Wajah adalah ‘kad nama’ pertama setiap lelaki. Tak kira jawatan, kereta atau gaya, kalau kulit muka penuh jerawat dan berminyak macam kuali lepas goreng ikan mesti terus hilang aura maskulin.
Lagi-lagi kalau kerja dalam aircond, stres, dan tak cukup tidur. Semua tu ‘musuh senyap’ kulit si lelaki berkerjaya.
Nak kulit bersih tak semestinya jadi ‘skincare junkie’. Cukup ikut rutin simple tapi konsisten.
Ads
Kenapa Kulit Lelaki Banyak Minyak & Jerawat?
Hormon Testosteron Tinggi – Merangsang pengeluaran sebum berlebihan.
Aktiviti Harian – Panas, berpeluh, dan pencemaran menyumbat pori.
Stres Kerja – Hormon kortisol naik, kulit mula meragam.
Malas Cuci Muka – Ya bro, sabun badan tak sama dengan pencuci muka.
Rutin Penjagaan Muka Paling Basic Tapi Power
Masa
Langkah
Produk Dicadangkan
Pagi
Cuci + Moisturizer + Sunscreen
Gel pencuci (oil-control), krim pelembap ringan, sunscreen SPF 30+
Malam
Cuci + Toner + Spot treatment (jika perlu)
Toner bebas alkohol, krim jerawat salicylic acid
5 Tip Skincare Lelaki Berkerjaya
Pilih pencuci muka jenis gel – Elak sabun berbuih banyak, sebab ia keringkan kulit dan rangsang lebih banyak minyak.
Tuala muka asingkan dari tuala badan – Elak bakteria pindah dan buat jerawat makin parah.
Guna produk ada bahan aktif – Salicylic acid, niacinamide, dan clay mask bantu kawal sebum & pori tersumbat.
Minum air cukup – Kulit kering dari dalam juga boleh sebabkan overcompensate minyak.
Jangan picit jerawat! – Biar produk buat kerja. Tangan kotor cuma buat parut kekal.
Quick Checklist Lelaki Maskulin
✅ Muka tak berminyak macam cermin ✅ Jerawat tak tumbuh macam hutan ✅ Bau sabun badan tak digunakan untuk muka ✅ Tahu beza scrub badan dan exfoliator muka ✅ Tak malu sapu sunscreen sebelum keluar rumah
Menjaga kulit bukan ‘kerja perempuan’. Lelaki sebenar tahu nilai jaga penampilan — bukan sebab nak nampak ‘jambu’, tapi sebab yakin itu lambang disiplin dan keyakinan. Bila kulit bersih, kau tak perlu buat banyak untuk nampak segak.
Ads
Jadi bro, lepas ni jangan skip skincare. Kalau kau boleh jaga kereta dan jam tangan, kenapa muka sendiri kau abaikan?
Bukan hanya wanita saja yang nak ada jawline, lelaki pun teringin nak ada jawline tajam atau V persis model dan selebriti Korea. Sejak diperkenalkan sebagai ‘aset cantik’, ramai yang mengejar untuk mendapatkannya. Rahang yang berbentuk dan terletak elok boleh menghasilkan potret terbaik tidak kira dari pelbagai sudut.
Tulang rahang iaitu bahagian bawah muka bermula dari tepi dan bawah telinga sehingga dagu boleh berbentuk. Lebih sempurna jika ada yang memiliki tulang pipi yang tinggi berserta jawline yang tajam. Ia adalah kriteria yang biasanya menjadi idaman setiap lelaki yang mementingkan penampilan.
Ramai yang tertanya-tanya hanya individu tertentu sahajakah yang boleh memiliki jawline seperti mereka? Ada yang memilikinya secara semula jadi, bahkan ada juga yang memerlukan sedikit ‘senaman’.
Jom amalkan 6 teknik terbaik ini untuk anda tonjolkan rahang dan dapatkan jawline tajam.
1. Sentiasa senyum
Ternyata senyuman bukan sahaja mampu pembangkit mood malah menjadi antara senaman yang baik untuk mengejutkan otot-otot muka.
Teknik ini dapat memberi menghasilkan rahang agar lebih berbentuk. Caranya mudah, hanya perlu ketap gigi sambil tegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Kemudian lepaskan dan ulang semula sebanyak mana yang anda mampu. Lama-kelamaan anda akan nampak perbezaannya.
3. Buat bibir ikan/ fish lips
Comelkan apabila anda muncungkan bibir seperti ini untuk berswafoto tapi dalam pada yang sama, ia juga boleh membentuk otot di bahagian rahang. Pastikan anda buat sekerap yang mungkin!
4. Hapuskan double-chin
Buang dahulu lemak berlebihan di bawah dagu untuk memudahkan anda membentuk jawline tajam yang sempurna. Guna teknik ini untuk ucapkan selamat tinggal kepada dagu berlapis.
Makanan yang masin atau tinggi garam menjadi antara penyebab bentuk badan anda mudah menjadi ‘bengkak’ atau buncit. Jika ingin cantikkan muka, anda kena amalkan gaya pemakanan sihat yang menyeluruh.
Bukan sahaja pemakanan, malah gaya hidup juga merupakan faktor perubahan pada diri anda. Waktu tidur atau rehat yang tidak cukup boleh membuatkan muka nampak penat dan sembab. Jawline? Lupakan sahaja.
Bagi anda yang selalu menggunakan minyak wangi pastinya akan selalu ternampak perkataam EDP, EDT atau parfum pada botol minyak wangi.
Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume. Okay
ASAL-USUL DEFINISI
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini twerlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang pa;ing popular dan banyak terdapat dipasaran. Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kela minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wanbgi EDP. Walupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Eau de Parfum (EDP)
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembagan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan. Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Parfum
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Tip elak kulit wajah jadi kering ketika berpuasa. Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, tetapi bagi sesetengah lelaki, ia juga bulan di mana kulit wajah mula terasa kering dan kusam.
Tip Elak Kulit Wajah Jadi Kering Ketika Berpuasa
Perubahan rutin makan dan minum, kurangnya pengambilan air pada siang hari, serta cuaca panas boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan.
Jangan risau! Berikut adalah beberapa tip mudah dan praktikal untuk memastikan kulit wajah kekal sihat dan tidak kering sepanjang Ramadan.
1. Minum Air Secukupnya Selepas Berbuka Dan Sahur
Kunci utama untuk kulit yang sihat ialah hidrasi dari dalam. Bila kita berpuasa, badan kehilangan banyak air dan jika tidak cukup minum selepas berbuka, kulit akan mula kering dan mengelupas.
Cuba amalkan aturan 8 gelas air sehari dengan cara ini:
✅ 1 gelas selepas azan Maghrib
✅ 1 gelas selepas makan
✅ 1 gelas sebelum solat Isyak
✅ 1 gelas selepas solat Tarawih
✅ 1 gelas sebelum tidur
✅ 1 gelas selepas bangun sahur
✅ 1 gelas sebelum imsak
Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.
2. Gunakan Pencuci Muka Yang Lembut Dan Sesuai
Ramai lelaki menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka – ini satu kesilapan besar! Sabun badan biasanya mengandungi bahan yang terlalu keras untuk kulit wajah, menyebabkan ia semakin kering.
Pilih pencuci muka yang bebas alkohol dan sabun keras. Sebaiknya, cari pencuci muka yang mengandungi bahan seperti hyaluronic acid, glycerin atau aloe vera kerana ia membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Amalkan rutin ini:
☀ Cuci muka setiap pagi untuk buang minyak dan kotoran
🌙 Cuci muka sebelum tidur untuk hilangkan habuk dan peluh
3. Gunakan Pelembap Wajah
Ramai lelaki anggap pelembap hanya untuk wanita. Hakikatnya, pelembap adalah senjata utama untuk elak kulit jadi kering ketika berpuasa.
Gunakan pelembap yang ringan dan sesuai dengan jenis kulit anda:
Kulit berminyak → pilih pelembap berasaskan gel atau water-based
Kulit kering → pilih pelembap yang lebih tebal seperti krim
Kulit sensitif → pilih pelembap tanpa pewangi dan bebas bahan kimia keras
Sapukan pelembap selepas mencuci muka, terutama sebelum tidur.
4. Elakkan Mandi Air Panas Terlalu Lama
Mandi air panas memang sedap, terutama selepas penat seharian berpuasa. Tapi, air panas boleh menyebabkan kulit kehilangan minyak semula jadi, menjadikannya lebih kering dan merekah.
Sebagai alternatif:
🔥 Gunakan air suam atau air sejuk
🕒 Hadkan masa mandi kepada 5-10 minit sahaja
Jika tetap mahu mandi air panas, pastikan anda sapu pelembap selepas mandi untuk mengunci kelembapan kulit.
Apa yang anda makan juga memberi kesan kepada kesihatan kulit. Untuk elak kulit kering, pastikan diet anda mengandungi makanan yang tinggi lemak sihat dan antioksidan, seperti:
🥑 Avokado – kaya dengan vitamin E untuk kelembapan kulit
🐟 Ikan salmon atau sardin – tinggi Omega-3 untuk kulit sihat
🥜 Kacang badam dan walnut – sumber lemak sihat
🍉 Buah-buahan seperti tembikai, oren, dan strawberi – kaya dengan air
Cuba kurangkan makanan bergoreng dan bergula berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat kering dan kusam.
6. Pakai Pelindung Matahari (Sunscreen) Jika Keluar Rumah
Matahari boleh menyebabkan kulit lebih kering dan mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, jika anda banyak berada di luar rumah, pastikan anda pakai pelindung matahari (SPF 30 ke atas) sebelum keluar.
🌞 SPF 30-50 sudah mencukupi untuk kegunaan harian
🖐 Pilih sunscreen bebas minyak (oil-free) supaya tak rasa melekit
Jangan lupa pakai topi atau kaca mata hitam jika berada di bawah matahari terik.
7. Kurangkan Merokok Dan Kafein
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi juga menyebabkan kulit cepat kering dan berkedut. Nikotin dalam rokok menyekat aliran darah ke kulit, menjadikannya kurang mendapat oksigen dan nutrien.
Begitu juga dengan minuman berkafein seperti kopi dan teh, yang boleh menyebabkan dehidrasi jika diambil dalam jumlah berlebihan. Jika boleh, gantikan dengan air kosong atau jus buah tanpa gula.
Kesimpulan
Jaga kulit wajah ketika berpuasa bukanlah sesuatu yang susah, asalkan anda ada rutin penjagaan yang betul. Dengan minum air secukupnya, pakai pelembap, dan makan makanan yang sihat, anda boleh elakkan kulit jadi kering dan kusam sepanjang Ramadan.
Jadi, lepas ni jangan malas nak jaga kulit! Kulit sihat bukan sekadar untuk nampak tampan, tetapi juga tanda bahawa anda menjaga kesihatan diri dengan baik.
Semoga Ramadan kali ini lebih segar dan bertenaga!