Image by Freepik

Realiti kehidupan pada zaman sekarang ialah kita sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan sama ada di tempat kerja, menguruskan perniagaan atau pun hal-hal berkaitan keluarga di rumah.

Kadangkala sampai nak makan pun ramai di antara kita sampai terlupa. Sesetengah pula bukannya terlupa tetapi sengaja melengah-lengahkan waktu makan kerana lebih pentingkan perkara yang disebut tadi.

Walhal makan pada waktu yang sesuai telah lama terbukti bukan sahaja baik untuk kesihatan malah memberikan pengurusan masa yang baik.

Makan Lewat Malam Terbukti Boleh Jadi Punca Berat Badan Naik, Ini Penjelasannya!
Image by DCStudio on Freepik

Kita beruntung kerana pada era ini pelbagai jenis makanan dijual walaupun pada waktu lewat malam. Bahkan ia menjadi trend pula terutamanya di kalangan orang muda untuk makan lewat. Walhal perkara itu sebenarnya boleh menjadi punca berat badan naik.

Makan larut malam boleh membawa risiko kepada kesihatan. Apabila makan pada waktu lewat malam, tubuh badan tidak akan mempunyai banyak masa untuk mencernakan makanan dengan baik sebelum tidur.

KESAN KETARA KEPADA KESIHATAN

MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian yang dilakukan oleh Dr Samhan, figura pakar perubatan yang cukup popular di laman media sosial.

IKLAN

Menurutnya selain menyebabkan berat badan bertambah, makan pada lewat malam juga boleh memburukkan kesihatan metabolisme. Ia boleh merosot dengan mudah lalu menjelaskan mengapa berat badan amat mudah untuk naik.

Selain itu kadar gula dalam badan juga boleh meningkat, meningkatkan risiko sakit jantung, meningkatkan tahap asid refluks, mempengaruhi konsentrasi dan menjejaskan kualiti tidur.

Lalu perkara-perkara ini boleh menjadi punca kepada masalah serius seperti peningkatan berat badan, gangguan tidur dan pencernaan yang tidak selesa.

IKLAN

RISIKO PENYAKIT KRONIK

Amalan makan lewat malam juga boleh meningkatkan risiko penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Tambahnya lagi, waktu paling sesuai untuk makan malam ialah sebelum jam pukul 7. Ini kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan malah menghalang kita dari makan ketika tidak lapar atau terlalu banyak sebelum tidur.

BACA: Badan Naik Mendadak Jika Ada Tabiat Makan Seperti Ini

IKLAN
Makan Lewat Malam Terbukti Boleh Jadi Punca Berat Badan Naik, Ini Penjelasannya!
Image by Dragana_Gordic on Freepik

Berikut merupakan beberapa manfaat jika tidak makan selepas pukul 7 malam.

1. Bantu diet dan penurunan berat badan dengan baik
2. Tidur lebih lena
3. Kurang rasa pedih ulu hati
4. Badan akan rasa lebih sihat
5. Jantung lebih tahan lama

Selain itu MASKULIN juga berpendapat andai kata anda perlu juga makan lebih lewat dari biasa pilihlah makanan ringan mudah dicerna. Ia sangat penting untuk memberikan tubuh waktu yang mencukupi untuk mencerna makanan sebelum tidur untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan anda.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kesihatan anda.

@maskulinmy Aksi mantap anak muda berusia 16 tahun dari Sarawak ini telah mengejutkan ramai pihak. Tahniah Johan Ghazali atau Jojo. Lawan pun hanya mampu duduk tak terkata. #maskulin #majalahmaskulin #gymbro ♬ Epic Orchestra – Red Cat Blue

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI