Selain perut sixpack, lelaki juga impikan otot lengan yang mantap dan berotot sebagai simbol lelaki gagah.

Jangan bimbang jika anda kategori lelaki yang berlengan ‘kuyu’ dan tidak mantap kerana dengan melakukan senaman secara rutin, anda juga boleh miliki lengan berotot.

Sebenarnya untuk membentuk otot lengan adalah lebih mudah berbanding anda ingin membentuk otot pada perut dan dada.

Tanpa menggunakan peralatan khusus, senaman membentuk otot lengan ini boleh dilakukan di rumah asalkan ia dilakukan secara konsisten.

IKLAN

Berikut adalah empat senaman yang boleh anda lakukan untuk membesarkan otot lengan agar tampak lebih tegap dan kekal ‘seksi’.

1. Arm circle

Lengan ‘Kuyu’ Pun Boleh Jadi Mantap & Berotot Jika Rajin Lakukan Senaman Mudah Ini Secara Rutin!Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanya dengan mengangkat beban berat? Sebenarnya anda boleh berlatih senaman arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah dengan berdiri secara tegak dan rentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu, pusingkan lengan agar membentuk huruf O dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali dalam empat set.

IKLAN

2. Push up

Lengan ‘Kuyu’ Pun Boleh Jadi Mantap & Berotot Jika Rajin Lakukan Senaman Mudah Ini Secara Rutin!Push up sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin berotot. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu, naik dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Lakukan secara bertahap, misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika anda sudah biasa.

3. Concentration curl

Lengan ‘Kuyu’ Pun Boleh Jadi Mantap & Berotot Jika Rajin Lakukan Senaman Mudah Ini Secara Rutin!Latihan penting lain yang perlu anda buat adalah concentration curl iaitu latihan angkat beban. Caranya, anda duduk dan rentangkan kaki. Setelah itu, letakkan lengan di hadapan paha lalu angkat dumbbell yang ada di hadapan anda.

IKLAN

4. Pull up

Lengan ‘Kuyu’ Pun Boleh Jadi Mantap & Berotot Jika Rajin Lakukan Senaman Mudah Ini Secara Rutin!Bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah bergantung pada palang yang mendatar dan pastikan tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu, angkat tubuh anda ke atas hingga dada lurus sebaris dengan palang yang anda pegang. Latihan ini sememang agak berat. Namun untuk latihan awal, anda lakukan sebanyak lima kali dahulu dan teruskan hingga 10 kali setelah anda sudah biasa.

Empat latihan ini jika anda lakukan secara rutin boleh membentuk otot lengan agar kelihatan mantap proporsional seperti Chris Hemsworth. Selain bersenam, jangan lupa mengambil pemakanan yang sihat dan bergizi untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot pada lengan anda.

Kot la nak ushar barangan sukan yang best-best, boleh KLIK SINI

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI