PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya mengantikan Pau Marti Vicente yang akan meninggalkan pasukan selepas saingan Piala ASEAN berakhir manakala Nafuzi Zain dipilih sebagai pengendali skuad B-23 Tahun.
Selepas pengumuman rasmi tersebut, sudah pastinya peminat bola sepak mahu mengetahui lebih terperinci mengenai siapa sebenarnya gerangan Cklamovski ini.
10 trivia mengenai beliau:
1) Pengendali berusia 46 tahun ini adalah anak kelahiran Sydney, Australia berketurunan Macedonia.
2) Karier kejurulatihannya bermula pada 2008 selepas dia bertindak sebagai penolong jurulatih kelab Greece, Panachaiki.
3) Bermula 2009, Cklamovski berperanan sebagai jurulatih kecergasan bersama tiga kelab iaitu Perth Glory, Adelaide United dan Melbourne Victory, sehingga 2014.
4) Bermula 2014, Cklamovski memikul tugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Australia di bawah kendalian pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou hingga 2017.
Ads
5) Bersama Postecoglou, beliau mengemudi skuad kebangsaan Australia hingga menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mengemudi kelab Jepun, Yokohama F Marinos.
6) Dilantik sebagai pengurus kelab Liga J1, Shimizu S-Pulse pada 2020.
7) Mengambil posisi sebagai pengurus kelab Liga J2, Montedio Yamagata pada 2021.
Ads
8) Pada Jun 2023, Cklamovski dilantik sebagai pengurus FC Tokyo sehingga 2024.
9) Dua misi Cklamovski untuk Harimau Malaya, iaitu berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan F bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, dan kedua, memperbaiki ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia.
Ads
10) Akan memulakan tugasnya secara rasmi mulai 1 Januari 2025.
Susulan Raja Norway, Raja Harald V yang jatuh sakit ketika bercuti di Langkawi, usaha bagi membawa pulang Baginda kini sedang dijalankan, demikian kenyataan Istana Diraja Norway yang dilaporkan Astro Awani.
Kenyataan itu dikeluarkan pada awal Jumaat waktu Malaysia di laman webnya www.royalcourt.no.
Baginda yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.
Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.
“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway,” kata kenyataan itu.
Penemuan ini menunjukkan bahawa ‘cuci mata’ dengan visual wanita cantik boleh memberikan manfaat yang positif terhadap kesihatan mental lelaki, sekaligus membuka perspektif baru dalam usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa melihat wajah yang kacak dan cantik boleh membuatkan orang lebih bersemangat untuk bekerja keras dan mempunyai ingatan yang lebih baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology ini telah menjalankan dua eksperimen untuk menentukan kesan melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik terhadap otak.
Dalam eksperimen pertama, penyelidik dari East Carolina University telah mengkaji seramai 58 pelajar. Separuh daripada peserta diminta melihat wajah individu yang kurang menarik selama tujuh saat. Manakala separuh lagi diminta melihat wajah kacak dan cantik dari jantina yang berlainan juga selama tujuh saat.
Peserta kemudian diberi bahan bacaan cerita dan kebolehan mereka diuji melalui ujian ingatan untuk mengukur fungsi otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta yang melihat wajah yang menarik dapat mengingati lebih banyak butiran berbanding peserta yang melihat wajah biasa.
Secara khusus, kajian ini mendapati bahawa lelaki lebih banyak dipengaruhi oleh wajah yang cantik berbanding wanita. Lelaki cenderung mengingati lebih banyak butiran mengenai wanita cantik tersebut atau perkara lain yang berkaitan.
Dalam eksperimen kedua, penyelidik menganalisis seramai 123 pelajar. Kaedah kajian adalah hampir sama seperti sebelumnya, namun kali ini pengkaji mengubah susunan kajian.
Kumpulan pertama bermula dengan melihat wajah yang menarik, mendengar cerita, melihat wajah biasa, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan kedua bermula dengan melihat wajah biasa, mendengar cerita, melihat wajah yang menarik, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan ketiga hanya melihat wajah biasa sebelum dan selepas mendengar cerita, kemudian mengambil ujian ingatan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik boleh mencetuskan keupayaan seseorang untuk menarik perhatian pasangannya serta meningkatkan fokus dan ingatan mereka.
“Memori adalah proses kognitif asas yang berkaitan dengan kemahiran kelangsungan hidup yang penting,” kata penyelidik yang dipetik oleh Medical Daily.
Sebaliknya, melihat wajah individu yang berwajah biasa tidak akan mencetuskan seseorang untuk bekerja lebih keras. Penyelidikan mendapati bahawa melihat wajah lelaki kacak atau wanita cantik sebenarnya lebih bermanfaat untuk kesihatan otak!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, pepatah lama ini sesuai sangat dijadikan pegangan buat anak muda masa kini. Jika ingin berjaya di usia muda ada eloknya praktikkan 10 target kewangan ini dulu. Jadi kalau ingat stabilkan kewangan dan ekonomi tu ada baiknya rujuk tip dari saudara Amir Syahir ini yang sangat berguna buat anak muda.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap,
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka buat. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Tidaklah bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting disaat kita menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.聽
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu. Jangan nak tunggu banyak duit baru kau mula nak melabur.
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk membiayai masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.聽
.
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang, kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
.
Gua percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan jadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah. Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Tak cukup 10? Boleh tambah ikut matlamat dan azam korang. Yang penting kau kena ada target dan matlamat yang jelas, barulah kau boleh merancang kau punya pelan tindakan.
Kau tu berapa tahun lagi nak masuk umur 30? Tak sedar-sedar lagi ke? Masih duk konfius nak travel ataupun beli kereta import mewah? Kah!
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.