Populariti serta pengaruh yang dibawa oleh selebriti muda kini tidak lagi dipandang sepi terutamanya oleh jenama-jenama antarabangsa.
Ternyata selain populariti dimiliki di media tradisional, pengaruh dibawa menerusi laman media sosial menjadikan mereka sebagai pilihan tepat sebagai duta jenama.
Mungkin bagi PUMA Malaysia itulah antara ciri-ciri yang membuatkan mereka memilih penyanyi muda popular dan berbakat bersar, Ismail Izzani sebagai duta jenamanya.
Lebih hebat lagi, Ismail Izzani bukan sahaja bertindak sebagai wajah jenama PUMA untuk pasaran tempatan malah untuk Asia Tenggara.
Ads
Hari ini, PUMA Malaysia mengesahkan pelantikan Ismail Izzani sebagai duta terbarunya dan bakal menyaksikan wajah penyanyi popular menerusi lagu ‘Sabar’tersebut mewakili jenama mereka.
Ads
DNA SAMA
Dengan jumlah tontonan video YouTube melebihi 25 juta view, Ismail Izzani dilihat sebagai pilihan tepat dan berpengaruh di kalangan generasi muda. Namun dalam meniti kejayaan dalam karier Ismail juga berdepan dengan pelbagai cabaran.
Semangat itulah yang terkait dengan DNA jenama PUMA yang dianggap cukup signifikan dan penting.
Ads
Selain Ismail Izzani terdapat dua selebriti dari Singapura dan Indonesia turut diumumkan sebagai duta PUMA. Mereka ialah Tosh (Singapura) dan Adipati (Indonesia). Mereka bertiga dijangka bakal melakukan pelbagai kolaborasis erta kempen merentasi sempadan di wilayah Asia Tenggara.
Sejak tahun lalu kita telah berdepan dengan norma baharu dalam cabaran berdepan pandemik yang masih lagi menghantui kehidupan seharian. Sudah banyak perkara yang berubah dalam kehidupan kita termasuklah bagaimana kita berhubung di antara satu sama lain.
Sentuhan yang minima, penjarakan sosial serta tidak dapat merentas negeri merupakan perkara yang kuta semua harus lakukan demi melandaikan kadar jangkitan wabak Covid-19.
Sebagai sebuah jenama yang cukup terkenal, Levi’s pada tahun ini memperkenalkan konsep yang cukup istimewa bersempena kemunculan bulan Ramadan dan yang seterusnya Syawal.
“Ini adalah peluang tepat untuk melihat ke dalam diri kita dan memberi perhatian terhadap mereka yang berada di sekeliling kita – ahli keluarga, jiran, rakan, insan tersayang, mereka yang tidak diendahkan, mereka yang kurang bernasib baik dan sebagainya.
“Levi’s percaya pada usaha ke arah perubahan positif, justeru menyerlahkan bagaimana ungkapan gembira, kehangatan serta hubungan interaksi antara keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini berupaya mewujudkan rasa penuh hormat dan penerimaan, terutama dalam meraikan perbezaan sesama kita,” – Imran Butt, Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia.
Dan sebagai tanda hormat kepada musim perayaan yang penuh girang, kempen Ramadan pada tahun ini mengetengahkan etos empati, keaslian, integriti dan berani dalam satu mesej yang penuh harapan.
“Ia bagi mengingatkan kita bahawa kemajuan hanya berlaku apabila kita bersifat inklusif dan saling memahami. Apabila kita dapat mengatasi halangan, kita mampu bersatu dan mengangkat suara antara satu sama lain untuk mencetuskan perbezaan.
“Sebagai jenama yang terus berkembang menerusi semangat perintis dan inovatif tanpa henti, kami mahu dilihat sebagai pendorong untuk menyebarkan mesej bahawa kebaikan itu tidak lapuk ketinggalan zaman.
“Dan apakah maksudnya kebaikan? Ia yang menjadikan dunia kita lebih baik, daripada meraikan perbezaan antara satu sama lain hinggalah kepada memilih pakaian yang dihasilkan dengan mengambil kira kesejahteraan planet ini.” jelas Imran Butt lagi.
Antara perkara yang paling utama ditekankan oleh Levi’s menerusi koleksi ini ialah aspek harmoni dan keselesaan. Palet warna lembut disulami pastel ceria menghiasi koleksi ini bersama fabrik lestari dan berkualiti tinggi dalam potongan moden. Ia kemudian menonjolkan impak optimisme anda pada musim perayaan akan datang.
Fokus juga diberikan kepada rangkaian selsksi baju dan seluar berteknologi sejuk baharu. Ia direka dengan menggunakan fabrik breathable dengan kemampuan melakukan regulasi suhu serta =teknologi penyerapan lembapan. Helaian dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti adunan Cottonized Hemp dan Tencel untuk memberikan keselesaan optimum.
Penggunaan teknologi microclimate menerusi Sorbtek Repreve – serat poliester bersumberkan daripada botol air kitar semula pula mengalihkan lembapan daripada kulit selain memberi perlindungan UV.
Teknologi terkini ini menawarkan ciri-ciri sumbu dalam keadaan menegak, di mana serat berongga bertindak memerangkap udara dan menebat lembapan dari luar fabrik bagi memastikan pengeringan pantas.
Ia helaian yang mengatasi jangkaan anda, daripada fabrik yang bersesuaian dengan iklim sehinggalah kepada teknologi di sebaliknya, berikutan ia sebahagian daripada komitmen Levi’s untuk menyediakan pilihan yang lebih bertepatan, yang akan mengubah industri ke arah lebih baik.
Antara item menarik perhatian untuk seleksi lelaki ialah kemeja berkolar Mandarin, celana xx chino, baju panas dan juga jaket trucker. Tampil ditawarkan pada harga dari RM199 ke RM329, koleksi Ramada 2021 akan boleh didapati menerusi laman sesawang levi.com.my dan di butik Lebvi’s seluruh negara bermula bulan ini.
Kombinasi warna yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan gaya yang sempurna. Tidak semua individu bijak dalam membuat suai padan warna kerana jika salah memilih gabungan yang sesuai, penampilan anda boleh menjadi mangsa fesyen.
Try mix dan match menggabungkan beberapa rona warna yang sepadan untuk mendapatkan penampilan yang lebih bergaya dan maskulin. Jom lihat 16 kombinasi ini. Selamat mencuba!
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.