Siapa tidak kenal dengan nama dan jenama Rizalman. Buat penggemar fesyen tempatan dan juga nusantara, nama tersebut cukup mekar di bibir. Apatah lagi setiap rekaannya sentiasa mencuri perhatian apabila digayakan selebriti terkenal mahupun kerabat di-Raja.
Selama 30 tahun beliau mencurahkan keringat, idea dan memartabatkan industri fesyen tanah air. Dan semalam kita dikejutkan dengan berita pengumuman beliau untuk bersara sebagai pereka fesyen serta-merta.
Figura berusia 49 tahun ini dilihat membuat keputusan tersebut menerusi satu posting video di laman Instagram kendaliannya. Ia merupakan rakaman ucapan beliau di sebuah majlis Kesuma Jiwa 2020.
Menerusi video berdurasi itu beliau meminta keizinan untuk bersuara dengan cukup sebak. Menurut laporan Astro Awani, Dato’ Rizalman membuat keputusan tersebut kerana bimbang dirinya tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa.
Ads
Jelasnya, ketika masih mempunyai kudrat dan tenaga dia mahu melakukan persiapan sebaiknya sebagai bekalan untuk hari esok. Pemergian beberapa rakan-rakan industri pada usia muda turut melahirkan rasa keinsafan dalam dirinya.
Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian,” jelasnya di sidang media selepas berakhirnya pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya.
Warhaget dan pengikutnya di laman Instagram juga tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya. Walau bagaimanapun legasi jenama Rizalman tidak akan terhenti. Ia akan diteruskan oleh pembantunya yang setia bersama selama 15 tahun iaitu Faizal Surani.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di saat tersebarnya wabak COVID-19 di Malaysia, sudah pasti petugas-petugas kesihatan menjadi orang penting dan tonggak utama dalam melaksanakan tugas berisiko tinggi ini.
Selaku barisan hadapan, petugas-petugas ini mengorbankan penat lelah mereka demi memberikan khidmat terbaik dan menjamin keselamatan kita.
Perkongsian Pencetus Ummah Amin di laman Instagramnya mengenai pengorbanan petugas-petugas ini nyata menyentuh hati netizen.
Beliau menyeru agar kita tidak mementingkan diri sendiri dan teruskan berdoa.
Oleh itu, sama-samalah kita membantu petugas-petugas kesihatan ini dengan berada di rumah sendiri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan agar wabak COVID-19 tidak terus menular dan dapat dibanteras.
Dalam keadaan kelam kabut seperti ini, mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virus jahat ini. Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga. Jasad mereka penat, letih, putus asa, habis duit dan harta. Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita.
Tikar sejadah sebagai teman. Berdoa dan terus sujud. Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunuh covid 19 ini.
Pada semua, jangan pentingkan diri sendiri. Jangan melancong. Duduk di rumah, jaga kesihatan, jaga kebersihan, elak berada di tempat awam. Setiap hari kes terus bertambah. Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas, tapi tak apalah untuk sebulan dua, berbanding banyak lagi mudarat dan bahaya yang akan terdedah.
Teruskan berdoa pada Allah. Segala usaha telah dijalankan. Kini kuasa Allah adalah segala galanya. Kuatkan iman.
1. Bangunlah solat malam. Buat 2 rakaat Qiyamu Lail, Allah akan turun rahmat mencurah-curah.
2. Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas habis solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut, Allah Maha Penyembuh! Allah akan bantu kita. Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali. Takutlah pda Allah.
Rindu majlis ilmu di surau masjid. Rindu nak tawaf nak saie di Kaabah. Rindu nak solat jemaah ramai ramai. Allah tarikh nikmat ibadah masa ini. Di kala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUBAT masih terbuka. Matahari belum terbit dari barat, dajjal belum keluar, Nabi Isa belum turun. Maka keraplah bertaubat.
Semoga kawan kawan semua terpelihara, saya sayang anda semua. Sayang kalian kerana Allah swt. ❤️
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang kini bersama juara Serie A, Juventus. Pemain yang dikatakan antara terbaik pernah disasksikan dalam sejarah bola sepak ini bukan sahaja menjadi ikon kepada sukan ini tetapi kepada aktiviti amal yang sering dilakukannya.
Terbaru Cristiano Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sebanyak USD1.5 juta (RM6.26 juta) kepada masyarakat Palestin. Derma yang dilakukan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini dilakukan olehnya bersempena dengan bulan suci, Ramadan.
Dan menerusi derma ini juga Ronaldo berharap ia dapat meringankan sedikit penderitaan yang di alami oleh penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo melakukan derma seperti ini. Pada tahun 2012 dia pernah melelong kasut emas yang dimenanginya untuk mengutip derma khusus buat anak-anak Palestin.
Selain itu, Ronaldo juga dikatakan pernah menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu.
Buat pengetahuan anda, Semenanjung Gaza telah diserang tanpa bels kasihan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Malah sekatan yang dilakukan oleh rejim tersebut telah banyak membuat hidup penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kesukaran luar biasa.
Semoga lebih ramai pemian seperti Cristiano Ronaldo tampil ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin dan menyuarakan sokongan mereka terhadap negara yang ditindas sejak puluhan tahun ini.
Nak pastikan coverage telco mana yang paling laju di kawasan rumah memang agak mencabar. Apatah lagi jika anda berpindah ke kawasan baharu, tidak mungkin anda akan membeli sim card setiap telco, bukan?
Sabar, jangan panik! Akram Zulkifli kongsi cara-caranya untuk anda check dan tahu coverage telco mana paling laju di kawasan rumah anda.
So lepas ni, anda tidak perlu risau lagi jika anda berpindah atau bertukar tempat tinggal.