Banyak orang menghindari kacang dengan alasan dapat menyebabkan jerawat pada wajah, benarkah? Untuk mendapatkan jawabannya, Anda perlu mengetahui dulu apa kandungan dari kacang dan asal usul jerawat.
Kacang yang dibahas disini adalah kacang tanah, sebagai kacang yang paling banyak diperjualbelikan di pasaran. Untuk mengonsumsinya bisa disangrai, goreng atau rebus. Menurut dr. Irene Trisbiantara (TanyaDok), kacang tanah mengandung lemak (40-50%), protein (27%), karbohidrat, lesitin, kolin, asam amino, vitamin (A, B, C, D, E, dan K), serta mengandung mineral antara lain calcium, chlorida, ferro, magnesium, phospor, kalium, dan sulphur. Bahkan protein yang terkandung pada kacang tanah lebih banyak daripada yang ada pada daging, telur, dan kacang kedelai.
Ads
Secara umum, kacang tanah memiliki manfaat bagi tubuh sebagai berikut:
Membantu meningkatkan kesuburan
Mengurangi stres
Meningkatkan memori
Mengontrol kadar kolesterol
Menurunkan resiko penyakit jantung, kanker dan tumor
Ads
Beberapa penelitian di American Academy of Dermatology dan Colorado State University Department of Health and Exercise, jerawat tidak disebabkan karena kacang. Penelitian juga dilakukan pada satu kelompok dengan mengurangi gula dan makanan yang memiliki karbohidrat tinggi. Hasilnya kelompok ini tidak ada yang berjerawat sejak memakan makanan berprotein yang dimasak secara tradisional.
Lalu mengapa ada yang berkata kacang penyebab jerawat? Kacang memang dapat memicu jerawat karena kandungan lemak dan proteinnya yang tinggi sehingga dapat memicu kelenjar minyak. Namun perlu dilihat kembali gaya hidup anda akhir-akhir ini, apakah anda memang berjerawat hanya karena kacang atau karena stres? Hal ini terjadi bila anda memakan kacang secara berlebihan atau tidak diimbangi zat lain yang diperlukan tubuh. Segala sesuatu yang berlebihan tentu tidak baik. Maka itu makan kacang dapat menyebabkan jerawat hanya mitos belaka.
Ads
Petua Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kenapa lelaki suka tengok wanita ‘natural beauty. Pernah tak kita perasan, ramai lelaki lebih tertarik dengan wanita yang nampak semula jadi dan tidak terlalu bergantung kepada solekan tebal?
Walaupun dunia kecantikan hari ini penuh dengan trend mekap, filter media sosial, dan rawatan estetik, ramai lelaki masih memilih wanita yang mempunyai kecantikan semula jadi atau ‘natural beauty.’ Kenapa agaknya? Jom kita kupas!
Lelaki biasanya sukakan sesuatu yang asli. Wanita yang tidak terlalu bersolek atau tampil secara natural lebih menampakkan keikhlasan dan kejujuran dalam penampilan. Mereka rasa lebih selesa apabila wanita tidak ‘bersembunyi’ di sebalik lapisan foundation tebal atau filter yang mengubah wajah secara drastik.
Makeup boleh mencantikkan wajah, tetapi ia bersifat sementara. Lelaki lebih menghargai kecantikan yang kekal, seperti kulit yang bersih, senyuman yang ikhlas, dan ekspresi wajah yang tulen. Mereka ingin melihat kecantikan sebenar pasangan mereka setiap hari, bukan hanya ketika keluar rumah atau menghadiri majlis tertentu.
Wanita yang selesa dengan wajah asli mereka sering kali memancarkan aura keyakinan yang kuat. Keyakinan ini sangat menarik di mata lelaki kerana ia menunjukkan bahawa wanita tersebut tidak takut untuk menjadi diri sendiri. Lelaki lebih tertarik kepada wanita yang yakin dengan penampilan mereka tanpa perlu bergantung kepada solekan berlebihan.
Kecantikan semula jadi sering dikaitkan dengan kelembutan dan keanggunan seorang wanita. Lelaki secara naluri tertarik kepada wanita yang kelihatan lembut, manis, dan bersahaja. Wanita yang berpenampilan natural juga sering kali dianggap lebih mudah didekati dan mempunyai sifat mesra yang membuatkan lelaki selesa.
Ada lelaki yang takut apabila seorang wanita terlalu bergantung kepada makeup kerana mereka rasa seperti sedang melihat ‘dua orang’ yang berbeza – satu ketika bersolek, satu lagi tanpa solekan. Bila seorang wanita tampil dengan kecantikan natural, lelaki lebih yakin bahawa apa yang mereka lihat adalah versi sebenar tanpa sebarang ‘topeng’.
Wanita yang menjaga kecantikan semula jadi dengan cara yang betul seperti menjaga pemakanan, bersenam, dan mengamalkan gaya hidup sihat selalunya mempunyai wajah yang lebih berseri secara semula jadi. Kulit yang bersih, rambut yang sihat, dan tubuh yang bertenaga lebih menarik di mata lelaki berbanding solekan yang hanya bertahan beberapa jam sahaja.
Lelaki biasanya lebih menyukai wanita yang bersederhana dalam segala hal, termasuk dalam soal kecantikan. Mereka tidak begitu tertarik dengan wanita yang terlalu obses dengan penampilan hingga sanggup mengubah wajah atau tubuh mereka secara berlebihan.
Lelaki juga sukakan wanita yang tidak terlalu mengambil masa lama untuk bersiap. Wanita yang tampil natural lebih mudah untuk keluar rumah tanpa perlu menunggu berjam-jam untuk bersolek. Ini menjadikan mereka nampak lebih santai dan tidak terlalu membebankan diri sendiri hanya untuk kelihatan cantik di mata orang lain.
Bukan begitu! Ramai lelaki masih menghargai mekap terutama jika ia digunakan dengan sederhana untuk menonjolkan kecantikan semula jadi seseorang. Mereka suka bila wanita tahu bagaimana untuk menjaga diri dan tampil kemas, tetapi tidak terlalu bergantung kepada solekan yang tebal sehingga mengubah wajah asal.
Lelaki tertarik kepada wanita ‘natural beauty’ kerana ia melambangkan keaslian, keyakinan, dan kejelitaan yang tidak dibuat-buat. Kecantikan yang datang secara semula jadi lebih tahan lama dan menunjukkan keperibadian yang tulus.
Namun, yang paling penting, kecantikan sebenar bukan hanya pada rupa, tetapi juga pada hati dan peribadi seseorang. Jadi, tidak kira sama ada seorang wanita suka memakai mekap atau lebih gemar tampil semula jadi, yang paling utama adalah mereka yakin dengan diri sendiri dan selesa dengan siapa mereka sebenarnya.
Sebab pada akhirnya, keyakinan diri adalah kecantikan yang paling menawan!
Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ikuti. Contohnya seperti elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Andainya anda nak elakkan daripada terkena penyakit seperti diabetis, jangan letakkan terlalu banyak gula dalam makanan ataupun minuman anda. Begitu juga hal penjagaan rambut.
Masalah yang sudah berlaku, kadangkala sukar untuk diselesaikan dan boleh juga menyebabkan kedatangan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti pantang-larang ini agar anda dapat menjaga dan memelihara rambut dengan baik. Jadi di sini, kami ingin kongsikan 6 pantang larang yang anda harus ikut seandainya anda mahu mengekalkan rambut yang sihat, segar dan menawan.
Jangan basuh rambut guna air panas
Membasuh rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut anda tidak bersinar, mengerekot dan mudah gugur.
Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin A dan D
Makanan seperti ikan dan sayur mengandungi banyak vitamin A dan D di mana ia membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
Bersenam
Dengan bersenam, anda akan melancarkan lagi pengedaran darah agar sampai ke kepala di mana ia membawa nutrient-nutrien yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara rambut dan kulit kepala anda.
Elakkan stres
Apabila anda stres, hormon kortisol akan meningkat dengan cepat dan seterusnya menyebabkan perubahan hormon yang mendadak lalu menyebabkan masalah keguguran rambut.
Elakkan minum minuman yang berkafein secara berlebihan
Kafein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan badan anda kekurangan zat besi dan akan menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan mudah gugur.
Elakkan menggunakan syampu yang banyak bahan kimia
Menggunakan syampu yang banyak bahan kimia boleh merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk menyihatkan rambut anda dan menghalang penumbuhan rambut yang sihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
6 CARA BUAT ANDA TIDAK AKAN MAHU MAKAN SELEPAS INI!
✓ Minum segelas air kosong
Jika kita terasa mahu makan lagi walaupun kita sudah pun mengambil makanan yang cukup, cuba minum segelas air kosong. Jika terasa nak makan lagi. Tambah segelas air kosong lagi. Apabila perut kita sudah penuh dengan air kosong kita tidak akan terasa nak makan lagi.
✓ Elakkan membawa makanan kegemaran
Elakkan beli dan bawa balik makanan ringan ke rumah. Selalunya nafsu makan kita tinggi bila berada di rumah. Seeloknya ganti makanan ringan dengan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
✓ Tipu minda anda
Tipu minda kita. Bayangkan kita hanya ketagih memakan makanan yang baik untuk kesihatan seperti roti berserat atau kacang.
✓ Makan Berkala
Makan lima ke enam kali sehari dalam kuantiti yang sederhana. Kita boleh membuat jadual pemakanan mengikut keperluan kalori kita untuk sehari. Elakkan makan ketika kita terlalu lapar. Bimbang kita akan makan terlalu banyak akibat terlalu lapar.
✓ Motivasi diri anda
Gunakan nota kecil. Tulis lah apa-apa yang boleh memotvasikan diri kita supaya tidak makan dengan banyak. Contohnya “Aku nak kurus…Aku nak jadi cantik…Aku tak kan makan terlalu banyak lagi”. Kemudian tampal di tempat yang kita selalu lihat seperti di cermin, peti sejuk atau dompet kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang