Ads

Kajian Dapati Makanan Ultra Diproses Buat Hilang Kawalan Makan Walaupun Sudah Kenyang

makanan

Dalam dunia moden hari ini kita dikelilingi dengan segala macam aspek perkara yang ekspres. Contohnya, makanan ultra-diproses yang kini bukan sekadar pilihan mudah malah betrtukar menjadi amalan pemakanan yang rutin.

Makan burger segera sebelum kerja, minuman bergula sebagai ‘fuel’, snek berperisa ketika gaming, mi segera lewat malam.

Semua ini nampak seolah biasa dan praktikal. Tapi satu kajian terbaru mendedahkan sesuatu yang lebih gelap di sebaliknya. Ia boleh membuatkan remaja dan dewasa muda terus makan walaupun tubuh sebenarnya sudah tidak lapar.

Kajian Dapati Makanan Ultra Diproses Buat Hilang Kawalan Makan Walaupun Sudah Kenyang

Kajian dari Virginia Tech ini bukan sekadar statistik biasa. Ia membongkar bagaimana makanan ultra-diproses berpotensi ‘rewire’ tabiat makan, khususnya dalam kalangan remaja dan orang muda yang masih berada dalam fasa pembentukan gaya hidup.

Kajian Ketat, Bukan Eksperimen Longgar

Seramai 27 peserta lelaki dan perempuan berumur 18 hingga 25 tahun terlibat dalam kajian ini. Mereka melalui dua fasa diet selama dua minggu setiap satu. Setiap seorang mengikuti satu diet tinggi makanan ultra-diproses dan satu lagi diet yang langsung tidak mengandunginya.

Bezanya? Kedua-dua diet ini disamakan secara ekstrem dari segi nutrisi — kalori, protein, karbohidrat, lemak, serat, gula tambahan, ketumpatan tenaga, malah vitamin dan mineral. Tiada ruang untuk alasan ‘sebab lebih gula’ atau ‘sebab lebih kalori’.

“Kami mereka bentuk diet ini dengan sangat ketat, memadankan 22 ciri pemakanan termasuk makronutrien, serat, gula tambahan, ketumpatan tenaga serta pelbagai vitamin dan mineral,” jelas Profesor Brenda Davy dari Jabatan Pemakanan Manusia, Makanan dan Senaman Virginia Tech.

Maksudnya jelas. Jika ada perubahan tabiat makan, puncanya adalah tahap pemprosesan, bukan faktor lain.

Remaja Lelaki Lebih Mudah ‘Tewas’

Selepas setiap fasa diet, peserta dibenarkan makan secara bebas dalam sesi sarapan berbentuk bufet. Di sinilah ‘perangai sebenar’ tubuh mula terserlah.

Ads

Apabila data dianalisis mengikut umur, kumpulan 18 hingga 21 tahun menunjukkan corak yang membimbangkan. Selepas diet tinggi makanan ultra-diproses, mereka mengambil lebih banyak kalori, walaupun tidak menunjukkan tanda lapar.

Sebaliknya, kumpulan 22 hingga 25 tahun kekal lebih terkawal.

“Kumpulan umur yang lebih muda mengambil lebih banyak kalori daripada makanan ultra-diproses walaupun mereka sebenarnya tidak lapar,”  tambah ahli sains saraf Alex DiFeliceantonio yang juga penolong profesor di Institut Penyelidikan Bioperubatan Fralin Virginia Tech.

Ini bukan soal ‘lapar mata’. Ini soal kehilangan keupayaan tubuh untuk membaca isyarat sendiri.

Kajian Dapati Makanan Ultra Diproses Buat Hilang Kawalan Makan Walaupun Sudah Kenyang

Bila Makan Bukan Sebab Lapar

Makan tanpa lapar adalah red flag besar. Ia bermaksud otak tidak lagi mendengar isyarat kenyang, sebaliknya bertindak balas terhadap rangsangan seperti rasa, bau, tekstur, serta kepuasan segera.

Ads

Dalam jangka pendek, ia mungkin nampak remeh. Tapi dalam jangka panjang, tabiat ini adalah laluan terus ke:

  • pengambilan kalori berlebihan
  • kenaikan berat badan senyap
  • ketagihan makanan tertentu
  • masalah metabolik

Bagi lelaki muda, ini sangat kritikal. Usia 18 hingga awal 20-an adalah fasa di mana tabiat makan, disiplin diri dan hubungan dengan makanan sedang ‘dikodkan’.

BACA: Penting Tahu! Lindungi Jantung Anda Dari Serangan Ketika 2 Waktu Kritikal Ini

Ultra-Diproses: Musuh Senyap Gaya Hidup Aktif

Ramai lelaki aktif, gym-goers dan pencinta sukan menyangka mereka selamat selagi bersenam.

Tapi kajian ini memberi amaran jelas: latihan fizikal tidak membatalkan kesan tabiat makan yang rosak.

Makanan ultra-diproses mungkin tidak terus menaikkan berat badan dalam masa dua minggu. Namun, ia mengajar tubuh untuk makan tanpa sebab. Bila ini menjadi kebiasaan, kawalan diri mula terhakis.

Ads

Bukan Semua Yang Mudah Itu Selamat

Kajian ini bukan menyuruh anda buang terus burger atau snek kegemaran. Tapi ia menuntut kesedaran.

Kajian Dapati Makanan Ultra Diproses Buat Hilang Kawalan Makan Walaupun Sudah Kenyang

Untuk lelaki terutamanya yang masih muda atau remaja, makanan ultra-diproses bukan sekadar ‘cheat meal’ tetapi ia boleh menjadi pencetus tabiat makan yang sukar dipatahkan.

Dalam dunia lelaki moden yang laju, kuat dan kompetitif, kawalan diri adalah aset. Dan kawalan diri itu bermula dari apa yang kita suap ke dalam mulut, bukan bila perut lapar, tapi bila otak masih waras.

Sumber: Science Daily

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads

Dr Mohammed Taufiq Johari Menteri Belia & Sukan, Simbol Kepimpinan Lelaki...

Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, simbol kebangkitan kepimpinan lelaki generasi baharu Malaysia.