Dalam dunia modifikasi kereta, tinted atau filem penapis haba memang jadi ‘aksesori wajib’ untuk ramai lelaki yang mementingkan gaya dan privasi. Tapi dalam keghairahan nak nampak macho di jalan raya, ramai yang terperangkap dalam permainan licik runner dan syarikat pemasang tinted.

Terbaru, PUSPAKOM sendiri terpaksa tampil beri penjelasan – siap dengan amaran keras!

“PUSPAKOM Tak Pernah Ada Piawaian Tinted Sendiri”

Isu ini meletup selepas muncul dakwaan daripada sebuah jenama filem penapis haba popular yang menyatakan produk mereka ‘mematuhi JPJ tapi tidak mematuhi PUSPAKOM’. Hah? Macam mana pula boleh lulus JPJ tapi kantoi dengan PUSPAKOM? Macam tak masuk akal, kan?

“Mana Ada ‘Standard PUSPAKOM’ Untuk Tinted!” – CEO Beri Amaran Keras

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan dan tidak berasas. Menurut beliau, PUSPAKOM hanya mengikut spesifikasi JPJ semasa menjalankan pemeriksaan. Tiada langsung istilah “standard tinted PUSPAKOM” seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ads

“Kami hanya ikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ dan laksana ujian secara konsisten. Tak pernah ada ‘syarat tambahan’ dari PUSPAKOM,” tegas Mahmood dalam satu kenyataan rasmi.

VLT – Istilah Yang Lelaki Maskulin Patut Ambil Tahu

Apa sebenarnya yang menyebabkan tinted lulus atau gagal? Jawapannya: VLT – Visible Light Transmission. Ia merujuk kepada kadar cahaya tampak yang boleh menembusi cermin. Kalau tak cukup cerah, memang automatik akan gagal.

Ads

Masalah timbul bila kenderaan datang dari kilang dengan cermin yang sudah gelap. Bila ditambah dengan tinted walaupun yang ‘dijamin lulus JPJ’, VLT jadi terlalu rendah – lalu gagal ujian. Sebab itu ada kes di mana tinted ‘kononnya lulus JPJ’, tapi tetap tak lepas pemeriksaan PUSPAKOM.

“Mana Ada ‘Standard PUSPAKOM’ Untuk Tinted!” – CEO Beri Amaran Keras

Ads

Jangan Jadi Mangsa Runner & Ejen Licik

Satu lagi isu panas yang dibangkitkan adalah tindakan runner atau ejen tertentu yang guna nama PUSPAKOM untuk menakut-nakutkan pemilik kereta. Ada yang sengaja reka cerita, kata tinted tak ikut ‘standard PUSPAKOM’, lalu paksa pelanggan buka tinted atau bayar lebih untuk ‘uruskan lulus’.

Mahmood menegaskan bahawa penipuan sebegini mesti dihentikan. Nama PUSPAKOM tak boleh dijadikan alasan untuk menjustifikasikan kegagalan pemeriksaan atau untuk kaut untung lebih.

Jadi, Apa Lelaki Maskulin Perlu Buat?

  1. Fahamkan spesifikasi JPJ:

    • Cermin hadapan (windscreen): VLT minimum 70%

    • Cermin sisi hadapan: VLT minimum 50%

    • Cermin sisi belakang & belakang: Tiada had

  2. Buat pemeriksaan awal sendiri – Banyak bengkel atau pusat tinted ada alat khas untuk semak VLT sebelum pasang tinted.

  3. Elak guna runner tak sah – Jangan ambil jalan pintas, sebab kesannya boleh jadi panjang.

  4. Tanya, bukan terima bulat-bulat – Bila ada ejen cakap “ini tinted ikut standard PUSPAKOM”, minta bukti hitam putih. Jangan mudah percaya.

Dalam bab ubah suai kereta ni, ilmu adalah perisai terbaik. Jangan sampai kereta kau yang bergaya, tapi dokumen tak lepas, kena saman pula nanti. Kalau nak kereta nampak ‘ganas’ dengan tinted gelap, pastikan kau tahu batasan undang-undang. Gaya tak salah, tapi gaya dengan integriti – itu baru MASKULIN.

BACA LAGI : Lee Zii Jia Kongsi Ilustrasi Pelik, Tukar Gambar IG Jadi Hitam

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads