah swt :
مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
artinya : “Allah tidak sekali-kali hendak menyusahkan akan kamu semua dan tetapi Allah hendak menjadikan kamu semua bersih dan supaya sempurna nikmat-Nya atas kamu mudah-mudahan kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Maidah : 6)
Tetapi jika dibasuh juga selepas membelinya tanpa terbukti ada najis atau kotoran hanya semata-mata untuk lebih yakin maka itu adalah elok.
Kesimpulan:
- Jika baju terpakai itu sudah bersih dibasuh olih penjual dan tiada tanda-tanda terkena kotoran atau najis maka tidak wajib membasuhnya sekali lagi.
- Jika memang ada najis atau kotor maka wajib dibasuh supaya bersih.
- Jika dibasuh bukan kerana ada najis atau kotoran tetapi semata-mata supaya lebih yakin akan kebersihannya maka adalah elok.
Wallahua’lam
BACA: Bahaya Jemur Pakaian Dalam Rumah, Ini 5 Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu!
Perkongsian asal di Facebook: