mandi malam paru-paru
Foto: freepik - www.freepik.com

Rasanya dalam kehidupan seharian kita pasti tiak dapat lari daripada pantang-larang yang kadangkala kita ikut tanpa mengetahui dari mana asal-usulnya. Ya, benar. Tidak semua pantang-larang terutamanya daripada generasi terdahulu itu karut. Namun seiring perkembangan kemajuan perubatan moden kita harus menelitinya dengan baik. Antaranya ialah tentang mandi pada waktu malam.

Penulis sendiri sejak dari kecil lagi sering diingatkan oleh orang tua untuk tidak mandi pada waktu malam. Ia kerana dikhuatiri akan menyebabkan paru-paru berair. Tapi sejauh manakah kebenaran tentang tersebut?

Sebenarnya orang kita memang ada banyak pantang-larang dalam soal mandi ini. Antaranya yang lain kalau mandi basahkan kepada dahulu boleh menyebabkan strok dan mandi ketika berpeluh boleh menyebabkan badan berpanau.

Mandi Malam Bukan Penyebab Paru-Paru Berair, Doktor Ini Kongsi Mitos Tentang Mandi
Foto: NIVEA USA

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook beliau. Menerusi perkongsian tersebut, beliau telah menjelaskan tentang beberapa mitos tentang mandi yang masih dipercayai oleh masyarakat sehingga ke hari ini.

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

5 PANTANG LARANG TENTANG MANDI

IKLAN

1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau

Mitos! Panau adalah jangkitan sejenis kulat pada kulit. Kulat ini memang hidup di permukaan kulit manusia, namun ia hanya menyebabkan panau apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti badan rendah, atau tubuh kekurangan gizi. Hakikatnya, jika berpeluh atau selepas mandi, anda tak keringkan badan, maka anda berisiko kena panau dan pengor.

2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit

Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Proses pencernaan tetap akan berlangsung, dan lemak tidak akan membeku hanya kerana penurunan suhu badan akibat mandian.

3. Basahkan kepala dulu menyebabkan strok

Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak, sama ada akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak. Tidak kisah air kena anggota mana dulu, tapi tak kawal hipertensi, diabetes dan masalah jantung, maka tetap berisiko kena strok

IKLAN

4. Menyebabkan paru-paru berair

Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak. Namun, jika anda menghidapi asma dan alah kepada sejuk, ia boleh menyebabkan serangan asma.

5. Mandi lama² ketika pantang bersalin sebabkan bentan

Mitos. Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau badan masuk angin. Luka perineum atau perut jika bersalin melalui pembedahan Cesarean, perlu dijaga dengan baik. Jangkitan pada luka boleh menyebabkan demam. Selain itu, perlu makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan & Perubatan

IKLAN

——————————————————–

Banyak rupanya mitos tentang perkara ini cukup dipercayai masyarakat. Semoga dengan pencerahan dari Dr Kamarul ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk kita semua. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak perkongsian daripadanya, boleh follow beliau di sini.

Jangan lupa juga untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah.

Kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI